Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas

Hati lembu jika kena gaya masak memang sangat sedap. Terutama jika dimasak lembut, berasa bahan awas awas diletakkan dalamnya. Ramai yang tak suka nak cuba masak bukan kerana tak suka makan tapi kerana takut hati menjadi keras lepas dimasak dan berbau. Nanti saya share tips nak dapatkan hati lembu yang lembut sahaja dan sedap. Kali ni dapat sekilo hati lembu kat kedai frozen nak buat masak goreng kunyit berminyak sikit tapi nak pedas pedas. Haaa jom tengok Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas ni


Resepi hati lembu, hati lembu tak keras, tips masak hati lembu, hati lembu goreng kunyit


Tips Mencuci Hati Lembu

Guna Asam Jawa

Hati lembu kalau frozen, biarkan lembut dahulu. Gaul dan lunur asam jawa sekejap kemudian bilas bersih.

Guna tepung

Kemudian potong hati ikut saiz kita nak masak. Masuk dalam bekas atau raga, tabur tepung gandum dan ratakan. Pastikan tak ada air dalam tu. Biar sekejap dan bilas bersih. 

Resepi Gulai Kerutuk Daging Kelantan yang sedap KLIK SINI



Tips Hati Lembu Lembut Tak Keras


Jangan Terlebih Masak

Hati lembu ni tak boleh terlebih masak nanti keras jadinya. Kena masak secukupnya saja. Jika nak masak goreng kunyit, goreng sekejap hati atau rebus pun boleh. Sekejap sahaja. Angkat dan toskan. Kemudian boleh dimasak macam biasa masuk waktu last last tu.


Cara potongan

Cara potong hati lembu nak bagi lembut, jangan potong nipis. Kena potong tebal. Kecil tak apa tapi kena tebal. Biar berisi dan montok. Baru hati akan lembut je bila dimasak. Kalau kita potong nipis hati akan membengkok jadi keras. 

 
Resepi hati lembu, hati lembu tak keras, tips masak hati lembu, hati lembu goreng kunyit

Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas


Bahan-bahan Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas

1 kg hati lembu, hiris tebal kecil kecil bentuk dadu
3 sudu makan serbuk kunyit
1 ulas bawang besar dipotong tebal
3 biji cili merah potong nipis

Bahan dikisar kasar
20 biji cili padi atau lebih ikut pedas
5 biji cili merah
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Jika ada kunyit hidup lagi sedap

Cara masak Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas


Hati gaul dengan garam dan serbuk kunyit. 

Panaskan minyak goreng hati selama 2 minit. Agak dah terbentuk tu angkat dan toskan.

Dalam minyak sama tumis bahan kisar. Masak sehingga wangi, pecah minyak.

Agak kering sikit, masuk hati goreng, bawang potong dan cili potong. Kacau rata dan masak sekejap sahaja.

Siap Resepi Hati Lembu Goreng Kunyit Pedas jangan lupa cuba resepi ni ya


Post a Comment

0 Comments