Pernah tengok di dapur Chef Jamie Oliver yang buat potato salad simple ni, so saya pun cuba adaptasi dengan bahan-bahan yang ada. Of course tak semua bahan boleh dapat di Malaysia ni. Especially pasaraya di Kedah ni hopeless betul hehehe… Jamie Oliver pakai seared tuna. Kita pakai tuna tin je. Lantaklah hehehe..

DSC09083


Resepi simple untuk orang berdiet Potato Salad dengan Tuna

Bahan-bahan :
2 -3 biji kentang dibersihkan dengan bersih kulitnya.
1 biji tomato dipotong dadu besar
2 Sudu besar tuna hancur
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil minyak zaitun
Dan saya tambah beberapa biji cili padi hewhewhew

Cara-cara :
Kentang di belah bentuk yang disukai kemudian rebus sehingga masak. Kentang tak perlu dibuang kulit (google kebaikan kulit kentang). Sejukkan dahulu.

Dalam mangkuk gaul tuna, mayonis dan minyak zaitun sehingga sebati, masukkan cilipadi, tomato dan kentang dan gaul rata. Masukkan garam jika perlu. Siap!!