Kuih Kaswi Paling Sedap!

Saya penggemar kuih kaswi ni atau ada yang panggil Kasui / Kosui. Kuih Kaswi ni ada 2 jenis, yang perisa gula melaka atau yang pandan (warna hijau). Keduanya sedap. Rasanya pun seolah-olah kuih lompang. Cuma perbezaannya ialah kuih lompang menggunakan tepung beras dan tepung ubi manakala kuih kasui menggunakan tepung gandum dan tepung ubi. 

P4182390ed



Kuih kaswi ni resepinya dapat dari dapur Kak Azie di SINI. Sedap sungguh, lembut, sedikit kenyal memang cair dalam mulut. Senang je cara nak buatnya...

Disebabkan mak suka kuih ni, jadi saya buat resepi ni kurangkan gula menjadi 3/4 cawan sebab nak yang kurang manis sikit. Masih lagi sedap walaupun kurang gula... tak tahu lah kalau yang jenis dah biasa makan manis hehehe..

P4182359ed

P4182385ed



Resepi Kuih Kaswi

Disalin dari blog Azie Kitchen di SINI

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
4-5 sudu besar gula merah - untuk mendapatkan warna yang gelap
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka, gula merah dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras..

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

P/s : Saya punya pengukus kumpul air di atas kuih tu, sebab tak letak tuala, jadi saya cedok air dari atas kuih dan buang. Nasib baik kuih jadi elok :)

Post a Comment

23 Comments

  1. My fav 2...hehehe..sedap, tliuq..

    ReplyDelete
  2. KH suke kuih kaswi tanpa kelapa..nyummyy nyummyy..

    ReplyDelete
  3. eny..khaty suka tapi tak pandai buat

    ReplyDelete
  4. bukan peminat kuih kaswi tapi gambar kat atas buat kuih kaswi ni nmpk sedap lah.. =)

    ReplyDelete
  5. suka kuih kaswi... tp nk buat Ya Allah sangat la malas...

    ReplyDelete
  6. eny buat tengok gambar pun sedap dah :)

    ReplyDelete
  7. mmg nampak sedap. paling suka bila dapat rasa garam pd kelapa tu. hehehe.

    ReplyDelete
  8. my fav tooo...ada orang letak kapur skit kan...menambah sedap...kapur yang boleh makan tu la...kan?

    ReplyDelete
  9. kecik2 dulu mak selalu buatt.. makan tak hengatt.. macam makan nasik! hihi..

    ReplyDelete
  10. Sy suka kuih ni kalau lembik..xsuka yg keras sgt....lapar bl tgk gbr

    ReplyDelete
  11. saya suka kuih kaswi! mak cik saya suka buat :D saya pula tukang habiskan. haha

    ReplyDelete
  12. cn pun suka kuih ni kalau lembik2, sedap !

    ReplyDelete
  13. saja nak share, hehe. kat sini kan kelapa parut yg fresh takde. semua dah siap pack and first time la guna kelapa parut yang kena lembutkan dengan tambah air.

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah nnt cc try praktis resepi nie... Kuih nie salah satu dripada fav cc...tapi dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  15. anis buat xmenjadi la..hahah..nnt cuba buat lagi.. :D thanx resepi..

    ReplyDelete
  16. menarek sis papannya itew :-)
    Kasui jugak fabret saya masa kocik sampailah umuq dah lanjut ni....

    ReplyDelete
  17. emmm, apa penyebab kuih kaswi ni jadi keras dan liat ye? salah teknik atau adunan ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kacau atas api sekejap tak masa kukus? yg keras tu sebab tepung mendap kebawah, jadi kuih bahagian bawah keras dan lembik dibahagian atas.. kalau tak nak tepung mendap, kacau sekejap atas api sehingga berwap dan barulah dikukus.. periuk kukus kena panas semasa masuk kuih

      Delete
  18. SALAM PERKENALAN KAK..... SANGAT OWESOME HASIL TANGAN AKAK..... KAGUM..

    ReplyDelete
  19. Saya buat lembik... Sadis.. Huhu

    ReplyDelete
  20. Dua keping gula melaka tu anggaran berapa cawan ye?

    ReplyDelete
  21. Dua keping gula melaka tu anggaran berapa cawan ye?

    ReplyDelete