
Siapa rasa menyampah betul kalau bawa
earphone dalam beg mesti habis wayar berselirat, lepas tu dah satu hal
nak buka wayar berselirat tu... nak nak time kita nak guna sangat
earphone tu hehehe..
Kalau nak letak dalam poket beg pun boleh tapi kadang-kadang susah nak keluar masuk ke dalam poket beg pulak..
Jadi
buat lah earphone pouch ni hehehe... actually kalau nak beli beg kecil
yang dah siap pun boleh. Tapi pakai earphone pouch ni lebih praktikal
sebab zip nya di tengah senang nak keluar masuk wayar tu dan bentuknya
bulat dan cukup cukup size untuk gulungan wayar tu je, jadi tak lah dia berselirat
kat dalam tu....
Earphone ni boleh je gantung kat dalam kereta atau di beg. Boleh letak gegelang keychain kat tangkainya tu... :)

Apa yang kita perlukan ialah kain atau kain perca yang dipotong bulat ikut saiz yang kita nak. Boleh guna mangkuk kecil untuk tekap bentuk bulatan tu.
Kita juga perlukan interfacing. Interfacing ni kertas keras bergam yang kita boleh beli di kedai alat jahitan. Fungsinya supaya pouch kita nanti akan elok keras bentuknya. Tetapi jangan ambil yang keras sangat kertas interfacing tu, cukup sekadar yang lembut tu, selalu orang guna untuk buat jahitan sulam.. interfacing ni kalau nak senang kita boleh iron terus ke atas kain supaya lekat jadi senang nak jahit.. Kalau tak nak iron pun ok je..
Bahan diperlukan
Zip
Potong bulat 4 keping kain -
Potong bulat 2 keping interfacing - 1 keping dipotong dua
Mula-mula Ambil 1 keping kain bulat dan balut 1 keping interfacing yang dipotong dua tadi, macam gambar kat bawah.... pinkan.. buat untuk satu keping lagi kain bulat dan 1 keping interfacing.
Selepas tu lekatkan pada zip. letak jarum peniti pada zip. Jahit...
Tengok cara kedudukan jarum peniti... tu supaya jarung senang dicabut bila mesin jahit tengah jalan.. hehehe... ikut lah selesa sebelah mana kedudukan jarum tu..
Jahit sebelah dulu ye... kemudian baru jahit sebelah lagi... dah siap bahagian atas..
Untuk cantuman bahagian bawah, ambil sekeping kain bulat lapis dengan interacing di tengah dan selapis lagi kain untuk sebelah dalam.. jadi interfacing berada ditengah antara 2 helain kain.. Ini supaya lapisan dalam tak nampak kertas tu.. adoi paham ke ni hehehe...
Lepas tu cantumkan bahagian berzip yg dsiap tadi dan bahagian bawah pouch.. jahit sebelah dulu ye.. make sure bahagian luar zip duduk di bahagian dalam sebab nanti kita nak terbalikkan..
Tarik sikit zip tu ke bawah sebab lepas ni kita nak cantum terus.. kang dah cantum camne nak buka zip pulak heheheh..
Lepas tu jahit dan cantumlah sebelah lagi pula.. oh ye.. yang warna purple tu sebagai tangkainya.kena jahit siap dulu ye... then kena selitkan bawah zip ke bahagian luar.. tengok gambar bawah ni yg ke 3.. kedudukan tangkai..
Jahit terus dan cantum sehingga habis... matikan jahitan dengan kuat kat kat bahagian zip tu...
Ok dah siap cantum, bolehla potong lebihan zip tu.. tengok zip tu terbuka sikit kan.. ha sebab tu kena tarik zip ke bawah sikit tadi.. baru senang nak buka dan terbalikkan..
4 Comments
Wah menarik ni..blh jugak letak duit syiling hehhehe.
ReplyDeletetutorial yang baik kak eny. terbaik
ReplyDeleteAssalam eny,
ReplyDeletealoloooooo
nomei ja iols nengok bag kocik itu :)
masa sekolah dulu amik kemahiran hidup...bab jahit menjahit ni sgt2 susah...x pernah lulus
ReplyDelete