Kerang ni sedap juga kalau digulai bersama rebung. Rebung jenis besar ni mak mentua kirim dari kampung. Rebung yang baru dikorek, manis je rasanya. :)

P3251594ed, gulai, lemak rebung, kerang, rebung betong, masak lemak,

P3251585ed, Gulai, masak lemak, rebung, kerang


Resepi Gulai Lemak Rebung Bersama Kerang

Bahan-bahan :
Kerang - direbus dan dikopek isinya
Rebung jenis besar secukupnya, dihiris nipis
300 ml santan pekat
3 batang Serai - diketuk
Garam secukupnya
2-3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk / dikisar :
2-3 inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
Sedikit cili kering yang direbus
3 ulas bawang merah

Cara-cara :
Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, serai, rebung dan air. Masak seketika sehingga mendidih dan rebung lembut.
Masukkan santan dan isi kerang rebus. Tambah air jika perlu jika dan terlalu pekat. Rasa garamnya dan boleh la tutup api.

P3271708ed

Kacang Kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera Muggai atau ada yang panggilnya ramunggai. Disebelah utara sini dipanggil Munggai saja. Ianya sejenis kacang atau sayur-sayuran dan sangat sedap dibuat kari, gulai atau masak lemak. Selain buah, daun munggai juga sedap dibuat masak lemak putih bersama ubi keledek manis. Munggai ni memang kegemaran kaum india. Ianya tinggi kandungan khasiat dan vitamin dan ada agen anti penuaan.

Rasa munggai ni memang sedap bagi penggemar dan yang tau cara nak makan. Muggai ni keras kulit luarnya. Tapi isi dalamnya sangat lembut macam jelly bila dimasak. Cara nak siang munggai ni ialah dengan menyiat kulit keras bahagian luar tu dan potong pendek. Bila nak makan, hisap dan sedut isi lembut didalam, tinggallah kulit luar yang keras tu sebagai hampas. Jangan makan dengan kulit-kulit sekali sebab kulit tu memang kerasss heheh..

20150327_123255

Munggai selepas disiang....
20150327_124816ed

Udang ketak atau udang lipan tu memang sedap digandingkan sekali dengan munggai ni. Udang jenis ni sebenarnya isi dia tak banyak dan tebal sangat macam udang biasa. Tapi isinya rasa macam ketam. Memang sedap!. Macam ketam juga, kalau tak kena musim, isi udang ni akan kurang dan sikit. Ada masa yang sesuai isinya akan banyak. Orang kata selalunya waktu bulan penuh.. betul ke? Apa pun udang ni dibuat kari memang sedap. Kuah kari tu jadi lebih sedap dari menggunakan udang biasa. Sedap hisap isi udang ketak tu dari dalam kulit hehehe…

P3271690ed

Ok lah resepi ni cukup simple. Macam buat kari biasa je. Kali ni saya pakai rempah Babas Kari Ikan dan Udang Pedas.

P3271711ed


Resepi Kari Munggai dan Udang Ketak 

Bahan-bahan :
Munggai – disiang kulit kerasnya dan dipotong
Udang Ketak atau Udang Lipan secukupnya
2 paket kecil serbuk rempah Babas untuk Kari Ikan dan Udang Pedas – dibancuh dengan sedikit air dan bahan kisar.
1 cawan santan
Daun kari
Sedikit minyak untuk tumis
Air secukupnya


Bahan tumbuk / kisar
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kisar semua bahan dan bahagi dua bahagian, satu untuk tumis, dan satu bahagian lagi dibancuh bersama rempah kari


Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan daun kari. Kemudian masukkan bancuhan rempah yang dicampur separuh bawang kisar.
Masak sehingga rempah garing dan naik minyak.
Masukkan air dan munggai. Masak seketika munggai sehingga lembut.
Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih. Perasakan garam secukup rasa.

Bila mendidih, masukkan udang, kacau dan masak sekejap. Siap!

Mini cupcake yang comel ni memang feveret saya. Suka buat size kecil ni nampak comel je. Senang nak makan, senang nak hidang kepada tetamu yang datang berkunjung. Lagipun, tempoh pembakaran mini cupcake ni sekejap je dalam 8-10 minit.

DSC09003, resepi-mini-coklat-cupcakes-kek-coklat-mudah-simple

DSC09008, resepi-mini-coklat-cupcakes-kek-coklat-mudah-simple

Resepi Mini Coklat Cupcakes

Menghasilkan 48 mini cupcakes

Bahan-bahan :

1/2 cup Butter
1 cup gula - resepi asal 11/4
2 telur saiz A
3/4 cup tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/3 cup serbuk koko - pakai jenama van houtten
1/2 cup susu (fresh / UHT / sejat)
1 sudu kecil vanilla esen

Cara :
Panaskan oven pada suhu 170C

Tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam diayak 2 kali.

Pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga embang dan ringan.

Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga sebati

Masukkan 1/3 campuran tepung ke dalam adunan butter dan telur tadi dan pukul

Masukkan separuh dari susu dan pukul.

Terus masukkan 1/3 lagi campuran tepung dan pukul. Dan kemudian diikuti dengan baki susu.

Akhir sekali masukkan baki 1/3 tepung dan pukul lagi sehingga rata dan sebati.

Tips kat sini ialah kena selang seli bahan kering (campuran tepung) dan bahan basah (susu) dan last sekali mestilah bahan kering.

Masukkan adunan kedalam acuan mini cupcake yang diletakkan cawan kertas.
Bakar selama 8-10 minit sehingga masak.


Topping Coklat
1 cup Coklat Bar atau coklat coins secukupnya
1-2 sudu minyak biasa (ikut kepekatan)

Dengan kaedah double boiled cairkan coklat dan kacau sebati bersama minyak.

Menggunakan garfu, drizzle coklat keatas mini cupcake yang telah sejuk.






Kek mentega tapi ada rasa pandan dan coklat. Sedap ke tak? Hehehe... cubalah kalau nak rasa.
Actually resepi ni cuma untuk kek mentega pandan, tetapi sebab ada banyak koko powder kat dapur tak berusik, maka saya masukkan sekali dan jadi macam kek belang. Kena bahagikan adunan kepada dua lah. Macam buat kek marble je kan...

Sorry busy tak dapat nak taip banyak kat sini sebab busy dengan kerja. Ni pun resepi dah lama buat, baru teringat nak share :D
DSC08018

DSC08021


RESEPI KEK MENTEGA PANDAN 

Sumber : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering - saya tak pakai
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla


Cara :
Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C
Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna
Kalau nak buat belang, jangan masukkan dulu pewarna dan perasa pandan. Adunkan kek terlebih dahulu, kemudian bahagi dua adunan, satu diwarnakan hijau dan masuk pes pandan dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko. Masa nak masukkan dalam acuan tu, masukkan sesenduk demi sesenduk berselang seli. :)

Panaslah cuaca hari ni... rasa nak makan yang sejuk-sejuk je... Ni resepi Agar-agar serbuk santan. Resepi boleh check disini ye Agar-agar Serbuk Santan

P3261614ed

P3261602ed

P3261604ed

P3261608
Klik banner untuk join


Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

Segmen dianjurkan oleh Bonde.  Klik banner untuk join ya :)



Look at the sunny side of everything and make your optimism come true. Think only of the best, work only for the best, and expect only the best. :)

Gear : Sony A290
Location  : Jitra Kedah.
 
DSC05887
Selamat pagi.. muffin pisang for breakfast!

Senang buat besar-besar ni, satu adunan cukup  6 biji muffin yang besar macam ni. Sebiji makan pun dah kenyang :)

Tips kalau nak muffin tu nampak melimpah ruah kembang naik keatas tu, kena isi acuan cup sampai paras penuh. Kalau nak yang biasa je, isi sampai 3/4 cup.. :)

Resepi ni sangat lah senang sebab ukuran pakai cawan .. Pagi-pagi buat untuk breakfast takkan lah nak pakai gram bagai kan :D
  DSC_0780

DSC_0797


Resepi Oversize Banana Muffin 
Untuk 6 biji mufin saiz besar atau 12 biji saiz sederhana.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri -  kalau tak pakai tepung naik sendiri boleh pakai tepung biasa diayak bersama 1 1/2 sudu teh  baking powder, 1 sudu teh baking soda
1/3 cawan Gula Perang -  Ni kurang manis.. kalau nak manis, jadikan 1/2 cawan
1/3 cawan butter - dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan.
1 biji telur saiz sederhana
3  biji pisang yang ranum- dihancurkan kasar pakai garfu
1 sudu vanilla essence - saya tak suka pakai esen pisang
1/2 sudu garam

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 175C

1. Pukul butter cair dan gula sehingga gula sedikit hancur
2. Masuk esen vanila dan telur
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan garam ke dalam adunan butter dan telur tadi. Kacau    
    perlahan sehingga adunan bercampur elok dan sebati tetapi jgn overmix!!!
4. Masukkan pisang yang dihancurkan
5. Masukkan adunan muffin ke dalam acuan muffin bersaiz besar dan penuhkan sehingga mencecah
    ke paras penuh acuan. jangan risau adunan muffin ni pekat dan tak akan meleleh ke tepi.
6. Bakar selama 20-30 minit sehingga masak.
Seperti yang kita tahu, Social Media Week ni adalah platform untuk semua pengamal social media termasuklah para blogger untuk bertemu dan berkongsi idea dan pendapat. Selain tu Social Media Week juga menganjurkan Award untuk Best Social Media mengikut kategori masing-masing.

Kalau minggu lepas, adalah minggu untuk pencalonan, minggu ni minggu untuk pengundian bermula

Voting dibuka iaitu dari 23 March hingga 5 April 2015.

Cara nak vote senang je,
Pergi ke Website Malaysia Social Media Week (CLICK) , then Programme then click Awards then click Category




Kena daftar dulu, tapi takpe just login dengan facebook je.. Mudah sangat. jangan risau ni bukan spam ke apa..


Browse lah setiap satu category dan pilih blog yang korang suka...

Kalau nak vote Kak Eny boleh je cari kat Best Foodie Blogger hehehehe...


Klick VOTE button yang warna hijau tu. Perlu dingat, vote ni ada limit. Lepas sekali vote, kena tunggu esoknya baru boleh vote lain.



Dan jangan lupa vote untuk budak handsome ni jugak ye!!  Pojiegraphy untuk kategori Best Travel Blog :)


Selamat pagi...
Selamat menikmati minggu terrakhir sebelum GST..
Selamat berbelanja tanpa GST buat kali terakhir
Cuma nak tanya, kalau beras tak kena GST kan... Beras pulut kena GST tak? :D

Jom sarapan pulut sambal dengan penuh ketenangan...

Tak tau Pulut Sambal ni apa? KLIK SINI

P1160942ed 
Something to ponder : Kalau beras tak kena GST... tapi bila dah jadi nasi goreng, dicaj 6% jugak tak?  :)
P3141375ed

Resepi ni macam ikan solok lada yang selalu kita makan dengan nasi kerabu. Tapi saya buat dengan ikan cencari dan dibakar. Macam ikan bakar inti kelapa juga. Cuma saya tambah telur dan tepung jagung supaya jadi macam otak otak. Sedap lah juga makan dengan nasi panas-panas.. hehehe

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Otak Otak

Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru - atau sebarang jenis ikan.
1 ekor kan cencaru - diambil isinya sahaja dan kisar halus
1 cawan kelapa parut
1-2 biji telur
3 sudu besar  cili kering rebus dikisar
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/2 kelapa parut
1 sudu besar Tepung Jagung
 Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar halus
Sedikit halia
1 biji Bawang merah besar
2 biji Bawang putih
1 inci lengkuas
1 batang Serai
3 biji Buah keras
1/2 inci belacan - dibakar dahulu

Cara :

Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kering kisar sehingga wangi, kering dan pekat. Masukkan kelapa parut dan daun kunyit dan gaul rata. Rasakan garam dan gula. Bagi sedikit manis supaya lebih sedap :D Tutup api dan sejukkan.

Campur sambal kelapa tadi bersama isi ikan kisar,  telur yang dipukul sekejap dan tepung jagung. Agak-agak boleh kepal dan tak terlalu cair. Gaul rata dan kemudian sumbat kedalam ikan.

Balut ikan dengan daun pisang sehingga rapat dan tertutup

Panggang atau bakar ikan sehingga masak. Saya panggang diatas kuali dapur gas je. Kena buka api perlahan.




Selamat pagi...
Gear : Olympus EPL3

Ok, satu tips nak dapatkan gambar yang jelas dan crips ialah dengan kurangkan pergerakan dan goyangan.

Cara :
Pakai tripod. Jika tidak ada tripod... Pegang kamera dengan kedua belah tangan.
Cari titik fokus, fokus betul-betul
Dah dapat fokus, tahan sekejap napas, dan tekan butang kamera. 
Kalau posisi rendah, duduk jika boleh.

 P2200576ed
P3201572ed

Siapa rasa menyampah betul kalau bawa earphone dalam beg mesti habis wayar berselirat, lepas tu dah satu hal nak buka wayar berselirat tu... nak nak time kita nak guna sangat earphone tu hehehe..

Kalau nak letak dalam poket beg pun boleh tapi kadang-kadang susah nak keluar masuk ke dalam poket beg pulak..

Jadi buat lah earphone pouch ni hehehe... actually kalau nak beli beg kecil yang dah siap pun boleh. Tapi pakai earphone pouch ni lebih praktikal sebab zip nya di tengah senang nak keluar masuk wayar tu dan bentuknya bulat dan cukup cukup size untuk gulungan wayar tu je, jadi tak lah dia berselirat kat dalam tu....

