Yong Tau Fu Homemade

Hai semua..

Ni projek minggu lepas. Akhirnya berjaya juga buat kuah yong tau fu dalam masa setengah jam je hehehe.. Senang rupanya nak buat kuah yong tau fu ni.

Dah beberapa kali ke Alor Setar buat delivery kek dan brownies. 2-3 kali jugaklah ke gerai Yong Tau Fu sedap di Alor Setar iaitu Mardiana Yong Tau Fu tetapi tutup. Maka bila dah teringin terpaksa lah cari alternatif lain iaitu buat sendiri yong tau fu. Tak susah mana pun sebab hanya kuah sahaja diperlukan. Bahan lain boleh beli di kedai frozen dan balik celur je hehehe..
PB120936ed

Cuma kepakaran nak buat kuah yong tau fu tu saya tak berapa nak ada lagi. Tapi berbekalkan resepi kuah rojak mak mentua yang dia pernah ajar dulu, maka saya alter sedikit mengikut kesesuaian. Perbezaan kuah yong tau fu dan kuah rojak petis ialah kuah yong tau fu lebih "mild" dan sedikit cair. Kuah yong tau fu juga ada 2 jenis kuah iaitu kuah hitam manis dan kuah merah pedas. Tapi saya buat kuah hitam yang pedas gabung sekali sebab malas terlebih rajin hihihi

PB120934ed

Saya berkira-kira juga nak letak belacan ke tak. Lepas tu ambil kira yong tau fu yang saya selalu makan tu tak ada bau belacan, maka saya tak la masukkan belacan. Tapi saya guna petis atau otak udang sikit. Rasanya hampir sama walaupun ada sesuatu macam tak sampai hehehe.. jadilah nak hilangkan teringin. Lagipun puas hati makan sebab dapat banyak dengan kos yang murah.
PB120939ed

Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan 
3 sudu besar serbuk cili - saya pakai brand Faiza
6 sudu besar gula merah, dilarutkan dengan 2 cawan air
1/2  botol sos cili - saya pakai brand Life
1/2 botol kicap pekat manis - saya pakai kicap Haji
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar petis udang - tak guna pun boleh je
3 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan air sehingga larut (tak berketul)
2 sudu besar bijan (dipanggang duhulu)
Serbuk kacang tanah

Boleh tambah garam atau gula jika perlu.


Cara penyediaan
Dalam periuk, campur serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap pekat, petis udang dan bancuhan air bersama gula merah. Kacau rata sehingga sebati. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih sambil dikacau

Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat.

Bila nak hidang, gaul dengan bahan-bahan frozen yang dicelur terlebih dahulu termasuk kangkung. Tabur kacang tanah hancur dan bijan. Siap!

Post a Comment

9 Comments

  1. assalamualaikum eny...sedap juga ni mkn ptg2 n sejuk mcm ni...:)

    ReplyDelete
  2. sedap nya akak, suka makan. tapi kalau beli tak puas aih makan sikit sangat hehe

    ReplyDelete
  3. ni dah ada resepi insyaAllah ada masa, ada bahan, ada keinginan dan ada kerajinan jadi lah hehehe.
    terima kasih share ni kak

    ReplyDelete
  4. Buat sendiri memanglah teramat puas... nak kuah banyak mana... bebola banyak mana... hujan2 ni pulak layan Yong tau Fu , Heaven !

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni, lama tak makan yong tau foo

    ReplyDelete
  6. sedap !! tq for sharing !!


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  7. sarah suka makan benda ni, sedap en!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya....
    www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete