Nak raya ni mesti ramai yang dah mula buat kuih raya sikit-sikit kan... Kalau kek tu mestilah dibakar malam raya barulah sedap nak makan.

Kalau kek buah ni sedap kalau dibuat awal seminggu..lebih lama lebih sedap kek nya. Jadi moist padat dan tak berderai.

P4081693ed
P4081598ed
P4081635ed
P4081634ed
P4081686ed2


Resepi Kek Buah Campuran

Bahan-bahan :
250g butter - saya pakai SCS
350g gula pasir - saya pakai 280gm
60ml air panas - saya kurangkan sikit sebab gula pun dah kurangkan
500g buah-buahan campuran - saya pakai mixed fruits, kismis hitam dan halwa kulit limau
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
1/2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :

Mixed fruit bersihkan dengan air untuk hilangkan manis. Kemudian letak atas tuala bersih dan keringkan. Boleh sediakan awal sehari supaya bertul-betul kering

Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter dan kacau sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

Gris dan alas loyang 8 x 8 atau 9 x 9 dengan kertas baking. Tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. Saya kukus selama 2 jam setengah je, kemudian biarkan selama 2-3 hari dibawah tudung saji.

Nak lebih moist, cucuk permukaan kek dengan lidi satay, kemudian sudukan sedikit sedikit jus oren (atau jus sunquick) kedalam lubang tu.. buat 2-3 kali dan biarkan kek sebati dengan jus sebelum dipotong.. memang sedap rasanya...


Hai semua, 

Hari tu kita cerita pasai Biobax di Sini dan Sini.... actually biobax ni bukan untuk orang yang ada sakit belakang sebab letih berkerja tapi ianya sesuai untuk ibu mengandung... Kalau mengandung biasalah perubahan fizikal yang mendadak akan bagi kesan kepada tulang belakang, badan rasa lenguh, nak tampung berat baby lagi kan... haa sebab tu disyorkan guna Biobax ni... 





Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :-
- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.
Kegunaan Biobax Cool Theraphy
Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
- Sakit Belakang
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy
- Melegakan lenguh leher & sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu melegakan lenguh bahu & leher
- Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Kini, Biobax Cool Theraphy adalah teman setia mommy. Biobax wajib ada dalam handbeg semua wanita. Haa apa lagi? Jom lah dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang!
Sekiranya berminat boleh whatsapp atau telegram Mommy Irra 013 356 0192

Nasi Ayam Hainan ni memang favourite satu keluarga... semua sukakan nasi ayam versi ni yang lebih lembut tekstur nasinya dan ayamnya.


Nasi Ayam Hainan Atau Nasi Ayam Ipoh

Ada yang panggil Nasi Ayam Ipoh, tak tahu lah nama betulnya apa, tetapi ikut originality nasi ayam ni ialah dari kaum cina Hainan. Dan selalunya nasi ayam tu dibentuk bebola sama ada kecil atau besar. Nak makan sendiri ni tak buat bentuk bebola pun takpe..

P6102342ed

Macam biasa ada sos cili, kuah kicap dan sup... Nasi pula penuh aroma sebab ditumis dengan bawang putih, halia dan menggunakan air rebusan ayam. Kalau nak pakai stok ayam segera pun boleh je, tapi saya menggunakan air rebusan ayam sepenuhnya. 

P6102334ed  

Cuma saya amat menggemari tekstur ayam rebus yang cukup sedap ni.. walaupun sekadar rebus tetapi bukanlah ayam rebus biasa ye. Ayam seekor perlu direbus kemudian direndam ais, berulang kali sehingga ayam masak didalamnya. Adalah jugak dalam 4-5 kali keluarkan ayam tu dari periuk panas, masuk dalam air ais sejuk sekejap, kemudian sambung rebus balik. Tapi kalau rasa malas nak buat, boleh je rebus sekali sehingga masak ayam tu dan apabila cukup masak, terus masuk dalam air ais sejuk (yang ada ketulan ais dan biarkan terendam sehingga ayam sejuk. Hasilnya beginilah, isi ayam halus dan mulus, berlapis lapis isinya seperti ada gel, disamping juicy dan lembut.

