Kisah Bercuti Dengan Bihun Goreng Udang Kering Bergula Viral

Diam tak diam dah dekat 2 tahun kita Stay At Home kan. Disebabkan PKP yang berganda-ganda, yang ditambah dari masa ke semasa sememangnya membuat kita hampir dikunci dari kemana-mana. 

Disebabkan ada penurunan kes baru-baru ni, dapatlah kita bernafas sedikit. Ada sesetengah negeri yang dah dibenarkan untuk rentas daerah, dine-in dan yang paling kita tunggu iaitu bercuti. Sesetengah tempat seperti Langkawi dah dibenarkan dilawati pelancongan melalui Gelembung Perlancongan. 

Cakap-cakap pasai bercuti ni, korang rasa tempat mana best nak pergi ya? Dos vaksin dah lengkap 2 dos, walaupun tak boleh rentas negeri tapi tetap rasa nak bercuti kan!. Kalau ikutkan memanglah rasa nak pergi pantai berpasir cantik macam di Pangkor Laut Resort. Tapi tak apa demi keselamatan kita boleh je KL Staycation dulu kan!


Bihun Goreng 12 Sudu Gula Viral 

Bersembang pasal bercuti terus teringat nak masak Bihun Goreng. Ini kalau dulu-dulu bila nak bercuti sekeluarga, Mak Kekny mesti masak bihun. Goreng bihun kosong tak letak sayur apa sebab tak nak cepat basi. Goreng kering-kering tu. Tabur telur dadar kat atas! Makan kalau cekik kasi wash down dengan air kopi o suam yang diisi dalam termos. Pelan je bihun tu turun. Cekik tapi sedap! Haa makan lah bihun tu sepanjang berjalan ke destinasi percutian  hahaha.. Seronok betul!  


bihun goreng gula, bihun goreng udang kering, bihun goreng 12 sudu gula, bihun viral, masak apa hari ni

Itulah teringat bihun goreng simple ni sebab baru baru ni viral kat social media tentang Bihun Goreng 12 Sudu Gula. Kisahnya dekat group masak – masak ada seorang yang share bihun goreng resepi neneknya yang sangat simple tapi sedap. Bahan yang digunakan ialah bahan basic dan tanpa guna serbuk perasa, pes, sos dan sebagainya. Kicap lagilah tak digunakan. Katanya rasa bihun goreng bergula ni sangat sedap setelah dicuba! Eh Betul ke sedap sangat?

Jangan tak tahu, gula ni bukanlah pelik sangat pun kalau kita taruh dalam masakan seperti bihun goreng. Dan tak dinafikan Kekny pun suka bihun goreng yang rasanya ada manis-manis sedikit. Bukanlah manis sangat kan. Orang kata untuk balance kan rasa dia. Kalau resepi moden sekarang pun kita masuk pelbagai jenis sos dan kicap dalam bihun kita. Bukan ke dah ada gula dalam semua bahan tu? Dan ianya memberi kemanisan kepada masakan? Jadi samalah konsep dia bila orang letak gula dalam masakan, sama macam kita letak sos dan kicap je. Cuma orang dulu mana ada sos dan kicap, masa tu nak beli mahal atau susah nak dapat. Gula tu senang dapat, maka masuklah gula sikit nak bagi sedap! 

Ok jom Kekny share resepi Viral Bihun Bergula tu

Resipi Bihun Goreng 12 Sudu Gula Viral

Bahan-bahan:

1 paket bihun (rendam air biasa)

Udang kering satu paket kecil

Bawang rose 3 biji*

Bawang putih 2 ulas*

Cili kering 4 biji*

Belacan bakar (sikit sahaja)

Asam jawa (agak-agak besar duit 20 sen)*

Gula 12 sudu teh (sudu kecik kfc)

MSG 2 sudu teh

Garam 1/2 sudu teh x 7 kali masuk

Serbuk kunyit 1/2 sudu teh*


Cara-cara:

Bakar belacan.

Kisar bahan yang bertanda (*) sampai hancur. Air jangan terlalu banyak.

Goreng udang kering dalam minyak. Bila dah agak masak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan perasa dan tumis seketika lagi. Bila dah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.

Kacau sebati bihun dengan menggunakan api perlahan untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur dan lembut. Hanya masukkan air bila perlu,

Cara nak tahu jika bihun masak elok, akan nampak asap pada permukaan atas bihun.

Resepi dia agak pelik terutama sukatan tapi ramai yang mencuba katanya sangat sedap! Tapi Kekny hangpa memang dia selalu ambil idea je, dah tu derhaka kan resepi orang. Yang penting nak cepat siap hahaha


Bihun Goreng Udang Kering Simple Dan Mudah

Sebab penggunaan udang kering tu macam menarik, maka ini pula Bihun Goreng Udang Kering versi Kekny yang lebih moden. Segera, mudah cepat. Pakai pes siap bihun Adabi, tambah sos sikit dah siap. Jom tengok resepi dan video macam biasa kat You Tube ya!

bihun goreng gula, bihun goreng udang kering, bihun goreng 12 sudu gula, bihun viral, masak apa hari ni

bihun goreng gula, bihun goreng udang kering, bihun goreng 12 sudu gula, bihun viral, masak apa hari ni


Resepi Bihun Goreng Udang Kering Simple Dan Mudah

Bahan-bahan Bihun Goreng Udang Kering

4 Sudu besar udang kering tanpa kulit direndam sekejap

6 Ulas bawang merah dihiris

6 Ulas Bawang putih dihiris

2 Pack pes bihun goreng Adabi - atau jika nak pakai pes cili boleh guna dalam 4 sudu besar dan tambah sedikit belacan

Fishacake atau fishball. Nak letak isi ayam pun boleh

1 pack bihun Jasmin direndam 10 ke 20 minit sahaja

1 sudu besar lada sula

1 sudu besar garam

5 sudu besar sos cili

5 sudu besar sos tiram

1 1/2 cawan air


Cara masak bihun goreng udang kering 

Panaskan minyak dan goreng udang kering. Masukkan bawang merah dan bawang putih.

Masukkan pes cili, sos cili dan sos tiram.

Masukkan lada sulah dan fishcakes, isi ayam dan sebagainya

Masukkan air dan biar mendidih.

Masukkan bihun dan masak sambil kacau sehingga bahan sos rata dan air kering

Bila air kering bihun akan masak sempurna dan lembut

Masukkan sayur yang kita suka. Siap

Untuk video boleh tengok dalam You Tube Eny Abdullah



Ok dah pandai masak bihun goreng ni, bolehlah pergi bercuti. Rasanya apa tempat best yang korang nak pergi jika kerajaan umum dah boleh bercuti nanti? Jom fikirkan dari sekarang!

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam Eny... nampak sedap bihun buatan Eny.

    ReplyDelete
  2. salam singgah. ade juag terbaca kat fb viral bihun ni. sampai la orang bergaduh2. adei.sabo jelah baca memasing taknak mengalah. gula..garam la. ikut serasian la. btw, lapar la plak tgk bihun tu. lama tak memasak di rumah sebenarnya sbb kena keje.

    ReplyDelete