Penggemar Nasi Kerabu? tapi tak tahu membuatnya? Beli je lah kat Pasar Malam hehehehe....

Nasi Kerabu

p/s : Sampai sekarang tak reti nak buat, tengok orang lain buat macam senang, kena challenge diri sendiri nanti untuk buat :)
"Sunshine is a welcome thing. It brings a lot of brightness."
-Jimmie Davis

Location : My Mother in Law House
Gear : Sony A290

DSC00358
Hai semua,
Kalau minggu lepas cuaca asyik hujan je, minggu ni cuaca cerah dan panas sepanjang hari. Rasa nak makan something yang sejuk sejuk je kan panas panas ni.

Siapa tak suka makan agar-agar kan. Suka makan yang sejuk terus dari peti ais hewhewhew.... Selalu kalau kat gerai makcik jual kuih agar agar yang dijual dalam bekas plastic sampai mencecah RM2 untuk sebekas kecil. Padahal nak membuatnya bukan lah susah mana. Sepeket agar-agar serbuk pun dah boleh buat untuk 5-6 orang makan. Hehehe..

agar agar coklat1

Resepi ni ambil dari blog Nina MirzaResepi asal Agar-Agar Sirap Bandung (Klik sini). Nina ni selalu share resepi yang menarik juga kat blog. Dan Nina juga tauke kek, kalau nak order kek boleh lah order dari Nina. Nampak sedap kek yang Nina upload kat blog beliau.

Tertarik nak cuba resepi ni sebab nampak bahan-bahan macam mudah saja membuatnya hehehe. Selalu buat pakai agar-agar yang jenis bertali tu. Sebab dah tahu sukatan air banyak mana (info dari mak sendiri hehe). Tapi Nina pakai agar-agar serbuk. Nampak lebih mudah dan memang memudahkan kerja pun sebab senang je agar agar tu melarut. Sebelum ni agar-agar bertali tu kena didihkan lama jugak untuk larut sepenuhnya. Kena tunggu depan stove tu sebab takut agar-agar meruap (mendidih sampai melimpah). Kenapa lah sebelum ni tak berani nak cuba agar-agar serbuk ni hehehe…


agar agar coklat 2

Tak jadi bandungnya disebabkan takde sirap ros merah kat rumah, jadi saya tukarkan lah dengan koko powder lebihan buat kek. Jadilah Agar-agar coklat.  Sedap juga hehehe.. Sorry Nina derhaka kan resepi Nina… hehehe. Apa pun terima kasih sebab resepi ni mudah je nak buat.

Lembut je agar-agar ni dan sedappp sebab ada rasa susu tu yang buatkan agar-agar ni cepat habis. hehehe..

Oklah jom tengok resepi simple dan mudah ni.

Resepi Agar-agar Coklat – Adaptasi dari Resepi Agar Agar Sirap Bandung dari Blog Nina Mirza

Bahan-bahan :
6 sudu kfc agar-agar serbuk
1 tin susu cair + air panas = 1litter
2 Sudu besar serbuk koko
3 sudu besar Milo
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara :
Bancuh serbuk kok dan milo dengan air panas dan susu. Jangan Sampai berketul serbuk koko dan milo tu ye. Tapi kalau berketul-ketul. Cukupkan campuran air + susu tu sehingga mencapai satu liter 1 liter.
Campurkan semua sekali dalam periuk bersama gula dan serbuk agar-agar dan didihkan diatas api perlahan.
Setelah mendidih, tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan sehingga beku.

Hai... dah breakfast ke?

Pernah makan nasi lemak kuning? Kalau kat Kedah ni nasi lemak kuning memang biasa dijual kat kedai makan pada waktu pagi. Macam nasi lemak biasa juga, ada sambal, ikan bilis dan telur. Tapi kebanyakan nasi lemak di Kedah ni dijual dengan pelbagai lauk sampingan selain sambal ikan bilis dan telur. Biasanya ada daging atau ayam masak kicap, sambal sotong kering, ayam masak merah dan banyak lagi.


Nasi lemak kuning 1

Nasi lemak kuning ni lain sikit dari nasi lemak biasa yang putih yang menggunakan santan. Nasi ni tak pakai santan sebaliknya ditumis seperti nasi minyak. Bahan tumis biasalah ada rempah 4 sekawan, halia, dan bawang yang dikisar. Selalu mak saya letak sikit susu sejat. Ohhh yee tak lupa daun pandan juga ditumis sekali. Yang kuning tu adalah serbuk kunyit  yang dicampurkan sekali.

Sambal tumis tu buat je seperti sambal tumis biasa. Kalau saya suka asingkan sambal dan ikan bilis supaya ikan bilis tu kekal rangup :D

Note : ikan bilis tu pakai ikan bilis yang dibeli di Padang Besar. Malas nak goreng ;D

Nasi lemak kuning 2

Resepi Nasi Lemak Kuning

Bahan-bahan :
4 Pot Beras
Air Secukup nya (saya tak bagi sukatan saya sebab kadang-kadang sukatan air depend pada beras kita guna kan)
1/2 cawan susu - tolak jumlah air tadi untuk dpt kan jumlah cecair yang betul
 2 Batang kulit kayu manis
3-4  Bunga lawang
4-5 cengkih
2-3  buah pelaga
2 helai daun pandan
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus dengan sedikit air
2-3 inci halia
3-4 bawang merah
4 -5 ulas bawang putih

Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar bersama sama rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan air secukupnya dan serbuk kunyit. Masukkan susu, dan sedikit garam dan akhir sekali masukkan beras dan masak seperti masak nasi biasa. Boleh transfer dalam rice cooker juga.

Life is not always colorful.. There are also days full of shadows, grays and blacks.......

Location : Site 
Gear : Sony A290

DSC00382cropped
Siapa pernah makan Bilis Tomyam ni? Kalau orang Utara memang selalu nampak Bilis Tomyam ni dijual di kedai dan pasaraya, tapi susah juga nak cari kadang-kadang. Jadi tempat yang paling senang nak cari ialah dia Padang Besar. Sebab Bilis Tomyam ni adalah produk keluaran Thailand. Tak pasti pulak kenapa orang Malaysia tak buat ni. Maybe sebab ikan bilis sana murah dan besar-besar?

Ikan bilis yang digunakan tu memang besar-besar, digoreng sehingga kembang dan rangup dan rasanya disira gula sedikit. Kemudian dicampur kacang tanah yang besar-besar tu, daun limau purut dan cili kering yang pedasnyaaaaa tak tau nak cakap!! Semua nya digoreng sehingga garing terlebih dahulu - termasuk cili kering dan daun limau purut tu. Jadi sangat rangup tau dan bila makan boleh gigit cili kering tu sikit-sikit untuk dapatkan rasa pedasnya. Walaupun digoreng, tetapi tak berminyak. Harga lebih kurang RM17 untuk sekilo. Jangan risau walaupun produk dari Thailand, tapi kebanyakan penjual adalah orang muslim Thai dari sana.

Makan sambil tengok Tv memang best. Tak pasti pulak orang Thai makan ni sebagai makanan ringan atau sebagai lauk.... hehehehe

20141127_171707eddd
Hi semua, dah breakfast ke belum?

Tak nampak macam kuey teow goreng pun kan hahahaha... Ni goreng simple dengan sedikit sos tiram, isi ayam dan kemudian masukkan sayur. Siap dalam masa kurang dari 15 minit!