P6102324ed

Resepi Nasi Ayam Hainan

Penyediaan Ayam Celur / Rebus

Bahan-bahan 
1 ekor ayam belum dipotong - dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya :D
Air secukupnya
2-3 inci Halia - dipotong
1 pokok Daun bawang - dipotong
2 ulas Bawang besar - dibelah
5 ulas Bawang putih - dibelah
1 sup bunjut

Bahan sos minyak bijan
3-4 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap cair masin
1/3 cawan air
Garam
Lada sulah

Digaulkan sekali dan dicurah atas ayam rebus yang telah dipotong semasa menghidang


Cara :
Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika selama 15 minit. Kemudian angkat ayam dan masukkan ayam dalam air berais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus biar dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu.

Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap

Recently Updated1
Resepi Nasi Ayam 

Bahan-bahan :
4 pot beras
6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis lain sukatan air dia) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
2 kiub ayam (jika suka boleh tambah) - saya tak guna
1/3 cawan minyak untuk menumis
Daun pandan - disimpul
1 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara :

Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.



Sos Cili

Bahan -bahan :
6 biji cili merah - dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit air rebusan ayam yang panas - sekadar nak gerakkan mesin pengisar

Cara :

Kisar semua bahan dengan sedikit air rebusan ayam sehingga halus. Tambah garam dan gula jika perlu. Biasanya sedikit manis


Sos Kicap

Bahan-bahan :
Sedikit air rebusan sup
kicap secukupnya
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak bijan

Cara :

Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan (selalunya sedikit cair) tu. Siap.!

Sup
Air rebusan dipanaskan, tambah air jika terlalu pekat, dan masukkan lada sulah dan tambah garam jika perlu. Tabur daun sup dan siap.

Kek buttercheese ni memang menjadi kegilaan customer saya.... sedap sungguh kata depa. Yelah gabungan butter dan cheese diadun dalam kek, walau simple tetap rasanya terpikat. Kek sebegini dah tak perlu krim dan topping. Tapi jika diletak warna pelangi ni memang ramai pulak yang terliur hehehe... Terpulang nak warna asal atau letak warna tetap sedap. Kalau letak warna ni sesuailah buat juadah atas meja atau parti budak-budak kan... Sesuai untuk hidangan raya nanti ...

P5192121ed
Ini letak warna pelangi macam ais krim paddle pop hehehe... memang memikat selera anak anak... Tapi disyorkan guna pewarna yang sedikit mahal harganya sebab yang jenis murah takut merbahaya kepada anak-anak...
P5192113ed
P5192132ed
P5192129ed


Kek Butter Cheese Pelangi

Bahan-bahan :
Untuk acuan 4 segi size atau bulat  9 inci
170 gm mentega - saya pakai SCS
135 gm krim keju - saya pakai jenama Tartura
220 gm gula kastor
5 biji telur
210 gm tepung naik sendiri diayak
1 sudu teh vanila  esen
1/2 sudu teh garam
Pewarna pink, hijau epal, biru dan kuning

Cara penyediaan
Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek
Panaskan oven pada suhu 160C atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170C api atas dan bawah

Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih pucat

Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati

Sediakan 4 mangkuk sederhana, masukkan adunan dalam setiap mangkuk sama banyak, dan titiskan pewarna bagi setiap mangkuk dan kacau rata sehingga warna sebati.

Mulakan dengan 2 sudu besar adunan bagi setiap warna semasa membuat belang kek, kemudian diakhiri dengan satu sudu adunan bagi setiap warna dan lapis demi selapis warna tu sehingga adunan habis, lorekkan dalam acuan pakai pisau supaya warna sedikit bercampur

Masukkan kedalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih.

Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula.
Ni sejak menonton Home Food Rescue kat channel Korea terus teringin sangat nak cuba resepi yang Chef Baek  Jong Won bagi. Kalau yang menonton tu tau lah hehehe...