Earphone ni boleh je gantung kat dalam kereta atau di beg. Boleh letak gegelang keychain kat tangkainya tu... :)

P3201580ed

Apa yang kita perlukan ialah kain atau kain perca yang dipotong bulat ikut saiz yang kita nak. Boleh guna mangkuk kecil untuk tekap bentuk bulatan tu.

Kita juga perlukan interfacing. Interfacing ni kertas keras bergam yang kita boleh beli di kedai alat jahitan. Fungsinya supaya pouch kita nanti akan elok keras bentuknya. Tetapi jangan ambil yang keras sangat kertas interfacing tu, cukup sekadar yang lembut tu, selalu orang guna untuk buat jahitan sulam.. interfacing ni kalau nak senang kita boleh iron terus ke atas kain supaya lekat jadi senang nak jahit.. Kalau tak nak iron pun ok je..

Bahan diperlukan
Zip
Potong bulat 4 keping kain -
Potong bulat 2 keping interfacing - 1 keping dipotong dua

Mula-mula Ambil 1 keping kain bulat dan balut 1 keping interfacing yang dipotong dua tadi, macam gambar kat bawah.... pinkan.. buat untuk satu keping lagi kain bulat dan 1 keping interfacing.

page1


Selepas tu lekatkan pada zip. letak jarum peniti pada zip. Jahit...

Tengok cara kedudukan jarum peniti... tu supaya jarung senang dicabut bila mesin jahit tengah jalan.. hehehe... ikut lah selesa sebelah mana kedudukan jarum tu..

Jahit sebelah dulu ye... kemudian baru jahit sebelah lagi... dah siap bahagian atas..

Untuk cantuman bahagian bawah,  ambil sekeping kain bulat lapis dengan interacing di tengah dan selapis lagi kain untuk sebelah dalam.. jadi interfacing berada ditengah antara 2 helain kain.. Ini supaya lapisan dalam tak nampak kertas tu.. adoi paham ke ni hehehe...

Lepas tu cantumkan bahagian berzip yg dsiap tadi dan bahagian bawah pouch.. jahit sebelah dulu ye.. make sure bahagian luar zip duduk di bahagian dalam sebab nanti kita nak terbalikkan..
page2


Tarik sikit zip tu ke bawah sebab lepas ni kita nak cantum terus.. kang dah cantum camne nak buka zip pulak heheheh..

Lepas tu jahit dan cantumlah sebelah lagi pula.. oh ye.. yang warna purple tu sebagai tangkainya.kena jahit siap dulu ye... then kena selitkan bawah zip ke bahagian luar.. tengok gambar bawah ni yg ke 3.. kedudukan tangkai..

Jahit terus dan cantum sehingga habis... matikan jahitan dengan kuat kat kat bahagian zip tu...

Ok dah siap cantum, bolehla potong lebihan zip tu.. tengok zip tu terbuka sikit kan.. ha sebab tu kena tarik zip ke bawah sikit tadi.. baru senang nak buka dan terbalikkan..
  P3191508

Trim cantik cantik tepi cantuman tu.. eh cantik ke macam tu hehehe...

P3191509


Then terbalikan lah.. taraaa.... boleh iron sikit supaya interfacing dalam tu keras dan lekat elok. Iron sikit je.. jangan terlebih panas.. Ok siap!!

P3191510
Nasi daging ayaq asam ialah resepi signature Negeri Kedah. Hidangan ni cukup simple. Nasi dimasak dengan air rebusan daging bersama dagingnya sekali, dan cuma dihidangkan dengan air asam tomato (ada yang panggil kerabu tomato). Kalau ada lauk sampingan pun sekadar sup, dalca atau pajeri terung atau nenas. Cara nak masak pun cukup senang. Sesiapa ja boleh cuba. Nasi daging ni selalu orang di Kedah masak waktu Hari Raya Korban, Aqiqah dan sebagainya. Menu utama kalau hari raya korban dan aqiqah disini ialah nasi daging, air asam yang kadangkala dicampur perut lembu didalam nya dan sup tulang. Memang sedap!

P3201520ed


ed

Air Asam Tomato...
  P3201548ed

Pajeri Terung...

P3201549ed P3201556ed

Resepi Nasi Daging Kedah

Bahan sup untuk dibuat stok
1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa

Cara :
Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. Asingkan daging. Simpan 8-9 cawan air untuk stok nasi. Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.


Bahan-bahan Nasi
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
8 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus

Cara :
Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup. Tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan daging,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.

Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.