DSC01220


Resepi Kuey Teow Goreng Simple

Bahan-bahan :
Kuey teow untuk sepinggan
2 ulas bawang putih diketuk
Isi ayam dipotong nipis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis (2-3 sudu besar)
sedikit minyak bijan
Sayur sawi
Sedikit lada sulah
Boleh tambah telur jika suka
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak, Tumis bawang putih yang diketuk. Masukkan isi ayam dan sos tiram. Masak sehingga isi ayam masak. masukkan sedikit minyak bijan jika suka diikuti kuey teow dan sawi. Goreng seketika dan angkat. Hidangkan panas-panas.
Thanks kepada semua followers yang sudi follow blog picisan yang tak seberapa ni :D.

Tapi ada followers yang saya tak dapat nak jejak link nya. Jadi minta tolong update blog link korang kat ruangan komen dibawah ye... Thankssssss... 



Sesi lawatan tapak dihiasi dengan menikmati Penang foods yang awesome!!!

Pasembor Padang Kota. 
DSC_0128

Rojak Queens Bay
DSC00921

Laksa Queens Bay
DSC00919
Realize that anyone who tries to put you down about your appearance is assuming that it is your job to please them visually. Once you realize that it isn’t your job to be visually pleasing to anyone, ever, it becomes very hard for anyone to make you feel bad about yourself.

Location : Mother in law house
Gear : Sony A290
DSC00370
hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.
Ayam masak lemak cili padi atau Gulai Lemak ni senang je cara nak membuatnya. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Cuma teknik masak kena betul supaya santan tak pecah dan kuah nampak cantik macam yang saya buat ni ;P.

Oh yee, kena pandai adjust air juga supaya kuaih tak terlalu cair. Kadang-kadang ayam tu akan keluarkan air nya bila dimasak. Kalau kuah cair memang tak lalu nak makan masak lemak kan?

20140131_120823ed

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat - atau 1 kotak santan - Bahagi 2 bahagian, 1/2 untuk dicampur air. 1/2 dijadikan pati santan pekat
2 helai daun kunyit - dicarik carik
2  biji Kentang dipotong memanjang atau  wedges
1-2 batang Serai diketuk
1/2 Kiub ayam (jika suka)
garam secukupnya
Air secukupnya - dalam 1 cawan setengah ke 2 cawan

Bahan ditumbuk :
1-2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili padi merah - supaya warna kuah cantik
2 ulas bawang merah

Cara-cara :

Dalam periuk atau kuali rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

Dalam periuk yang sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yang cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya. Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.

Setelah ayam masak, masukkan kentang yang direbus setengah masak tadi, dan masak sehingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya

Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.
Menu diet simple sebagai bekal di office. Ada romaine salad, 2 biji telur rebus dan keledek panggang. Makan dengan thousand island sos. Sedap tak sedap telan je lah!! ;D.

Saja nak bagi ide untuk orang berdiet. Selain makan nasi, boleh consider bekal macam ni ke office kan?

20140210_142654
Dah lama tak makan ni. Dulu-dulu selalu beli kat sekolah. Sekarang dah tak sekolah mana nak cari lagi. Rupanya ada jual kat kedai makcik jual kuih-muih. Sepeket RM1.50. Murah murah borong berpeket-peket. Pedassssss sangat tapi sebab suka tu makan juga. Petang-petang mendung ni makan kacang kuda pedas ni dengan teh O panas.. :D




Nak join Giveaway ni jugak sila click SINI

Cepat tarikh tutup dah nak dekat tu!!
Lokasi  : Penang Bird Park
Gear : Sony A290

DSC00987
Pernah tengok di dapur Chef Jamie Oliver yang buat potato salad simple ni, so saya pun cuba adaptasi dengan bahan-bahan yang ada. Of course tak semua bahan boleh dapat di Malaysia ni. Especially pasaraya di Kedah ni hopeless betul hehehe… Jamie Oliver pakai seared tuna. Kita pakai tuna tin je. Lantaklah hehehe..

