Butter Cheese Cake & Strawberry Crumble

3:54 pm

Hai semua..

Kek mentega keju atau cheese butter cake ni memang sedap. Kalau kek mentega biasa tu pun dah memang sedap, ini pulak ditambah cream cheese didalamnya heheh.. Rasa kek ni macam kek butter cuma lebih lemak, moist dan wangi, ditambah dengan rasa susu yang sedap tu dan keharuman bau keju yang semerbak.

Kek ni saja buat masa hari Malaysia lepas. Kek ni agak versatil, nak tambah coklat dan jadikan marble pun boleh, nak tambah buah-buahan campuran pun boleh. Sedap juga kalau ditabur badam diatasnya macam Kek Mentega Badam ni...

Yang ni sebab nak ikut warna tema merah untuk hari Malaysia, maka saya guna jem strawberry je. Selain tu saya tambah crumble strawberry kering sebagai topping diatas kek sebab sekarang kan trend crumble kek heheh... Ok jom tengok resepi mudah ni..

DSC04754ed
DSC04757ed DSC04784ed

Resepi Kek Mentega Keju Dan Strawberry 

Bahan-bahan
250 grams mentega - saya pakai buttercup
250 grams krim cheese - saya pakai tartura
4 biji telur
300 grams tepung naik sendiri, diayak
100 grams susu segar
250 grams gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar jem strawberry (tambah lebih lagi jika nak buat corak diatas)


Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 180C

Acuan digris dengan mentega. Boleh letak kertas pelapik jika suka

Pukul mentega, gula dan krim cheese sehingga kembang dan ringan. Masukkan telur satu persatu sambil putar dan masukkan vanilla dan putar sehingga sebati.

Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu. Akhiri dengan tepung.

Masukan adunan kedalam acuan tin kek. Letakkan jem strawberry diatas kek, pakai pisau dan buat putaran dan lorekan untuk meratakan jem diatas kek.

Tabur strawberry crumble topping diatas kek.

Bakar selama 50-60 minit sehingga masak.

Apabila sejuk, jika suka, boleh paipkan jem strawberry diatas kek sebagai hiasan.



Strawberry Crumble Topping

Bahan-bahan
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar mentega sejuk
2 sudu besar strawberry kering, dicincang kasar
1 sudu besar gula icing
1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan 
Campuran mentega sejuk dan tepung. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti dan sedikit bergumpal.

Masukka gula, garam dan strawberry kering. Kacau rata.

Sedia ditabur diatas kek.


Jom cuba buat Butter Cheese Cake sedap ni!

You Might Also Like

14 comments

  1. Kak eny bila nak buatkan makanan sedap2 nie tuk saya..hehehe

    ReplyDelete
  2. nyum nyum sedapp kak, gmbr pon chantekk

    ReplyDelete
  3. Tak boring jengah sini..sebab mata dah makin sepet bw blog lain tadi huhuhuu

    p/s : mungkin sy suka tengok makanan kot? hikkkss

    ReplyDelete
  4. bila nak try nie. lahai.. nmpk sedap semuanya!

    ReplyDelete
  5. ish3 meleleh ayaq lioq aih tengok T___T

    ReplyDelete
  6. Wahhh! Kek Hari Malaysia! Nyummnyummm :)

    ReplyDelete
  7. adoi adoii hahaha. sedap sangat sampai adoi tau! hahaha

    ReplyDelete
  8. salam kak eny kalau nak buat cheese cake boleh guna resepi ni gak ke, sebb nampak simple je? senang setep nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lebih kurang rasa butter cake, tapi lebih lemak sebab ada guna cream cheese hehe.. tapi kalau nak resepi cheese cake betul, tgk kat link ni..
      http://www.enyabdullah.com/2014/12/no-bake-lemon-cheese-cake.html
      http://www.enyabdullah.com/2015/01/no-bake-cheese-cake-oreo-in-jar.html
      Akak nak buka blog yana tadi, tak boleh sebab open for invited readers.. huhu..

      Delete
  9. Maaf kak eny yana privatekan jap blog tu, tapi insyaAllah nanti bukak balik,
    okey kak nanti yana tgk resepi tu , terima kasih heheh

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com