GIVEAWAY TAMAT - Keputusan akan diumumkan secepat mungkin.
Pinned Post. Scroll down untuk entry terbaru 



Giveaway By Eny Abdullah – Komen banyak-banyak, Share banyak-banyak

1. Pemenang Top Comentator  RM 100 Cash / Top Up x 1   - Pemenang dikira untuk blogger yang memberi komen paling banyak di blog ini sepanjang giveaway berlangsung dari 16 Disember 2014 hingga 30 January 2015

2. Pemenang Top Sharing Post  RM 50 Cash / Top Up x 1  - Pemenang dikira kepada  sharing post terbanyak dari facebook page Eny Abdullah. Pergi dekat Facebook page tu dan click LIKE. Lepas tu share je apa-apa post yang ada di page tu sebanyak yang boleh sepanjang give away berlangsung. Boleh je share post lama atau post yang akan datang sepanjang Giveaway berlangsung.  Post yang di share mesti lah di set kepada Public. 

3. Pemenang Sagu Hati berdasarkan Random  x 5 (hadiah souvenirs misteri bukan cash)

Hanya 1 Pemenang  untuk satu jenis hadiah.  Tak leh bolot semua hadiah tawww :D

Cara nak sertai :
1. Follow Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/   - wajib ada blog untuk kategori top comentator

2. Like Facebook page Eny Abdullah – wajib ada facebook peribadi / pages untuk kategori Top Sharing

3. Follow Instagram Eny Abdullah - optional

Buat entry mengenai giveaway ini di blog, (caranya: klik New Post. kemudian klik HTML di dalam text box di bawah. kemudian copy semua coding dalam scrolbox , kemudian paste pada HTML entri anda. bila siap dan anda nak check apa yang jadi, KLIK Compose di sebelah butang HTML. Kalau semua ok terus publish.) 

;

Lepas dah publish entry give away, share kan link entry tersebut di ruangan komen di bawah entry ini. Share sekali nama Facebook anda dan Instagram (jika ada).

Contoh :
Hai Eny, saya pun dah join!!!
[link entry blog]
Facebook : [nama facebook anda]
Instagram : [nama instagram anda]


Setiap penyertaan akan masuk bloglist dibawah entry ini. Boleh lah kita sama-sama blogwalking dan follow mengfollow sampai lebam kan!


  1. http://www.papaglamz.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html?m=1
  2. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  3. http://ohresepiku.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah.html
  4. http://zafairmas.blogspot.com/2014/12/give-away-blog-by-eny-abdullah.html
  5. http://maszull.blogspot.com/2014/12/giveaway-blog-eny-abdullah-komen-banyak.html
  6. http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  7. http://www.eitaariflegacy.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html
  8. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  9. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html
  10. http://www.hanisamanina.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  11. http://maiatiqah.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  12. http://kameqdeanna.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  13. http://anajingga.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  14. http://www.suesopian.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  15. http://pleaselovemeunconditionally.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  16. http://chenta-shima.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  17. http://suriaamanda.blogspot.com/2014/12/give-away-blog-eny-abdullah-komen.html
  18. http://jombercontest.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  19. http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  20. http://putrihomestayarau.blogspot.com/2014/12/give-away-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  21. http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak_17.html
  22. http://aliatulaiman.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  23. http://duniazumal.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  24. http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  25. http://lifesofkajiwara.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  26. http://jueliana-koreanworld.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  27. http://narumihuda.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  28. http://www.cantiksihatsemulajadi.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  29. http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html 
  30. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  31. http://famf-tower.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  32. http://bysyiraishak.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  33. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  34. http://syidamenulis.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html
  35. http://www.syuhadasalleh.my/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  36. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  37. http://sukomencarut.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  38. http://mawarberduri4147.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  39. http://blogummiaimy.blogspot.com/2015/01/give-away-blog-eny-abdullah.html
  40. http://ibuadambatrisya.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  41. http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak_48.html 
  42. http://faarihintalip.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  43. http://eirna-nurasikin.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  44. http://eryati.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  45. http://dramaticuniq.blogspot.com/2015/01/give-away-blog-eny-abdullah.html
  46. http://cowament.blogspot.com/2015/01/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html 



Selamat pagi semua..
Telur apa ni? Warna pink dan bergumpal. Ni bukan kuih sagu ke apa hehehe...

