Isu Bodoh-Bodoh. Jom dengar Penjelasan Prof. Dr. Muhaya

Dari FB Prof Dr Muhaya, beliau menulis...




PENJELASAN ISU ‘BUAT BODOH-BODOH’



Assalamualaikum anak-anak bonda dan semua yang memberi maklumbalas berhubung potongan klip ‘buat bodoh-bodoh’ yang tular semalam.


Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.


Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.


Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.


Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.


Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.


Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA (swipe up story untuk tonton video penuh)

Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.


Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.


Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4604547769574890&id=137166729646372

Jom pula kita dengar video penuh yang sebenar isu bodoh ni.. kita tak boleh judge dari klip video pendek sahaja.




Pendapat saya...

1. Prof bercakap dengan pendengar beliau, ada target audience dia kat situ, yang mana bagi response semuanya wanita berkerjaya, alpha female yang confuse nak kejar cita cita, cinta (jodoh) dan menjadi wanita solehah at the same time.


2. Kena faham cara Prof cakap bersembang dengan audience dia macam seorang ibu dengan anak. Bersembang mesra macam dengan ahli keluarga. Wajarlah guna perkataan yang mudah difahami. Takkan nak guna perkaataan bombastic macam kau masuk kelas lecture.


3. Ini bukan video dia bagi tips dan ceramah free biasa yang selalu kita share. Ini kelas anjuran beliau. Ada la yang pi screen record dan share sedutan pendek yang mengelirukan context keseluruhan topik perbincangan.


Ulasan Saya Tentang Isu Bodoh Bodoh, perlukah Buat Bodoh Bodoh atau Jadi Bodoh?



Disebabkan MCO saya banyak masa nak buat ulasan. Saya tak la menentang 100 peratus dengan Prof. Cuma saya rasa saya faham apa maksud prof sebenarnya.


Sebagai wanita dalam mencari jodoh kita memang kena jadi diri sendiri. Dan lelaki kena terima seadanya siapa diri kita.


Tapi pernah dengar ada orang kata Seorang perempuan apabila tak ada suami, boleh buat apa sahaja, angkat tong gas 15kg pun dia boleh. Tetapi bila bersama dengan suami, penutup air pon tak boleh buka. Bukan dia lemah tapi menunjukkan perasaan "memerlukan" sepertimana yang disampaikan oleh Prof. Dan lelaki ni pulak suka bila dia rasa "diperlukan" wanita. Dia akan rasa dia boleh lah nak eksen, rasa hebat walaupun tolong buka penutup air je pun 🤣.


Saya rasa Prof cakap macam tu kerana Prof sendiri faham nature seorang lelaki tu macam mana. Selain ego yang tinggi, mereka ni mudah lupa. Lupa tarikh penting satu hal. Lupa tanggungjawab satu hal lagi. Lupa kata dah kahwin, ada anak bini bila keluar dengan kawan pun satu hal. Lupa kata bila dah kahwin, tanggungjawab tu bukan setakat bagi nafkah, bagi makan pakai cukup, tapi kena sumbang tenaga buat kerja rumah dan jaga anak juga.


Bila kita orang perempuan ni terlalu berdikari, semua kita buat, kita ada kerja, kita ada gaji, balik kerja masak pun kita, anak kita jaga, rumah kita bersihkan. Ya lah kita rasa kita lah wanita sempurna. Kita memang pandai, kita tak bodoh. Kita mampu buat semua kerja termasuk kerja kerja lelaki. Tingkap roboh, kita lah repair. Toilet bocor kita lah buat plumbing, mesin basuh rosak, nak repair taktau, kita lah angkut baju pi dobi cuci.


Bila kita mampu buat semua tu, Lelaki? Macam saya cakap tadi lelaki ni suka rasa "diperlukan" dan mudah pulak lupa. Lama lama dah semua isteri yang buat, tak perlukan pertolomgan dia, lelaki mula selesa dengan rasa itu, dia mula hanya akan duduk saja. Dia lupa semua tanggungjawab, semua kerja kat rumah yang dia kena buat. Bukan saja kerja orang perempuan, yang kerja bahagian dia pun dia lupa. End up kita perempuan buat semua, kita penat, kita makan hati, sakit hati, dendam segala.


Jadi tak salah kita perempuan buat bodoh bodoh. Saya kata buat je bodoh bodoh. Bukan jadi bodoh. Kau reti je repair tingkap, tapi kau buat buat tak reti. Kau reti je repair toilet sebab dulu ayah kau ajar 1001 pasai plumbing, tapi kau buat tak tahu apa apa. Bila perempuan ni tak reti, mestilah lelaki yang buatkan. Depa akan rasa tanggungjawab tu jatuh kat bahu dia. Ha masa tu dia rasa ini kerja dia. Dia yang patut buat.


Ya sebab orang lama makan garam macam Prof dia faham perangai orang lelaki ni macam mana. Nak handle depa kena guna akal. Kita mungkin bijak, ada segala ilmu didada, ada duit sendiri. Tapi ingat simpan semua tu untuk diri kita sahaja. Kita bantu suami setakat kita mampu bukan berlebihan bagi segalanya. Yang selebihnya biar suami usaha sendiri agar rasa tanggungjawab dia terdidik dan insyallah bila ada rasa tanggungjawab dia tak akan sia siakan kita sebagai isteri.


Maksud Bodoh-Bodoh Yang Sebenarnya


Saya ni dah nak masuk 10 tahun kawin, saya masih "tak reti" isi air wiper kereta walaupun suami dah ajar berkali kali.


Di utara ni kita jumpa ramai guna perkataan bodoh. Kami panggil bodo, silent H tu hahaha


Antaranya nasi goreng bodo, kek bodo, tudung bodo, kasut bodo.


Sama dengan perkataan gila-gila yang bermaksud fun, kau kelakar, kau berfikiran bebas.


Bodoh kat sini bukan maksud betul bodoh. Maksud dia humble, simple, tak complicated, compromise & tolerate.


Walaupun tinggi mana darjat kita, kita dituntut menjadi humble, merendah diri selagi boleh selagi tak dipijak kepala.


Dalam context mencari jodoh ini lah maksud Prof Muhaya.


Mungkin Prof salah penggunaan ayat dia. Bodoh bodoh sikit is to stay humble despite all the success in life. Take the whole sentence and digest lah.




Post a Comment

1 Comments

  1. Actually kalau pandang dari segi sudut positif, statement yang Prof. Muhaya ni cakap tak adalah apa sangat pun. Cuma ada certain2 wanita yang otaknya terlebih berpikir diluar kotak tu jer yang rasa triggered dengan statement macam ni. Prof. suruh "buat-buat bodoh" bukan bermakna suruh wanita jadi downgraded sampai boleh kena pijak dek orang lelaki. Dia just suh jadi humble itu jer pun. Pelik btul wanita2 alpha kat luar sana berfikir😂. Jaoh sangat menyimpang.

    ReplyDelete