Resepi Sambal Penyet Mudah dan Sedap

Sambal Penyet ialah sambal yang disukai ramai. Kalau dulu sambal penyet di dihidangkan khas bersama Set Nasi Ayam Penyet iaitu Nasi Putih, Ayam yang diperap bumbu khas dan digoreng garing siap ada kerak kerak rangup ditabur bersama ulam, sambal penyet dan sup. Tapi sekarang Sambal Penyet semakin digemari dan dimakan dengan hampir semua hidangan nasi. Dah macam jadi pengganti sambal belacan. Cuma orang suka resepi sambal penyet kerana rasanya lengkap manis, masin, pedas, dengan bawangnya beserta minyak tumisan yang memberi ummph dan padu pada sambal. 

Klik SINI untuk resepi Nasi Ayam Penyet

Ramai pula yamg berniaga Sambal Penyet dalam botol dan laris sungguh. Resepi Sambal Penyet juga ramai yang share dan pelbagai.  Tapi kalau yang kurang mampu nak beli sebotol kecik memang agak beban. Jadi jomla buat je sendiri sambal ni. Bukan susah mana cuma perlu modal rajin je. 

Resepi sambal penyet, nasi ayam penyet, sambal penyet sedap, cara buat sambal penyet, resepi sambal terasi, resepi sambal nyet

Resepi Sambal Penyet

Bahan-bahan resepi sambal penyet 

10 biji biji bawang besar
30 biji cili padi merah dan hijau
20 biji cili merah
10 ulas bawang putih
8 biji tomato
100 gm belacan ( boleh kurangkan atau lebihkan ikut citarasa)

Gula melaka dan garam ikut manis dan masin

Cara penyediaan resepi sambal penyet


Potong cili merah dan cili padi supaya bila goreng tak meletup 
Belah 4 tomato


Potong bawang besar kepada 4 belah.

Panaskan minyak dalam anggaran 1 cawan dan goreng cili, bawang besar dan bawang putih sehingga semua bahan layu.


Masukkan tomato. Goreng lagi sehingga tomato layu.

Masukkan belacan. Goreng sehingga belacan garing dan wangi


Tutup api dan biarkan sejuk sekejap

Kisar bahan goreng dalam mesin pengisar (food processor) atau blender. Jika blender mungkin perlukan sedikit air

Kisar jangan terlalu kasar.

Selepas kisar, panaskan lebihan minyak dalam kuali.

Masukkan sambal yang dikisar dan masak sekali lagi sehingga minyak naik ke atas sambal.

Nak lebih mudah boleh tengok video penyediaan di You Tube Resepi Eny Abdullah sepeti di bawah 



Post a Comment

0 Comments