Gear : Sony A290 Tamron lens 70-300mm
Lokasi : Tepi bendang

DSC08848ed 
Ni ialah telur siput gondang. Kalau orang utara pasti tau siput gondang ni ialah siput perosak yang makan pucuk muda padi. Selalu boleh jumpa di bendang atau di tepi parit bendang. Siput akan lekatkan telur mereka di mana-mana tempat yang keras yang tinggi dari air.
Dah cakap kan, selagi tak habis kimchi hari tu hehehe.

Giveaway akan tamat malam ni tepat pukul 12 tengah malam, terima kasih kepada semua peserta ya. Terima kasih sudi share dan like page, dan sudi tinggalkan komen di blog ni. Saya baca setiap komen tu dan ada yang komen tu buat saya gelak sorang-sorang. Sebab dia sendiri tulis komen, lepas tu dia sendiri reply kat komen tu. Hahahah tapi saya tetap terima dan kira komen macam mana pun hehehe. InsyaAllah keputusan akan diumumkan secepat mungkin, mungkin sebelum Isnin ni. :D

Sedap makan meggi dengan kimchi. Layan betul!

P1291713ed P1291730ed
Nak join juga lah :D. Click Banner untuk join ye..


http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html

Nak tag blogger :
Suka buat cupcake ni dan makan panas-panas. Selalu buat di waktu malam untuk makan sambil layan drama korea :D. Dan resepinya pun tak pakai butter, cuma pakai minyak jagung. Kalau pakai minyak yang biasa pun boleh je :D.

DSC03351ed DSC03355ed  
Pandan Marble Chocolate Cupcake
Resepi ini telah diadaptasi dan diubahsuai bahan bahan dari resepi asal di blog Masam Manis

1 cawan minyak jagung
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
8 biji telur
1 camca besar ovallate
1 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh pes pandan emulco (pewarna dan perasa pandan) jika guna hanya perasa pandan, tambah pewarna hijau

Cara cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan
  3. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
  4. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
  5. Tuang minyak jagung dan gaul rata dengan spatula.
  6. Ambil lebih kurang 2 senduk dan dicampurkan dengan serbuk koko. Selebihnya masukkan pandan emulco dan dikacau sebati.
  7. Masukkan adunan pandan dahulu. Penuhkan acuan cupcake. Kemudian tuang sesudu adunan coklat dan diputar menggunakan pisau untuk kesan marble. 
  8. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.


20140406_181326

page
page2
 
Salam semua, hari ni sedih sangat. Saat taip entry ni pun saya masih menangis. Park Zorro atau kami selalu panggil dia Zorro Oppa kena langgar dengan superbike yang ditunggang laju depan rumah. Zorro Oppa dan seekor lagi kucing Sa Rang memang selalu main depan rumah. Tetapi memandangkan  jalan depan rumah ada "bumper" jadi setiap kali kereta dan motor yang lalu akan perlahan kan kereta disitu. Tambahan pula selang 2-3 buah rumah ada rumah yang buat keas mengaji budak-budak.

Tapi penunggang superbike tu agaknya tak pakai otak atau ada otak letak di lutut. Jalan dalam taman perumahan ni bukan lah medan nak test power motor. Ramai kanak-kanak, orang tua, yang berjalan ke surau, ke kedai. Jalan selebar 40 kaki  tu bukan lah besar mana, kalau selisih kereta pun cukup-cukup.

Kejam, dah langgar tanpa rasa bersalah tinggal pula dia menggelupur macam tu. Nasib baik ada budak-budak (yang ternyata cerdik dan pandai gunakan otak) angkat dan bagitau kami.

