Congo Bars ni sebenarnya macam Brownies je, cuma brownies tu ada campuran serbuk koko atau coklat yang diadunkan sekali didalam. Tetapi Congo Bars ni, hanya dimasukkan coklat cip, chocolate chunks (kepingan coklat) atau coklat rice. Mat salleh kita panggil ni Blondie. Sebab warna dia perang heheheh..
Macam rasa Brownies juga rasanya, lembut berlemak tetapi dia kurang gebu dan spongy macam kek biasa. tetapi sedap sebab ada kekacang yang dicampurkan sekali dalam adunan congo bars.
Disebabkan saya tak plan pun nak buat congo bar, saya cuma pakai bahan apa yang ada di dapur saya. Ada almond flakes, chocolate rice yang tak pernah habis dan butter :) Cukup lah. Jadi saya tak lah gaulkan chocolate rice kedalam adunan sebab chocolate rice ni cepat cair ;).
Cuma resepi congo bars ni agak manis, jadi saya kurangkan banyak juga gula perang tu. Kalau pakai gula biasa mesti lagi manis.
Resepi Congo Bars atau Blondies
Sumber Selera Sakura
Bahan-bahan:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
3 biji telur gred A- atau 4 biji Gred B
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips - Tak pakai
1 cawan kepingan badam atau sebarang kekacang - Simpan sedikit untuk tabur diatas
Chocolate rice atau choclate chips untuk tabur diatas
Cara:
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. - Saya tak pakai choclate chips. Jadi cuma masuk badam sahaja.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate rice jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
15 Comments
wahh a lil bit diff with the recipe yang saya guna untuk buat congo bars ehehhee. nampak sedap tuu :p kecur air liur hehehe
ReplyDeletetengok gambar pun dah kecur air liur
ReplyDeletemenggoda...
ReplyDeleteamboi..... sedapnya tengok! Nanti Nina nak try Eny.. Nina simpan dalam gobok dulu resepinya~
ReplyDeleteThanks Eny
aik..feberet ni congo bars!
ReplyDeleteerm.. gambar pun dah nampak sedap.. nyum :)~
ReplyDeletewelcome to #exchangefeedgroup , salam singgah... menariknya lah hai gambar makanan kat sini...
ReplyDeletesedapnya.... hehe Ainaa bls singgah dari #groupEFG
ReplyDeleteTerliur melihat gambar-gambar dari Kak Eny ni. Nasiblah dah kenyang. Ngeh!
ReplyDeletesedapnya la tengok gambo ni..mana nak cari ni, nk buat mmg tak ler..huhu
ReplyDeletemenarik nih....leh cuba nnti...hihihi
ReplyDeleteana baru dpt merasa congo bars ni masa p training baru ni mmber tapaw. gila sedap! hehe
ReplyDeletenak trylah nanti
ReplyDeleteWaa..sedap. Nak cuba isteri masakkan resepi ni..;)
ReplyDeletecemana nak download
ReplyDelete