Resepi Air Asam Tomato
2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis

Cara :
Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong.  Picit-picit  atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.

Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.


Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan :
4 biji terung sederhana besar - dipotong dua dan dibelah.
1 cawan santan - saya pakai 1 kotak santan kotak KARA dan tambah air secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1-2 biji  bunga lawang
2 -3 buah pelaga
1 paket kecil rempah kari daging - dibancuh dengan sedikit air
1-2 sudu besar gula - terpulang nak manis macam mana.
Sedikit minyak masak untuk menumis - dalam 3-4 sudu besar
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Dikisar atau ditumbuk :
3 - 4 ulas bawang merah
3 - 4 ulas bawang putih
2-3 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk bersama buah pelaga, kulit layu manis dan bunga lawang sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah bercampur air. Tumis dan masak rempah sehingga naik minyak dan garing.

Masukkan santan dan terung serta kerisik.  Tambah air jika perlu. Masak sehingga rebung lembut dan kuah pajeri menjadi pekat. Masukkan gula dan garam. Rasa pajeri ni kena sedikit manis. Jadi pandai-pandailah adjust gula tu ya.

Masakan yang paling simple nak buat ialah mee bandung atau di utara sini panggil mee kuah. Buat sendiri puas hati dan boleh jimat kos disamping dapat hidangkan masakan yang berkhasiat kepada family.

Ok untuk bahan-bahan mee bandung ni sebenarnya terpulang kepada kretiviti kita nak letak apa sahaja bahan yang kita suka. Ayam boleh digantikan dengan sotong atau udang, sayur boleh dipelbagaikan. Selain mee, kita boleh gunakan kuey teow atau meehoon.

Cara paling senang adalah masukkan mee terus kedalam kuah yang tengah mendidih. Masalah saya tak tahan bau kapur di mee tu (T__T). Jadi cara saya buat, mee tu saya rebus sekejap atau celur dahulu kemudian cuci mee dari minyak dan kapur sehingga bersih dibawah air paip, barulah dihidangkan bersama kuah.
Cuba lah buat cara saya, lagi sedap mee tu...


P3151405ed

P3151414ed

P3151399ed


P3151401ed


Resepi Mee Bandung Simple  - Boleh juga click sini SINI

Bahan-bahan :
1bungkus  mee kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak.
Tos 2-3 kali.
Isi Ayam
2-3 biji telur
Kobis panjang atau sawi
2-3 sudu besar sambal tumis
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawangputih diketuk hancur
1 batang celery - jika suka
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Tauhu - dipotong dadu
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
   mee bandung bahan

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan batang celery. Boleh juga tumis dengan cili padi yang diketuk kalau nak pedas lagi. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sebentar.

Masukkan sambal tumis dan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih


meebandung 1

Masukkan sos cili. Masukkan tauhu, masak sekejap. Kemudian pecah telur. Dan kacau sikit. Akhir sekali masukkan sayur dan juga bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap. Hidangkan kuah bersama mee yang dicelur tadi.

mee bandung 2
Congo Bars ni sebenarnya macam Brownies je, cuma brownies tu ada campuran serbuk koko atau coklat yang diadunkan sekali didalam. Tetapi Congo Bars ni, hanya dimasukkan coklat cip, chocolate chunks (kepingan coklat) atau coklat rice. Mat salleh kita panggil ni Blondie. Sebab warna dia perang heheheh..

P3181440ed

Macam rasa Brownies juga rasanya, lembut berlemak tetapi dia kurang gebu dan spongy macam kek biasa. tetapi sedap sebab ada kekacang yang dicampurkan sekali dalam adunan congo bars.

P3181455ed

Disebabkan saya tak plan pun nak buat congo bar, saya cuma pakai bahan apa yang ada di dapur saya. Ada almond flakes, chocolate rice yang tak pernah habis dan butter :) Cukup lah. Jadi saya tak lah gaulkan chocolate rice kedalam adunan sebab chocolate rice ni cepat cair ;).

Cuma resepi congo bars ni agak manis, jadi saya kurangkan banyak juga gula perang tu. Kalau pakai gula biasa mesti lagi manis.

P3181472ed

Resepi Congo Bars atau Blondies
Sumber Selera Sakura

Bahan-bahan:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
3 biji telur gred A- atau 4 biji Gred B
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips - Tak pakai
1 cawan  kepingan badam atau sebarang kekacang - Simpan sedikit untuk tabur diatas
Chocolate rice atau choclate chips untuk tabur diatas

Cara:
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. - Saya tak pakai choclate chips. Jadi cuma masuk badam sahaja.

Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.

Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate rice  jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.