Kesian sebab dia menderita dan tahan sakit. Darah membuak keluar dari mulut. Mungkin internal bleeding. Nak bawa ke Vet, dah malam mana buka, esok pula Jumaat, di Kedah sini cuti. Kami cuma mampu tenangkan dia dan lap darah dimulut. Ya Allah.

Dari tadi doa saya, jangan lah dia menderita lama, Kalau dah tak ada harapan, kami rela dia pergi dari menanggung derita. Tak tahan melihat dia menanggung sakit macam tu. Kalau dia ada harapan untuk sembuh semoga dia cempat sembuh dan dikurangkan rasa sakit tu. Mohon doa dari semua juga ya.

Stray cat yang singgah di rumah kami 2-3 bulan lepas. Dia masih lagi baby ketika datang dalam keadaan comot dan lapar. Mata penuh taik mata, dan ada selsema teruk. Mula-mula memang berat nak adopt memandangkan kami dah banyak kucing dirumah. Jadi kami beri makan diluar sahaja. Tapi bila dah jadi kawan Sa Rang yang keseorangan selepas adik beradik dia mati sebab sakit, dan dia pun manja dan baik, maka kami ambik juga lah bela, adik saya mandi kan dia sampai bersih, wangi dan comel. Dia memang manja, sangat manja. Mungkin sebab rindukan ibunya. Tak tahu siapa yg buang dia didepan rumah kami.

Sekarang dia cuma terbaring, boleh bergerak tetapi rasanya tengah menahan sakit, yang kami tak tahu sakit tu dimana... bukan dia boleh bercakap... hanya Allah yang tahu penderitaan dia...

Mohon doa dari semua.... 

P1171134ed
Tajuk tu... hehehe.. pening tak baca

Hasil skodeng abang goreng char kuey teow tu di gerai kat food court Gurney Drive. hehehe. Abang tu bagitahu, salah satu tips, api kena kuat, pakai kuali besar dan kena masak untuk sikit-sikit (maksud dia portion yang sikit). Paling banyak 3 pinggan sekali masak. Lebih darpipada tu dah tak sedap!. Owh patut la Char Kuey Teow kat rumah tak sesedap mcam kat gerai sebab sekali masak 2 bungkus kuey teow bersamaan dengan berapa banyak pinggan boleh dapat tu hehehe.. nama pun masak untuk family kan.

Nak buat Char Kuey Teow ni senang je. Kena ada sambal tumis cili yang dah siap masak. Kalau ada sambal lebihan yang tak habis pun ok je. Nak nak kalau sambal udang kan. Mesti lagi sedap hehehe. Jadi kalau ada masak sambal tu buat lebih sikit untuk buat rencah Char Kuey Teow :D.

Rencah lain, tak payah pakai bawang banyak-banyak. Cukup sekadar bawang putih yang diketuk atau cincang, kemudian rendam dalam minyak yang kita nak tumis tu, baru sedap. Sayur pun sekadar taugehh dan daun kucai. Ni daun kucai tak ada letak sawi je lah hehe.. Taugeh tu letak last sekali bila nak tutup api supaya rangup je taugeh tu.

Dah hasilnya....

CharKTed


So jadi ke char kuey teow ala gerai ni? Mestilah...... tak jadi dan tak sesedap yang makan kat Gurney Drive tu hehehe. Tapi sedap sikit lah dari biasa hehehe.

Sebenarnya ada jual kicap Char Kuey Teow yang rata-rata peniaga gerai selalu pakai. Bukan setakat kuey teow tetapi boleh goreng mee dan sebagainya. Kalau jumpa nanti saya share disini ya.

