Bihun Goreng Hailam Yang Sedap Sangat

Pernah ke makan Bihun Goreng Hailam? Kalau Mee Hailam berkuah tu mesti ramai yang tahu kan dan pernah rasa kan. Rasanya lebih kurang mee hailam lah cuma ianya digoreng dan tak ada kuah. Bihun ni adalah paling ringkas nak sediakan sebab bahan tak banyak dan tak pedas jadi budak budak mesti suka. 

Bihun goreng hailam, meehoon hailam, mee goreng hailam, kuey teow hailam

Yang penting walaupun hidangan ni ringkas, tapi rasanya sangat sedap. Boleh cuba masak  bihun ni untuk family masa PKP 3.0 kat rumah sekarang ni. Ye lah dah duduk rumah lama tu, mesti dah jemu asyik masak dan makan makanan sama je kan.

Resepi Mee Hailam Melayu yang sedap kat sini Mee Hailam

Bihun goreng hailam, meehoon hailam, mee goreng hailam, kuey teow hailam

Kalau tak suka bihun, boleh gantikan dengan mee, kuey teow, mee kering atau mee segera. Nak guna spaghetti pun boleh. Kita yang buat dia kan. Sayur tu pulak boleh dipelbagaikan. Nak letak putik jagung, cendawan tiram, mix frozen veggies pum boleh. Nak pedas boleh hidangkan dengan cili jeruk, sambal cili kicap yang kita potong cili padi bersama bawang dan dicurahkan kicap. Aduhh sedapnya pula dok teringat ni.

Jom cuba resepi mudah ni ya.

Bihun goreng hailam, meehoon hailam, mee goreng hailam, kuey teow hailam


Bihun Goreng Hailam

Bahan bahan Bihun Goreng Hailam

10 ulas Bawang putih dikisar atau tumbuk
5 ulas Bawang merah  dikisar atau tumbuk
Daging cincang atau ayam
Fish ball
4 sudu besar Sos tiram
5 sudu besar kicap cair masin
Lada sulah (banyak sikit)
Minyak bijan dlm 1-2 sudu besar
Bihun 1 bungkus rendam dulu sehingga lembut.
Kiub ayam (optional)
Sawi
Kobis
Cendawan shitake dipotong
Lobak merah
Cendawang butang dipotong

Cara masak Bihun Goreng Hailam


Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang kisar

Masukkan ayam/daging/fishcake

Masukkan sos tiram 

Masukkan kicap cair, minyak bijan, lada sulah, kiub ayam, lobak merah, kobis dan cendawan 

Masukkan bihun. Tambah air jika perlu supaya bihun mudah masak dan tak hancur

Akhir sekali masukkan sayur sawi dan kacau rata.

Hidangkan dengan cili jeruk atau sambal kicap jika nak pedas.



Post a Comment

0 Comments