Apa pun resepi ni sangat simple dan senang nak buat. Perap dan goreng je dengan sayur. Boleh letak sayur apa pun yang sesuai.

P5202147ed

Sedap dimakan dengan nasi panas yang baru masak dan lembut... Hidangan ni  lengkap dengan sumber proten dari daging dan serat dan vitamin dari sayur. Jadi ianya ialah satu hidangan lengkap. Yang mana bujang atau nak masak sesuatu yang cepat boleh  cubalah ye..


Daging Goreng Pedas Korea

Bahan-bahan
800 - 1000 gm daging , dihiris sederhana tebal
2 pokok daun bawang dipotong memanjang
1/3 kobis, dipotong
2 ulas bawang besar, dibelah 8
4 biji cili hijau, dipotong
1-2 sudu besar bijan
Minyak untuk menumis

Bahan Perap
2-3 sudu besar serbuk cili - kalau nak pedas boleh tambah lagi
3 sudu besar gula perang - atau gula biasa pun boleh
4 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar halia yang diparut
1/3 cawan kicap cair
2 sudu besar sos tiram - saya tambah

Cara penyediaan
Perap daging dengan bahan perap selama lebih kurang satu jam atau lebih

Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap. Goreng seketika. Masukkan sedikit air jika perlu untuk mempercepatkan proses melembutkan daging

Apabila daging empuk, boleh masukkan kobis dan bawang besar. Masukkan garam jika perlu.. Masak lagi seketika hingga kobis empuk.

Hidangkan dengan nasi panas.

Masukkan daun bawang, cili hijau dan bijan. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan
Hai semua.. dah plan ke nak masak apa berbuka nanti? Jom jom tengok Kekny punya resepi cucuq jagung ni kot korang semua nak try ...

Ni resepi dikala taktau nak masak apa untuk breakfast atau minum petang, ambil tepung, ikan bilis dan bawang, cili sikit dan gaul sekali, jadilah orang kedah panggil cucuq ikan bilis atau ditempat lain ada panggil jemput-jemput atau cekodok. Makan panas-panas lepas goreng memang sedap! Saya kadang suka buat manis-manis pedas, letak lah gula sikit, jadi nak makan tu tak payah dah nak cicah sos cili bagai, makan macam tu pun dah sedap. Cucuq ikan bilis ni boleh digandingkan dengan bahan lain, macam taugeh, kucai, daun bawang, atau macam saya pakai kali ni, isi jagung. Kebetulan jagung murah sekarang. Letak banyak-banyak dalam tu sedapnyaaaa... kalau nak buat cucuq manis pun boleh juga, ikan bilis, bawang dan cili tu tak payah la letak, lebihkan gula sedikit dan ada setengah masukkan sedikit santan atau susu.

Jom lah tengok resepi yang cukup mudah nak buat ni. Petuan nak lembutkan cucuq, lepas bancuh semua peram sekejap adunan selama sejam atau lebih, barulah digoreng. Peram tu maksudnya biarkan je adunan tu dalam bekas bertutup.  Bila nak goreng, pastikan minyak betul panas, bila masuk tu terus kembang naik.

P5152103ed
P5152105ed

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 cawan air (lebih kurang, jangan masuk semua sekaligus, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan, kalau pekat boleh tambah lagi)
1/2 cawan ikan bilis tanpa kepa ditumbuk separuh hancur
1 cawan isi jagung mentah
1 sudu besar cili kisar - cili merah atau cili kering pun boleh, jika tak nak kisar boleh potong halus.
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil baking powder
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam secukup rasa


Cara-cara :
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga berwarna perang
Hidangkan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja

Dah 3 bulan pakai Biobax ni, memang dah hilang lenguh dan sakit bahagian belakang dan bahu.. Seronok sangat bila ada produk berkesan yang membantu macam ni...