Resepi Char Kuey Teow ala Gerai 

Bahan-bahan :
1/2 bungkus kuey teow
4-5 sudu sambal tumis - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih dicincang - direndam dalam minyak masak yang nak tumis tu
4-5 sudu minyak masak untuk menumis - kalau sambal tumis dah berminyak, kurangkan lah sikit.
Udang/ kerang atau isi ayam secukupnya
Taugeh, kucai atau sawi 2 biji telur
Sedikit air jika perlu
Kicap pekat

Cara-cara :

Sediakan bahan-bahan ditepi kuali.

Pakai kuali yang besar sikit dan api kena kuat.

Panaskan kuali dan masukkan minyak dan bawang putih direndam sekali tu. Tumis sehingga wangi.

Masukkan isi kerang, udang atau isi ayam, dan kemudian masukkan kicap. Kalau kering sangat boleh masuk air sedikit sahaja. Masak sekejap.

Masukkan kueyteow gaul rata

Masukkan sambal tumis dan gaul rata. Kalau rasa tak cukup pedas tambah la lagi. Boleh tambah garam secukup rasa.

Ketepikan kueyteow tepi kuali, pecahkan telur di tengah kuali, kacau2 sehingga telur hancur dan keras sedikit dan gaul sekali kuey teow dan telur tu.

Akhir sekali masukkan tugeh, kucai atau sawi. Tutup api dan siap!

Selalu makan yang ada letak gula merah atau pandan. Yang ni lain sikit. Saja nak buat sebab comel je :D

6490356653_cecb1e34fe_oed

Resepi Kuih Lompang - Resepi asal dari SINI

Bahan-bahan : 
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sth Air Mawar
4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung / 2 cawan masak dgn gula)
Daun Pandan

Cara-cara :
Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..

Bukan resepi kuih Puteri Mandi tetapi Puteri Itik tengah mandi manda hehehe..

Lokasi : Penang Bird Park
Gear : Sony A290

DSC00964ed
Merasai keenakan mentarang bakar di Resoren Tok Chik Jitra Kedah. First time rasa mentarang ni. Sedap juga! Lembut je sebab fresh dan dibakar tak terlalu lama...
 P1271622 
Susah nak cari mentarang ni kan.. Nak cari yang freh lagi lah tak jumpa. Ke kuala Kedah pun tak pernah jumpa. Harga sepinggan RM10.

P1271627ed
Char Kuey Teow paling sedap di dunia ialah Char Kuey Teow Gurney Drive di Penang. Dah makan kat gerai, tapau bawa balik hotel lagi. hehehe

DSC00864ed

Lokasi : Penang Bird Park, Butterworth.
Gear : Sony A290, Tamron 70-300mm f/4-5.6 Di LD  lens attached

hmmmm..... setakat pakai kamera murgah murgah tu, cek malaih la nak layan... ada hati nak ambik gambaq cek...

DSC00991ed

Haa?? Apadia? Hangpa panggil kami apa? 

DSC00988ed

Cik Ta???? Kami sukaa!! Mai nak senyum sat... 

DSC00987ed
Sayur Keladi atau asam rebus keladi. Orang utara panggil Sayuq Keladi hehe

Kebetulan pergi pasar hari jumaat lepas jumpa keladi yang fresh, siap dengan batang dan ubi keladi sekali. Keladi ni kalau di Kedah memang masak macam ni je. Apa yang sedap lagi ya kalau nak masak keladi ni?  Kalau ada resepi boleh share ye!

Resepi ni mak yang masak kan. Jadi semua bahan agak-agak je. Pandai-pandai lah adjust hehehe..

Asam rebus keladi Asam rebus keladi


Resepi Sayur Keladi

Bahan-bahan :
3 batang keladi dan ubi nya sekali. - direbus asing batang keladi dan ubinya. Rebus sehingga lembut dan empuk. Buang airnya dan tos dan bilas 2-3 kali.
3 ekor ikan kembung rebus -ambil isi sahaja
2 batang serai
Daun kesom
2-3 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan tumbuk / kisar :
8-10 tangkai Cili kering rebus
2 inci Kunyit hidup
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 inci halia


Cara-cara :

Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, air, isi ikan, serai, daun kesom dan asam keping. Rebus seketika sehingga cili tu masak.

