#Cabaran20Hari Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa

10:10 am

Hai semua..

Dah masuk entry ke 8 hari ni untuk #Cabaran20Hari Puasa / Raya 2015. Ok sedikit sebanyak tentang cabaran 20 hari ni ialah setiap peserta mencabar diri sendiri untuk menulis entry selama 20 hari berturut-turut mengenai tajuk yang telah diberi. #Cabaran20Hari Puasa / Raya 2015 dianjurkan oleh Exchange Feed Group (EFG) KBBA, sebuah group blogger yang bernaung dibawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Cabaran ini ialah untuk melihat sejauh mana anda begerlar blogger tegar. Mampu ke nak up entry selama 20 hari berturut-turut. Kalau nak jadi blogger yang berjaya mestilah mampu kan?

Selain itu, dengan adanya cabaran ini, anda tak perlu susah atau pening kepala memikirkan apa idea entri nak buat supaya blog selalu berupdate. Cabaran ini juga memberi peluang kita blogwalking dan kenal dengan blogger-blogger lain disamping dapat menyumbang traffic blog.

Sedikit makluman, kepada peserta yang bukan ahli EFG KBBA yang telah join terima kasih diucapkan. Anda boleh ping entry anda di Facebook page EFG KBBA (KLIK) dibawah post cabaran yang telah disediakan.

Ok, entry ke 8 ialah mengenai Amalan Berbalas Juada Di Bulan Puasa. Masih teringat, dulu saya selalu ditugaskan mak dan tok untuk menghantar makanan kepada jiran sebelah. Memang setiap kali itulah tugas saya sehari hari hehe.. Masa tu memang tak suka kena hantar makanan sebab dah balik kelas Kafa penat-penat kena pula hantar makanan.


P3141386ed 

Ada kisah lucu yang terjadi. Suatu hari mak suruh saya hantar agar-agar ke rumah jiran. Dengan muka tak puas hati dan terpaksa saya pun bawak lah piring agar-agar berjalan kerumah jiran. Masa dulu keliling rumah memang jalan tak rata dengan semak samun dan batu yang berbonjol. entah macam mana, agar agar dalam piring tu meloncor jatuh ke tanah hahahahhaha..  tinggal piring je.

Terpaksalah patah balik dan kena dengar mak saya membebel. Kenangan kan...

Apa pun amalan berbalas juadah dah seperti ditinggalkan sekarang. Saya tak pasti di kampung ada lagi diamalkan lagi ke tak sebab dah dekat 8 tahun tinggal kat bandar sekarang. Tapi saya rasa kebanyakan orang sekarang lebih suka membeli juadah dari pasar ramadhan. Kalau dulu semuanya disediakan sendiri dan pastilah disediakan berlebih supaya semua dapat merasainya.

Rindunya masa dulu-dulu kan...

You Might Also Like

1 comments

  1. time kena marah tumesti tak puas hati giler, dah la baru balik kafa then kena hantar juadah lagi..hehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com