Cucuq Jagung Ikan Bilis

Hai semua.. dah plan ke nak masak apa berbuka nanti? Jom jom tengok Kekny punya resepi cucuq jagung ni kot korang semua nak try ...

Ni resepi dikala taktau nak masak apa untuk breakfast atau minum petang, ambil tepung, ikan bilis dan bawang, cili sikit dan gaul sekali, jadilah orang kedah panggil cucuq ikan bilis atau ditempat lain ada panggil jemput-jemput atau cekodok. Makan panas-panas lepas goreng memang sedap! Saya kadang suka buat manis-manis pedas, letak lah gula sikit, jadi nak makan tu tak payah dah nak cicah sos cili bagai, makan macam tu pun dah sedap. Cucuq ikan bilis ni boleh digandingkan dengan bahan lain, macam taugeh, kucai, daun bawang, atau macam saya pakai kali ni, isi jagung. Kebetulan jagung murah sekarang. Letak banyak-banyak dalam tu sedapnyaaaa... kalau nak buat cucuq manis pun boleh juga, ikan bilis, bawang dan cili tu tak payah la letak, lebihkan gula sedikit dan ada setengah masukkan sedikit santan atau susu.

Jom lah tengok resepi yang cukup mudah nak buat ni. Petuan nak lembutkan cucuq, lepas bancuh semua peram sekejap adunan selama sejam atau lebih, barulah digoreng. Peram tu maksudnya biarkan je adunan tu dalam bekas bertutup.  Bila nak goreng, pastikan minyak betul panas, bila masuk tu terus kembang naik.

P5152103ed
P5152105ed

Resepi Cucur Jagung Ikan Bilis

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 cawan air (lebih kurang, jangan masuk semua sekaligus, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan, kalau pekat boleh tambah lagi)
1/2 cawan ikan bilis tanpa kepa ditumbuk separuh hancur
1 cawan isi jagung mentah
1 sudu besar cili kisar - cili merah atau cili kering pun boleh, jika tak nak kisar boleh potong halus.
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil baking powder
Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam secukup rasa


Cara-cara :
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga berwarna perang
Hidangkan dengan sos cili atau dimakan begitu sahaja

Post a Comment

1 Comments