Masak Mee Bandung Macam Di Gerai!

/
15 Comments
9:30 pm
Masakan yang paling simple nak buat ialah mee bandung atau di utara sini panggil mee kuah. Buat sendiri puas hati dan boleh jimat kos disamping dapat hidangkan masakan yang berkhasiat kepada family.

Ok untuk bahan-bahan mee bandung ni sebenarnya terpulang kepada kretiviti kita nak letak apa sahaja bahan yang kita suka. Ayam boleh digantikan dengan sotong atau udang, sayur boleh dipelbagaikan. Selain mee, kita boleh gunakan kuey teow atau meehoon.

Cara paling senang adalah masukkan mee terus kedalam kuah yang tengah mendidih. Masalah saya tak tahan bau kapur di mee tu (T__T). Jadi cara saya buat, mee tu saya rebus sekejap atau celur dahulu kemudian cuci mee dari minyak dan kapur sehingga bersih dibawah air paip, barulah dihidangkan bersama kuah.
Cuba lah buat cara saya, lagi sedap mee tu...


P3151405ed

P3151414ed

P3151399ed


P3151401ed


Resepi Mee Bandung Simple  - Boleh juga click sini SINI

Bahan-bahan :
1bungkus  mee kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak.
Tos 2-3 kali.
Isi Ayam
2-3 biji telur
Kobis panjang atau sawi
2-3 sudu besar sambal tumis
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawangputih diketuk hancur
1 batang celery - jika suka
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Tauhu - dipotong dadu
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
   mee bandung bahan

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan batang celery. Boleh juga tumis dengan cili padi yang diketuk kalau nak pedas lagi. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sebentar.

Masukkan sambal tumis dan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih


meebandung 1

Masukkan sos cili. Masukkan tauhu, masak sekejap. Kemudian pecah telur. Dan kacau sikit. Akhir sekali masukkan sayur dan juga bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap. Hidangkan kuah bersama mee yang dicelur tadi.

mee bandung 2


You may also like

15 comments:

Cikgu Norazimah said...

Sedapnya mee bandung ! faveret ni ;)

#ExchangeFeedGroup

Mohd Shahril Fawzy said...

Meriah betul

Deanna Morni said...

huihhh...sy suka byk tauhu....sedappp hihihi

CikSiti said...

Nak try la nnt

MNH SASTERA MELAYU said...

sedap pula mee bandung ni. lama betul tak makan..

Surianti Ishak said...

sdpnye... klu kt johor mee bandung ni kuah pekat.. mee kuah mcm k.eny wat la... tajuk entri tu k.eny bee mandung ka mee bandung.. :-)

Eny Abdullah said...

hahahahah taip sambil mengantuk semalam.. TQ tolong betulkan...

zulhilmitempoyak said...

perghhh!! terliur gak.

anamizu said...

semekom kak eny! ya allah lama x mai sini. maap kak sbb ana bz sket lately :(
terlioqnya tgk mee bandung kak eny buat. ana pun x suka bau kapur kat mee.
selagi buleh ana celur / basuh dulu dgn air bagi ilang bau kalo x mmg x mkn la hhe

pstt~ ana terima dah parcel dari akak tu. mekaseh kak! :)

anajingga said...

faveret kak ana gak ni Eny..

Inani Hazwani said...

sedapnyaa. terliur tengok

Mas Zull said...

assalamualaikum eny...sedapnya mkn petang2 ni...;)

Sentiasa Panas said...

Terliur pulak nampak taugeh tu..huhu

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam eny,
kan3
iols pun slalu dok rejam mee bandung ni3
ater nak yang cepat & senang kan3 he3

Mayang ABDUL RAZAK said...

akak kalau buat mee bandung mmg failed.. tq for resepi sekali dgn step by step lg eny