Masukkan keladi dan ubi keladi yang sudah direbus. Masak seketika sehingga mendidih dan siap!

Segmen dianjurkan oleh Cik Manis yang Manisss! Click Banner untuk join ye


Donut balls untuk breakfast pagi ni. Buat bentuk bola sebab senang dan cepat hehehe. Rasa sama je pun :D

6927487170_486703d0bb_oed

6927487170_486703d0bb_oed2

Resepi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1/4 cawan susu
2 sudu besar mentega  cair
6 sudu besar gula pasir
1 paket yis  kering mauripan
1 biji telur

Cara-cara

Air suam, gula dan susu disatukan, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi dan biar sehingga berbuih. Kalau tak berbuih tandanya yis dah mati dan tak aktif. Kena tukar paket yis lain hehe

Campur mentega cair dan telur. Pukul sekejap sehingga sebati.

Campur tepung dan campuran mentega dan telur

Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan campurang mentega dan telur, gaul sebati dengan senduk kayu.

Biar adunan selama 45 minit.

Sapu tangan denga tepung dan uli sekejap adunan. Adunan memang agak melekit. Kalau lembik sangat tambah tepung sedikit demi sedikit.

Buat bentuk bulat atau tekap acuan donut.

Biar donut kembang sedikit sebelum digoreng minyak sederhana panas. Kena balikkan selalu supaya warna donut sama rata je.

Saya golekkan donut tadi dalam gula caster halus (bukan gula icing) yang bercampur sedikit serbuk kayu manis. Sedap!!!
Gado-gado atau ada yang panggil Pecal. Kalau di sebelah utara ni, rojak atau pasembor pun lebih kurang macam ni cuma ada cucur udang dan baha-bahan seperti timun dan sengkuang dihiris halus. Nak letak resepi pun mesti ramai yang tahu buat kan hehehe. Cuma nak share resepi kuah kacang segera. Boleh buat siap-siap dan nak makan cuma tambah air je.

P1231461ed P1231466ed P1231488ed

Resepi Kuah Kacang Segera 
Bahan-bahan boleh disiapkan terlebih dahulu, kisar dan simpan. Bila nak makan baru lah campur air, garam, gula dan air asam jawa

Bahan-bahan :
2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan kisar
10 -12 tangkai cili kering - digoreng
1 genggam ikan bilis - digoreng garing
1 sudu besar udang kering tanpa kulit - digoreng garing
2 sudu besar bawang goreng
Air asam jawa
Air kosong
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Kisar cili kering goreng, bawang goreng, ikan bilis goreng, udang kering goreng sehingga halus. Campurkan dengan kacang tanah kisar dan gaul rata.

Bila nak makan, cuma campur air secukupnya dan tambah air asam jawa sedikit dan letak garam dan gula secukup rasa. Masak seketika diatas api sehingga mendidih dan pekat.


Gambar diambil dengan kamera handphone saja :D

Gear : Samsung GT19082 - Fade filter applied
Lokasi : tepi tingkap dapur rumah
20150123_144330ed
Clik Banner untuk Join K!


http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/01/photo-card-giveaway.html


Masak Spaghetti lagi. Kat rumah ni kalau spaghetti mesti licin habis. Tapi ada jugak yang request nak yang kuah putih (carbonara) dan kuah merah (bolognaise). Selalu yang carbonara tu memang jarang buat sebab agak renyah sikit nak buat roux la bagai dari awal. Dan kali ni pun buat spaghetti pakai sos instant je hehehe. Tapi saya combine sos bolognaise dan carbonara sekali. Sebab tu nampak warna oren bukan merah. Tapi seriusly sedappp sangat bila gabungkan kedua sekali. Semua rasa ada hehehe

Resepi simple je sebab pakai sos instant. Kalau yang nak buat sendiri sos spaghetti bolognaise cara yang betul boleh KLIK SINI

P1231419edd P1231432ed

Meatballs tu buat sendiri. Senang sangat nak buatnya.

