Kuih Kaswi dalam Acuan Lompang

8:30 am

Hai semua, baru habis bercuti. Alhamdulillah free je rasa minda dapat bercuti walau seketika dengan Darling Husband. Walau tak kemana, tak ke overseas yang penting dapat habiskan masa dan tumpukan fokus kat my DH. Maklumlah nak jumpa sesekali pun susah sebab kesibukan kerja kami berdua. Saya juga tak tinggalkan aktiviti memasak walau bercuti. Sebab DH jarang dapat merasa air tangan saya, maka haruslah saya memasak jugak. Haaa macam mana pula tu nak memasak time pergi bercuti. Kenalah ambil resort atau rumah rehat yang ada kemudahan memasak. Senang cerita yang ada dapur hehehe...

Alhamdulillah DH dah selamat sampai ke Ipoh rumah mak mentua. Esok akan balik kerja di Telok Intan pula. Hehehe memang kebetulan pula sejak tahun lepas DH berpindah kerja ke Telok Intan. Kebetulan sebab Tok (emak kepada emak) dan adik beradik emak yang lain tinggal di Teluk Intan. Senang jugak lah. hehehe...

Kuih Kaswi sarapan pagi ni... tak sempat nak ambil pakai camera. Ni pakai phone camera je. Macam saya cakap, pakai lah camera apa pun, tapi cari sudut yang cantik dan kena ada cahaya

Untuk tips ambil gambar dengan camera phone, boleh TENGOK SINI ya... :)

Untuk resepi Kuih Kasui, ADA SINI ya. Memang sedap dan menjadi resepi tu. Resepi asalnya Kuih Kaswi tapi saya masukkan dalam acuan lompang heheh. Rasa lebih kurang je. 

Rasanya perbezaan keduanya ialah, Kuih Lompang menggunakan tepung beras manakala Kuih Kasui menggunakan campuran tepung gandum dan tepung ubi.

Esok rasa nak gantung kuali sekejap for few days, nak focus kat kerja. :)

Ok selamat berkerja kat semua dan diri sendiri. :D

DSC_0175_edit0

You Might Also Like

8 comments

  1. rara suka kuih lompang! tapi lg suka bila tergigih kapur yg x hancur! hahaha.euuwww pahit sgt!

    ReplyDelete
  2. MAshaAllah kuih lompang ! sedapnyaaaaa lama tak makan . btw happy june !

    ReplyDelete
  3. nyum...nyum...terasa kelembutan kaswi eny

    ReplyDelete
  4. kali ni kuih kaswi dan bertukar menjadi kuih lompang eny hihi, semoga ada rezeki kita bersua di Teluk Intan suatu hari nanti ye Eny.. :)

    ReplyDelete
  5. lama tak makan kuih ni... riindu masakan mak..

    ReplyDelete
  6. hmmmm....sedapnyer kalau dapat mkn kuih tuhhh...hihihihi

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com