Kek Butter Marble Badam paling senang nak buat!!

11:31 am

Kek butter adalah kek yang paling simple dan sangat lah senang nak buatnya. Kalau dulu-dulu waktu raya, kek butter ni lah yang selalu mak mak kita buat kan.. ;)


Boleh dikatakan kek butter ni dah masuk kategori classic dan vintage, walaupun lama tetapi tetap diminati.

Kek butter kalau nak sedap senang je... Pakai pure butter yang mahal hehehe.. Dan kalau risau takut kek tak naik elok, beli je tepung kek naik sendiri. Balik cuma perlu pukul telur, mentega, gula dan campurkan tepung naik sendiri. Siap!

Nak sedap lagi boleh tabur kekacang macam badam dan walnut. Sedap bila bakar bau badam dan bila makan kek dapat gigit badam tu ... huhuhu tak tau nak explain macam mana...

P3131356ed

Marble

Marble

Marble

Resepi Kek Butter Marble Badam

Bahan-bahan

250gm pure butter jenama SCS atau Achor. Nak pakai Buttercup pun wangi jugak.
250gm tepung naik sendiri
180gm gula castor (saya kurang kepada 150g sebab nak kurang manis)
4 biji telur size A ( atau 5 biji size B)
1/2 cawan susu segar
Esen vanilla
3 Sudu besar serbuk koko Van Houtten (jika nak buat corak marble. Kalu tau mahu corak boleh skip)


20150313_134608ed

Cara :
Panaskan oven 170C

Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.

Masukkan telur sebiji demi sebiji  dan pukul seminit setiap kali masuk telur tu.

Masukkan esen vanilla

Masukkan tepung diselangseli dengan susu. Last sekali mesti tepung.

Jika nak buat corak marble, ambil dalam 1/3 dari adunan, campurkan serbuk koko dan kacau sebati.

Masukkan adunan kek dalam acuan diselang seli dengan adunan coklat.

Pakai pisau, buat lorek kan dengan pisau kedalam adunan supaya coklat tadi masuk kedalam adunan putih dan membentuk corak marble.

Tabur kepingan badam sehingga penuh atas kek.

bakar selama 50-60 minit sehingga masak. Biarkan sekejap dalam oven dengan pintu renggang supaya kek yang mengembang turun sekata.

Kek macam ni sedap dimakan keesokan harinya sebab bau butter dan badam tu akan lebih sebati.

You Might Also Like

9 comments

  1. sedapnya makan kek butter pastu ada badam atas dia. pergghhh....terasa rasa kat gigi bila gigit badam tu.

    ReplyDelete
  2. Nanti ada tetamu datang Zumal nak buat resepi nie ^^

    ReplyDelete
  3. ishh...kalau lah JM ni rajin huhuh

    ReplyDelete
  4. alahaiiiii cantik gambar,nampak pun dah sedap ...huhuu

    ReplyDelete
  5. Assalam eny,
    Ya Allah peberet iols ni

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com