20150123_090842ed

Resepi Spaghetti Bolognaise-Carbonara 

1 paket spaghetti direbus. Simpan air rebusan

Bahan-bahan :
1 botol sos spaghetti bolognaise jenama Preggo
1  tin sos spaghetti bolognaise cream cendawan jenama Preggo
1 labu bawang besar holland (kuning)
4 ulas bawang putih cincang
1 sudu serbuk lada hitam
1-2 sudu besar kicap lemak manis - yup betul letak kicap memang sedap.
500 gm daging cincang
2-3 cawan air rebusan spaghetti
Minyak zaitun secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang sehingga layu. Masukkan daging cincang dan goreng sekejap sehingga garing. 

Masukkan sos spaghetti bolognaise dan carbonara. Tambah air rebusan spaghetti jka terlalu pekat. Air tu masuk sedikit demi sedikit tengok kepada kepekatan

Akhir sekali masukkan meatballs yang sudah digoreng sekejap dan bawang besar yang dicincang

Masak sehingga kuah pekat elok dan meatballs masak sepenuhnya.

Resepi Meatballs Simple
500 gm daging cincang
3-4 keping roti sandwich biasa
3keping roti sandwich dibakar (toasted) dan kemudian kisar kering jadi serbuk roti
1 cawan susu
4 biji telur
1 sudu besar lada hitam
Sedikit garam
1 sudu kecil Italian herbs jenama Mc Cormick

Cara-cara :
Rendam roti dan susu sehingga lembut. Kemudian perah roti tu dari susu dan campurkan dengan daging cincang, serbuk roti, telur, lada hitam, garam. Susu tu jangan masukkan. Nanti berair pula. Kalau adunan terlalu kering baru masukkan sedikit susu tu.

Gaul rata dan bentukkan bulat-bulat sambil ditekan sedikit supaya sedikit padat. Biarkan set seketika. Goreng sekejap diatas kuali yang mengandungi sedikit minyak zaitun sehingga bahagian luar keperangan dan mengeras. Selepas tu angkat dan boleh la masukkan ke dalam kuah spaghetti.




Buat untuk tengok Maharaja Lawak dan Running Man semalam.. sedap juga tempe ni dibuat kerepek ye hehehe. Pakai tempe bungkus plastik yang nipis, so bila potong nipis nampak panjang-panjang hehe.. Lain kali nak cari tempe yang bungkus daun pisang barulah nampak cantik dipotong nipis.
  P1231495edP1231492ed

Resepi Kerepek Tempe

2 keping tempe - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam
Sedikit tepung beras atau tepung gandum biasa pun boleh je.

Cara-cara : Tempe dihiris nipis kemudian gaul dengan lada hitam dan garam.
Kemudian masukkan tepung beras atau tepung gandum.
Goyang bekas supaya tepung rata menyaluti tempe. Goreng sehingga garing.
Finally my perfect 3/4 boiled with the egg yolk harder


P1191244ed P1191251ed

Happy sebab I have never managed to boil 3/4 boiled egg perfectly. It would be too runny at one times, or too cooked at other times.
Don't live by the standards of this world, nor by the expectations of other people. Remember, he who follows the crowd, usually gets lost in it.

Untuk pengemar bunga.... 

