Pulut Kuning Ayam Goreng Berempah Sedap!

9:00 am

Dah lama teringin nak makan pulut. Ingat nak buat pulut ikan kering biasa je. Tapi memandangkan stok ayam banyak dalam peti ais sekarang marilah kita buat ayam goreng berempah sedap gila resepi Eny Abdullah hehehe... Ayam Berempah saya versi sangat simple dan mudah je nak buatnya. 

P6063681ed

Saya makan ayam goreng berempah ni dengan pulut kuning memang ngam. Asalnya ada buat Gulai Kawah Daging (Resepi Disini) untuk digandingkan sekali. Tetapi makan dengan ayam ni sahaja dah cukup sedap sebab ayam tu cukup rasanya.

P6063694ed

Tengah taip pun terliur balik.. :D
P6063673ed

Resepi Ayam Goreng Berempah Sedap dan Mudah

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar rempah kari daging
3 ulas bawang putih - diketuk hancur
1 sudu besar sos tiram
2 inci halia - dicincang halus
1 sudu besar Maggi CukupRasa - kalau tak pakai boleh gantikan dengan garam

Cara -cara :
Perap ayam bersama semua bahan-bahan selama 1 jam lebih.

Panaskan minyak dan goreng rendam (deep fried) sehingga garing. 

You Might Also Like

11 comments

  1. singgah pagi...
    aduhai...sedapnya la nmpak dalam gambor..

    ReplyDelete
  2. takde kuah la eh?
    sy suka makan pulut kuning dengan gulai ikan tongkol style terengganu
    nyummy!

    ReplyDelete
  3. siap santap kayanya enak ya mba hehe
    save resep nya ahh boleh kan mba buat nanti kasih ke mama hehe

    ReplyDelete
  4. SA x mkn pulut...tp ayam tu mmg menggoda kalbu hatiku...

    ReplyDelete
  5. Ayam goreng tu memang menggoda. Hehe

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum eny...sedapnya tengok pulut kuning tu...:)

    ReplyDelete
  7. Hai Eny...salam kenal di dapur maya... jom meriah-meriahkan lagi dunia masakan tanahair kita!

    ReplyDelete
  8. tgk pun dh tahu seda..ishh dh lama x mkn pulut kuning

    ReplyDelete
  9. adik kita sukaaaaaaaaaaaaaa snagat dengan pulut kuning ni! haha x makan nasi pun xpe

    ReplyDelete
  10. Pulu kuning kari telur plzzz perghhhhhhhhh x leh bayangkan

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com