Mesti ada dalam handbag selalu... senang nak guna ambil je. Kadang sakit belakang sengal bahu ni bukan nak tunggu jadi masa kat rumah...

Ok bagi yang nak cuba Biodex ni boleh dapatkan info disini…
Biobax Cool Therapy
 #biobaxcooltherapy

Hai semua,

Rasanya belum terlambat nak wish semua selamat menyambut ramadhan al mubarak, al kareem, bulan yang penuh keberkatan, kemulian alhamdulilah. Tahun ni seperti sebelumnya, kalau dari segi juadah tu memang secara sederhana saja. Dah masuk pertengahan umur ni tak rasa nak beli makanan banyak kat bazar, beli pun setakat sejenis kuih. Masak pun begitulah, sejenis lauk, sejenis sayur. Macam hari kedua puasa semalam cuma buat bubur lambuk dan bihun sup simple pun dah cukup dah. Sahur pula makan bubur sikit, kuih sikit dan susu dan oats. Tapi terlupa nak minum air lebih sikit. Dari semalam cuma minum 2 gelas. Haish malam ni kena standby botol air siap siap senang minum je terus kan. Kalau dulu botol air letak kat meja office skang kena letak kat meja bilik dan meja di ruang tamu. Bukan apa takut dehydrate je sepanjang berpuasa. Apapun semoga kita semua diberi kesabaran menjalani ibadah setahun sekali ni.

Resepi Bubur Lambuk Daging Utara

Buat bubur lambuk sebab mak pun tak berapa sihat dan tak ada selera. Bubur je lah boleh pancing selera dia pun. Berbuka hari pertama beli je bubur kat bazar, hari kedua ni buat sendiri lah. Hari ni tak pasti nak buat bubur nasi ke tak, mungkin buat sikit dan goreng ikan bilis dan kacang ke sedap juga kan.. hehehe.. Orang tua ni kalau tak ada selera, boleh risau kita dibuatnya. Time depa berselera pun risau jugak, takut kolestrol la gula la naik hehehe... 

Bubur lambuk kalau di sebelah utara ni dulu dipanggil kanji (dari perkataan congee) biasalah orang kedah ni english depa hahaha.. Tapi kalu kanji cara orang Kedah cuma bubur bersantan dimasak bersama udang basah atau udang kering dan diletakkan halia dan bawang dan bahan signature lada hitam biji. Letak sebiji-sebiji tak perlu ketuk atau dihancurkan. Ada juga diletakkan daging atau isi ayam hancur.

P6072299ed

Yang saya buat ni saya tambah sikit rempah sup dan bawang goreng tumis yang ditumis asing (tumis darat). Sedapnya lahai sebab bau bawang dan rempah tu wangi dan meresap masuk je kedalam bubur. Dah tumis tu tuang keatas bubur, kemudian tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tutup periuksampai nak berbuka baru buka tudung... wangi dan harum bau bubur tu hehehe...

P6072291ed 

Resepi Bubur Lambuk Daging Utara

Bahan-bahan
400 gm daging, dipotong kecil
2 inci halia, dihiris nipis
1 pot beras dicuci dan tapis
2 sudu besar lada hitam biji
lada serbuk atau sulah secukupnya
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat (atau 1 cawan santan sederhana cair) - pakai santan kotak, setengah kotak je
Air secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Bahan tumis
2-3 sudu besar rempah sup
4-5 ulas bawang merah, dihiris halus
2-3 ulas bawang putih dihiris nipis
Sedikit minyak

Cara penyediaan 

Rebus daging bersama halia sehingga daging empuk. Tambah sedikit garam

Apabila daging empuk, masukkan beras ke dalam periuk rebusan tadi dan terus rebus sehingga beras kembang. Tambah air jika perlu

Setelah beras kembang, masukkan lada hitam biji, lada serbuk, dan garam secukup rasa. Masukkan juga santan dan kacau rata. Biar mendidih seketika dan boleh la tutup api

Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing, kemudian masukkan rempah sup dan terus kacau. Masukkan sedikit saja air supaya rempah tak hangus. Kacau seketika dan terus tuang kedalam bubur mcm tumis darat. Kacau rata

Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng, dan tutup periuk seketika sebelum dihidangkan.
Ni resepi orang berdiet, actually lebih kepada resepi makanan sihat dan berkhasiat. Hummus ialah sejenis spread atau dip (untuk sandwich, roti, kebab dan sebagainya) yang berasal dari negara timur tengah. Hummus secara meluas menggunakan kacang kuda (chickpea) yang dikisar halus bersama bijan (atau minyak bijan) minyak zaitun, bawang putih, herba dan juga perahan jus lemon. Rasanya sedikit creamy, lemak dan sedikit masam. Kalau orang putih suka mayonis dalam burger dan sandwich, orang timur tengah suka hummus ni dalam kebab dan roti pita mereka dan dicicah dengan pelbagai jenis roti mereka hehehe begitulah persamaanya.

Hummus ni sangat berkhasiat sebab menggunakan kacang kuda sebagai bahan utamanya. Kacang kuda mengandungi banyak protein, fiber, magnesium dan folate serta vitamin vitamin untuk keperluan badan. Apa yang penting ianya mengeyangkan dan boleh digantikan dengan daging sebagai sumber protein untuk vegetarian. Harga kacang kuda ni pun tak lah mahal sangat kan.

Salad Timun Bersama Hummus

Salad ni saya belajar dari chef kegemaran saya Giada De Laurentiis hehe.. senang je cara penyediaan dan boleh dimakan sebagai ganti lunch atau dinner. Selain timun boleh digantikan dengan carrot, sengkuang, epal dan sebagainya.

20140210_182439
20140210_184407ed

Resepi Hummus

Bahan-bahan :
1 cawan kacang kuda direbus sehingga lembut - rendam dulu semalaman sehingga kembang sebelum direbus
1 ulas bawang putih 
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil minyak bijan / tahini - boleh juga kisar bersama 1 sudu kecil bijan
1 sudu besar yougurt tanpa perisa- boleh je kalau tak nak pakai
Sedikit daun parsley
1/2 biji perahan lemon - ikut kemasamaman, boleh adjust lagi lepas dah kisar tu.
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara penyediaan :
Kisar semua bahan-bahan dalam pengisar sehingga sebati. Kalau pakai blender biasa, masukkan sikit je air agak sehingga blender dapat pusing. Tetapi semua bahan adalah lembut jadi kadangkala tak perlu pun tambah air.

Hidangkan dengan hirisan timun sejuk atau apa sahaja salad. Boleh juga disapu atas roti pengganti sos dan mayonis
Serum Kecantikan Fennelle ni memang serum terbaik saya pernah guna kat kulit. Sebab hari tu ada lah jerawat naik kat muka ni dan bila sapu serum ni, memang kecut jerawat dan cepat hilang. Suka betul bila pakai..






Fennelle beauty serum ni mengandungi :
Habbatussauda' Extract AquaHyaluronic Acid
Iris Forentine Extract
Root Extract
Witch Hazel Extract
Fomes Officiant Alis (Mushroom) Extract


FUNGSI FENNELLE SERUM

Merawat masalah kulit (jerawat/jeragat/pori terbuka/blackhead/whitehead/resdung)
Memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit
Meredakan keradangan/bengkak/kemerahan pada kulit
Dapat menyembuhkan luka dengan cepat
Bertindak sebagai moisturizer-untuk mengekalkan kelembapan kulit
Membaikpulih kerosakan sel kulit akibat sinaran matahari
Menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit


CARA PAKAI SERUM

Sapu di muka selepas dicuci bersih. Boleh dijadikan sebagai toner atau pelembab muka.

Untuk pembelian boleh hubungi :
Whatsapp : 019-295 0851 / 019-280 5705
Facebook : www.facebook.com/fennellebeauty/
Instagram : www.instagram.com/fennelle_beauty/
Laman Web : www.fennellebeauty.com