DSC09083


Resepi simple untuk orang berdiet Potato Salad dengan Tuna

Bahan-bahan :
2 -3 biji kentang dibersihkan dengan bersih kulitnya.
1 biji tomato dipotong dadu besar
2 Sudu besar tuna hancur
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil minyak zaitun
Dan saya tambah beberapa biji cili padi hewhewhew

Cara-cara :
Kentang di belah bentuk yang disukai kemudian rebus sehingga masak. Kentang tak perlu dibuang kulit (google kebaikan kulit kentang). Sejukkan dahulu.

Dalam mangkuk gaul tuna, mayonis dan minyak zaitun sehingga sebati, masukkan cilipadi, tomato dan kentang dan gaul rata. Masukkan garam jika perlu. Siap!!





20140425_123046ed

My simple version of Asam Laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh.  Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. hehehe :D

20140425_122949ed


Asam Laksa  sedap dimakan bersama petis. Tapi saya tak suka petis tu manis sangat. Pakai kicap biasa pun sedap ;)
20140425_122924e

500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
20140425_113907

20140425_112616

20140425_112700

1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
20140425_114555

Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
20140425_111140

20140425_112246

Cili rebus tadi dikisar bersama 4 ulas bawang besar (yang saiz kecil kalau besar 2 pun cukup) dan 1 sudu besar belacan
20140425_113604

Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan tak ada stok pula. :D
20140425_113821

Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.

20140425_120053

Resepi Penuh Asam Laksa 

Laksa Kering jenis halus – direndam semalaman. Kemudian direbus sehingga lembut.

Bahan Kuah :
500gm ikan selayang / ikan sardine fresh – direbus dengan garam dan asam gelugor sehingga lembut kemudian diambil isi dan isinya ditumbuk halus. Kalau mak saya dia tak buang tulang ikan. Tulang ikan dikisar dalam blender  bersama air rebusan. Tapis tulang-tulang tu menggunakan penapis yang jarang, ayak ayak sehingga tinggal tulang putih sahaja. Ambil air dan hasil tapisan sahaja. Tulang buang. Step ni boleh sahaja skip kalau rasa renyah dan lambat. Pengunnaan tulang ikan sebab kita nak dapatkan rasa manis tulang ikan.
1 tin besar Sardine tin cap ayam – dibuang sos tomatonya, dihancurkan kasar kasar
Note : boleh juga sama ada nak pakai ikan fresh sahaja atau ikan sardine sahaja. Gandakan kepada 1kg ikan atau 2 tin sardine ye
Cili kering dalam 10-15 tangkai – kalau nak pedas boleh tambah
2-3 ulas bawang besar saiz sederhana. Kalau besar 1-2 pun cukup.
5-6 keping asam gelugor
Bunga kantan
Daun kesom
Air secukupnya
Garam 

Ulam-ulam (garnishing) :
Daun sawi – diracik kasar-kasar
Timun – diracik
Nenas – saya tak suka nenas dimakan dgn laksa :D
Telur rebus – kalau yang lembut dan cair sikit lebih sedap
Bawang – dipotong nipis




Entry ini untuk peminat kamera. Hari tu ada beli kamera ni dari Lazada. Saja-saja nak try. Dah lama sebenarnya tak pakai kamera filem ni sejak munculnya kamera digital dan kamera mobile phone. 

I'm quite surprised bila harga filem digital masih mahal satu roll sampai RM12 padahal bukan orang pakai pun roll film tu sekarang. Ingatkan murah hehehehe... Last time I bought film roll was 15  years ago!


This Aquapix Lomography Underwater is a point and shoot analog camera. Point and shoot cameras have a fixed aperture and shutter speed setting. So to get a bright picture, you have to manipulate the ISO which is by using higher ISO film, like this i'm using Kodak Color Plus 200, means the ISO is set at 200, suitable for outdoor and indoor photo shoot  This is fun, curious and the result is unexpected!

Complete with underwater casing, so you can use the camera for underwater shooting as well.



So below is my review about the camera.

