Masakan yang paling simple nak buat ialah mee bandung atau di utara sini panggil mee kuah. Buat sendiri puas hati dan boleh jimat kos disamping dapat hidangkan masakan yang berkhasiat kepada family.

Ok untuk bahan-bahan mee bandung ni sebenarnya terpulang kepada kretiviti kita nak letak apa sahaja bahan yang kita suka. Ayam boleh digantikan dengan sotong atau udang, sayur boleh dipelbagaikan. Selain mee, kita boleh gunakan kuey teow atau meehoon.

Cara paling senang adalah masukkan mee terus kedalam kuah yang tengah mendidih. Masalah saya tak tahan bau kapur di mee tu (T__T). Jadi cara saya buat, mee tu saya rebus sekejap atau celur dahulu kemudian cuci mee dari minyak dan kapur sehingga bersih dibawah air paip, barulah dihidangkan bersama kuah.
Cuba lah buat cara saya, lagi sedap mee tu...


P3151405ed

P3151414ed

P3151399ed


P3151401ed


Resepi Mee Bandung Simple  - Boleh juga click sini SINI

Bahan-bahan :
1bungkus  mee kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak.
Tos 2-3 kali.
Isi Ayam
2-3 biji telur
Kobis panjang atau sawi
2-3 sudu besar sambal tumis
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawangputih diketuk hancur
1 batang celery - jika suka
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Tauhu - dipotong dadu
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
   mee bandung bahan

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan batang celery. Boleh juga tumis dengan cili padi yang diketuk kalau nak pedas lagi. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sebentar.

Masukkan sambal tumis dan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih


meebandung 1

Masukkan sos cili. Masukkan tauhu, masak sekejap. Kemudian pecah telur. Dan kacau sikit. Akhir sekali masukkan sayur dan juga bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap. Hidangkan kuah bersama mee yang dicelur tadi.

mee bandung 2