Masak Spaghetti lagi. Kat rumah ni kalau spaghetti mesti licin habis. Tapi ada jugak yang request nak yang kuah putih (carbonara) dan kuah merah (bolognaise). Selalu yang carbonara tu memang jarang buat sebab agak renyah sikit nak buat roux la bagai dari awal. Dan kali ni pun buat spaghetti pakai sos instant je hehehe. Tapi saya combine sos bolognaise dan carbonara sekali. Sebab tu nampak warna oren bukan merah. Tapi seriusly sedappp sangat bila gabungkan kedua sekali. Semua rasa ada hehehe
Resepi simple je sebab pakai sos instant. Kalau yang nak buat sendiri sos spaghetti bolognaise cara yang betul boleh KLIK SINI
Resepi simple je sebab pakai sos instant. Kalau yang nak buat sendiri sos spaghetti bolognaise cara yang betul boleh KLIK SINI


Meatballs tu buat sendiri. Senang sangat nak buatnya.

Resepi Spaghetti Bolognaise-Carbonara
1 paket spaghetti direbus. Simpan air rebusan
Bahan-bahan :
1 botol sos spaghetti bolognaise jenama Preggo
1 tin sos spaghetti bolognaise cream cendawan jenama Preggo
1 labu bawang besar holland (kuning)
4 ulas bawang putih cincang
1 sudu serbuk lada hitam
1-2 sudu besar kicap lemak manis - yup betul letak kicap memang sedap.
1-2 sudu besar kicap lemak manis - yup betul letak kicap memang sedap.
500 gm daging cincang
2-3 cawan air rebusan spaghetti
Minyak zaitun secukupnya
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang sehingga layu. Masukkan daging cincang dan goreng sekejap sehingga garing.
Masukkan sos spaghetti bolognaise dan carbonara. Tambah air rebusan spaghetti jka terlalu pekat. Air tu masuk sedikit demi sedikit tengok kepada kepekatan
Akhir sekali masukkan meatballs yang sudah digoreng sekejap dan bawang besar yang dicincang
Masak sehingga kuah pekat elok dan meatballs masak sepenuhnya.
Resepi Meatballs Simple
500 gm daging cincang
3-4 keping roti sandwich biasa
3keping roti sandwich dibakar (toasted) dan kemudian kisar kering jadi serbuk roti
1 cawan susu
4 biji telur
1 sudu besar lada hitam
Sedikit garam
1 sudu kecil Italian herbs jenama Mc Cormick
Cara-cara :
Rendam roti dan susu sehingga lembut. Kemudian perah roti tu dari susu dan campurkan dengan daging cincang, serbuk roti, telur, lada hitam, garam. Susu tu jangan masukkan. Nanti berair pula. Kalau adunan terlalu kering baru masukkan sedikit susu tu.
Gaul rata dan bentukkan bulat-bulat sambil ditekan sedikit supaya sedikit padat. Biarkan set seketika. Goreng sekejap diatas kuali yang mengandungi sedikit minyak zaitun sehingga bahagian luar keperangan dan mengeras. Selepas tu angkat dan boleh la masukkan ke dalam kuah spaghetti.
24 Comments
wah meriah nya spaghetti tu eny macam nak cedok ja segarpu haha sedap tu homemade meatball
ReplyDeletesangat.. sangat.. meriah
Deletewah sedap.... bleh numpang makan sekaki?
ReplyDeletesaya nak tumpang dua kaki
Deletenak tumpang tiga kaki pun boleh.. tambah satu pinjam kaki orang lain *gurau* :D
Deletewow 1st time tau pasal kombinasi ni. boleh cuba jugak ni. hehehe
ReplyDeleteselamat mencuba
Deletekalau dah cuba bagitau ye :D
Deletebaca entry ni sambil kecur air liur...saya menang suka makanan western macam ni !
ReplyDeletemeleleh-leleh air liur
Deletesedapnya...tengok gambar pun dah tertelan air liur. haha. saya biasa makan yang bolognaise tu sampai dah naik muak. Jadi sekarang ni cari cabonara pula. Tak pernah pula makan campurkan cabonara dan bolognaise.
ReplyDeleteselamat mencuba
Deletewah, terbaik la ada resepi untuk buat meatball sendiri...
ReplyDeleteeny memang sangat rajin untuk buat sendiri
DeleteHuyoh! Fav ni. Selalu makan kat luar, mahal je. Boleh juga buat sendiri ni. Jimat dan puas hati!
ReplyDeletefeveret saya juga
Deletemak saya suka carbonara lagi banding bolognaise. sy suka bolognaise T_T
ReplyDeletekalau bagi spageti, kita makan spageti cepat2 pastu baru makan meatballs.. nampak tak ketamakannya disitu? hiks..
ReplyDeletePerghhh !! Sedapnya ! Mcm nk try ja buat meatball sendiriu
ReplyDeleteGambar cantikkk! Serius rasa nak makan meatball tu. hahaha.
ReplyDeleteHai eny and semua di sini, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)
Giveaway Sayang by Scha Nazri
malam ni nak masak spegetilah hu hu hu
ReplyDeleteAsalam kak eny!? hehe nak tanya kalau resepi ni kita guna untuk bolongnese , just untuk kuah merah je. still sama kan resepinya?
ReplyDeleteyup sama je, saja campur sos carbonara tu, tapi rasa dia lagi sedap bila tambah... :D
Deleteouh ok kak eny terima kasih , sbb yana selalu buat cabonara je, xpernah buat bolongnese ni, sos ade je kak dapur . hihi terima kasih sekali lagi kak
Delete