The first roll of film was a total failure. :D

Dari 36 exposure film, hanya 9 keping yang dapat dicuci, yang lain-lain, ada yang overexposed, underexposed, ada yang tak expose, rasanya saya putar film tu tak habis dan tak dapat framing betul betul (theory sendiri je ni).

Anyway, the result as usual, unexpected (mmg unexpected betul 9 keping je yang menjadi haha), but saya suka warna dan efek khas gambar dari camera ni setelah di "Scan". Totally awesome!

Developing the second roll of film now and I'm crossing my fingers there will be pictures. Most of the time, when I snap, I have no idea whether the camera has taken the photo or not. The indication is quite blur and confusing.

This camera is really fun to play with. It's very light, small and cheap (except for the film roll, film developing and printing cost),  but if you don't like to play trial and error and you can't cope with failure, you should invest on dedicated point and shoot and lomo camera or maybe just stay with the digital :D

Tips :
1. This camera produces nice pictures in the sun
1. For indoor and underwater shooting, you need a high ISO film - 400 and above.. I guess hehehe
2. To get cheap film roll, you can buy online like from ebay, or Lazada, you can buy 2-3 rolls to save on postage.

Camera price : RM 28.00
Film Kodak Color Plus 36 exposure ISO 200 : RM 12.00
Develop film : RM 6.00
Printing : RM 0.6 per pcs x 9 pcs = RM 5.40
Total damages : RM 51.40

Note from my mom : Awat hang dok membaziaq beli kamera mainan ni semua, kamera hat besaq tu tak cukup lagi ka?  

Ngeeeeeeee!! sabaq ja la.

Below are sample photos taken with this camera.

Aquapix lomo camera 4

. Aquapix lomo camera 9 

Aquapix lomo camera 7 

  Aquapix lomo camera 6 .

. Aquapix lomo camera 2

. Aquapix lomo camera 5 

. Aquapix lomo camera 1

Underwater shot...
  Aquapix lomo camera 3
Siapa pernah makan Biskut Biji Asam n? Tak sangka betul biskut ni masih ada dijual di kedai-kedai runcit. Kebanyakannya dijual timbang bukan didalam peket. Nostalgia betul biskut ni. Dulu masa kecik-kecik selalu beli di kedai cina dekat rumah. Beli timbang 5 kupang (50 sen) dan dapat satu plastik kecil (plastik ubat tu). Dan selalunya saya makan biskut tu saja ada antara kawan yang akan makan gula icing atas tu. hehehe...

Kebetulan terjumpa dekat kedai borong gula-gula. Belilah sikit buat modal nak bergambar je heehee tak da kerja betui la (bak kata orang tu kannn) ;)

biskut biji asam 3 wm

biskut biji asam wm

biskut biji asam 2 wm
Hai, dah lunch ke semua?

Sedapnya dapat menghirup sup panas hujan-hujan ni kan? Dah asyik hujan je mestilah malas nak ke pasar beli barang-barang dapur. So masak je lah pakai apa yang ada dalam peti sejuk. Lunch simple ni siap dalam kurang sejam je... Boleh la try.

Macaroni Sup WM

Resepi Macaroni Sup

Bahan-bahan :
300gm Macaroni direbus lembut
Isi ayam – dihiris nipis
Udang
Fish cake atau fish ball
3-4 ulas Bawang merah dihiris nipis
3 Bawang putih diketuk
Sedikit Halia dihiris nipis
Sup bunjut
1 batang celery
1 sudu besar lada sulah
2 kiub ayam
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan isi ayam dan goreng sebentar. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan juga bunjut sup, celery dan kiub ayam. Rebus sehingga isi ayam lembut. Akhir sekali masukkan lada sulah, udang dan fish ball. Masak sehingga udang dan fish ball masak. Hidangkan bersama macaroni, tabur daun sup bersama sambal cili

Sambal Cili
Beberapa biji cili merah dan cili padi dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan sedikit air. Didihkan diatas api dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal kering airnya.