DSC09716
Ada seekor dolfin gemuk kat rumah. Heheheh

P1211350ed

Ni nama Monique Zara kucing saya. Panggilan manja Mone.  Kucing betina. Kenapa kadang-kadang panggil dolfin sebab dia jenis kucing tak berbunyi. Dan kalau dia bunyi pun bukan bunyi meow yang keluar, tapi bunyi macam doflin hahahaha..
P1211346ed 

Disebabkan dia seekor betina, kenalah buat apa yang patut supaya dia tak beranak. Buat sementara ni dia dipaksa rela ambil suntikan cegah bunting (contraceptive vaccine). Kalau di klinik haiwan kerajaan, murah saja kosnya iatu sekitar RM15 seekor kucing. Dapat bertahan sehingga 3 bulan. Nak terus spay, tapi klinik di Jitra tak ada buat servis tu, jadi kena ke Alor Setar. Dan kena ambil vaksin dan ulang-ulang sampai kucing betul diyakini sihat baru boleh operate. Tak ada masa pula nak nak hantar ke sana. Balik kerja pukul berapa dah. Jumaat Sabtu tutup :(. Jadi langkah sementara suntik dulu.

Ni masuk kali kedua suntik. Tapi tu lah sejak suntik kali ke dua ni dia makin garang, sombong dan moody. Tak boleh silap sikit nak marah. Kalau dia baring baring atas katil, kita pun pegang lah tangan dia, kaki dia, ajak main. Marah you! Siap nak gigit sambil jerit keluar suara dolfin dia tu! Kalau terpegang lagi lah. Memang dah  sah sah kena gigit. Dengan maktok je dia tak garang. Dengan Mummy dan orang lain garang sungguh.

Tengok Mummy pun dah tak nak sekarang... :( . Panggil pun buat tak tau je sambil gedi gedik ekor.

P1211358ed 

Tapi moody pun tak malu pula nak lepak atas katil orang... ishhhh

Tengok... nak ambil gambar dia ni pun Mummy kena marah. Dengar bunyi click camera tu pun dia bengang habis... (T__T)
P1211352ed

Ni gambar lama. Dulu-dulu sebelum dia sombong, pantang nampak Mummy angkat kamera, dia akan pose macam ni..... kenapa ya? ada masalah hormone imbalance kot? Macam manusia jugak heeheehee

P1221391ed 
Ramai yang ingat ayam masak paprik ni susah nak buatnya. Kena ada rempah dan pes paprik baru boleh buat. Tapi sebenarnya senang je resepi ni. Resepi ni hasil merisik dekat restoren siam di Jitra. Maklumlah sini banyak restoren siam yang memang sedap dan authentic. Mungkin sebab dekat dengan Thailand. Sebab saya tanya kakak tukang masak yang Thai-muslim, kat mana dia beli pes paprik yang sedap. Kot lah boleh cari kat Padang Besar je hehehe.. Dia bagitahu tak payah beli pes paprik ke rempah ke apa ke, guna serbuk cili buatan sendiri, serbuk lada, sedikit sos cili dan kunyit. Semua barang-barang yang sememangnya ada kat rumah hehehe...

Serbuk cili buatan sendiri ni diorang goreng cili kering tanpa minyak seketika dan kemudian dikisar kering kasar kasar. Dalam ertikata lain chilli flakes hehehe. Saya beli yang kat Tesco je. :D

Paprik Ayam 

Resepi Ayam Masak Paprik 

Bahan diperap seketika :
1 mangkuk isi ayam bahagian dada dipotong kecil
2 sudu besar sos cili - nak dapat rasa manis sikit
Halia dan bawang putih dicincang
1 sudu kecil lada hitam/putih yang serbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan lain :
4 biji cilipadi merah thai - ketuk dulu
1-2 sudu besar serbuk cili kasar bukan yang halus ok. Kalau tak ada goreng sekejap cili kering tanpa minyak, dan kisar kering -  jumlah terpulang lah nak pedas macam mana
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 inci halia di hiris nipis
Daun limau purut - jika suka. saya tak letak sebab tak berapa suka
Sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, jagung muda, capsicum. - dipotong dadu atau memanjang
1 Bawang besar - dibelah lapan
Sedikit minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga wangi. Masukkan ayam yang diperap dan serbuk cili. Jika kering masukkan sedikit air dan masak sehingga ayam lembut dan empuk

Masukkan sayuran dan bawang. biar sehingga sayuran empuk dan siap. kalau tak suka kering sangat boleh tambah air ye. Saya suka masak sekejap je supaya sayur tu masih krup krap crunchy hehehe.

Rasa dia memang pedas sebab gabungan serbuk lada hitam, cili padi, serbuk cili. Kalau tak makan pedas pandai-pandai adjust heheh...

Happy sangat sebab baru tau menang Segmen Jalan Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan. Yang mana ada join segmen Ema Hasan ni bolehla check result ye! Terima kasih Ema sebab anjurkan segmen yang best ni.

Bagi segmen yang saya anjurkan tu KOMEN BANYAK BANYAK SHARE BANYAK BANYAK, Dah nak sampai penghujungnya kan. Tengah dok kira komen dan share. Terima kasih bagi support. :D

Gambar sekadar hiasan hehehe

P1171129ed
Busy sikit hari ni. Hari-hari tak cukup tidur sebab buat kerja sampai larut malam. Dah bila kerja nak siap kalau sambil buat kerja, sekejap blogwalking, lepas tu sekejap draft entry blog, sekejap buka drama korea :D. Multitasking T__T. 

P1171087ed


Resepi Sotong Goreng Masam Manis Gajus

Bahan-bahan :
800gm sotong
1/2 cawan gajus
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
4 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dihiris nipis
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam dan gula secukup rasa jika perlu
Minyak untuk tumis


Cara-cara :
Keringkan air sotong terlebih dahulu. Letak dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil kacau sehingga sotong keluar airnya. Kaup sotong dan ketepikan. Selalunya sotong dan separuh masak selepas prose buang air ni. Jadi nak masak nanti masak sekejap je k.

Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Masukkan air jika perlu. Masukkan pes asam jawa jika nak masam sedikit. Tambah gula dan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sotong dan gajus, kacau rata dan siap!

Nak tag :



Ramai yang tak tau rupanya Pulut Sambal tu apa hehehe. Mungkin cuma ada di Kedah saja kot. Sebab kalau balik ke Ipoh, memang tak pernah jumpa pulut sambal. Mohon pencerahan kawan-kawan dari negeri lain.

Ok lah hari tu saya ada post entry mengenai Laksa Telok Kechai yang sangat popular di Kedah. Laksa ni dihidangkan sekali dengan Pulut Sambal. Pulut tu masuk sekali dalam pinggan laksa atau makan je macam tu saja hehehe. Kalau di Kuala Perlis, Laksa Kuala Perlis dimakan bersama pulut udang, Jadi Kuala Kedah punya style dimakan bersama Pulut Sambal.

Pulut Sambal ni selalunya boleh didapati di gerai kuih pada waktu pagi. Selalunya memang ada jual. Kalau ke Kedah singgah je kat mana-mana gerai kuih pasti ada.

Kebetulan pagi tadi jumpa Pulut Sambal dan juga Pulut Inti. Saya beli lah. Cuma RM1 untuk 3 bungkus.

Pulut Sambal ni pulut yang dimakan bersama serunding ikan. Rasanya pedas pedas manis. Memang sedap. Rasa macam makan ketupat daun palas dengan serunding hehehe.
  Pulut

Pulut

Kalau Pulut Sambal Pedas, Pulut Inti ni pulak manis rasanya. Intinya dibuat dari kelapa parut dan gula melaka, seperti inti kuih ketayap tetapi sedikit lembab. 

Pulut

Pulut

Cara nak membezakan mana satu Pulut Sambal atau Pulut Inti ialah dengan melihat cara bungkus dan lipatan daun pisangnya. Pulut inti dibungkus segitiga comel. Manakala Pulut Sambal dibungkus membunjut dan dicucuk lidi.

Ini Pulut Sambal yang dimakan di Kedai Laksa Telok Kechai Kuala Kedah, agak besar sikit dan harga 60 sen satu.

P1160928ed

P1160942ed

Kalau datang ke Kedah boleh la cari kedua jenis pulut ni untuk dicuba :)