30 Resepi Sahur Mudah

Hari pertama kita melangkah ke bulan penuh barakah, bulan Ramadan yang kita rindui, bulan penuh kemuliaan. Pada bulan penuh keberkatan ini marilah sama kita melakukan banyak kebaikan untuk memperoleh ganjaran pahala. Macam biasa selain menahan lapar dan dahaga, perbuatan, pertuturan dan pendengaran, kita juga perlu meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadah supaya kesempatan satu bulan Ramadan ini tidak kita sia siakan. Sebagai emak dan ketua chef di rumah pasti kita seringkali buntu apalah nak dimasak. Kalau berbuka tu mungkin tak berapa pening nak fikir sebab banyak juadah boleh dibeli dan dipesan online sahaja. Tapi kalau waktu sahur ramai kaum ibu mati kutu dibuatnya. Nak pula bila dah masuk minggu kedua Ramadan, nak ulang lauk sama dah jemu. Haihhh mana nak fikir amal ibadat, mana nak fikir nak masak lagi kan. Haaa sebab tu lah saya terfikir nak kongsi 30 Resepi Sahur Mudah ni. 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Jadi untuk entri blog kali ini saya nak share 30 menu  masakan dan mudah untuk sahur. Senang kan atur saja menu dan boleh buat perancangan nak beli barang dapur juga. 


Tips Menu Sahur Mudah


Untuk menu sahur ni sebenarnya tak kisah apa sahaja menu sesuai. Tapi ada yang bila pagi pagi buta ni tak ada selera nak menikmati makanan. Faktor umur barang kali. Jadi kenalah masak yang bersesuaian.


Pilihan menu yang ringkas menjadi pilihan. Sebenarnya tak perlu ringkas mana. Masak je ikut kita. Cuma pastikan jangan membazir sahaja.

Frozen kan lebihan makanan semasa berbuka untuk dijadikan lauk sahur adalah idea yang sangat baik. Baru tak ada makanan terbazir

30 Resepi Sahur Mudah

Daging Merah Rose 

Daging ni diperap dengan sirap rose dan di tumis sehingga masak. Resepi penuh di SINI

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Ayam Goreng Kunyit

Ayam Goreng Kunyit Garing Garing  letak kacang panjang dan bawang lebih. Ayam tu nak sedap gaul sikit tepung Bestari pedas, serbuk cili paprika dan garam serta kunyit 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Daging Masak Lemak Cili Api

Daging Masak Lemak Cili Api Kentang pun sangat mudah nak buat. Kalau nak cepat guna daging salai siap yang dah difrozenkan. Bila nak masak cuma tambah santan, cili, bawang dan serai.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Assam Prawn

Assam Prawn atau Udang Masak Asam Jawa Bersama Sos Tiram ni insipirasi dari chinese restaurant. Memang sedap tau rasa dia. Kena cuba. Resepi SINI 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Ikan Kicap Chinese Style


Ikan Kicap Chinese Style ni dia light light sikit dan agak cair berbanding masak kicap kita. Tapi rasa dia sangat padu. Boleh try untuk menu sahur ya. Resepi di SINI

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Daging Kicap 

Daging Kicap Bawang Goreng ni resepi mak mentua. Sangatlah Sedap makan dengan nasi putih panas panas. Resepi di SINI

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Sambal Sardin Petai

Sambal Sardin Petai paling senang nak buat. Sedap rupanya petai dimasak bersama sardin. Jom tengok resepi di SINI

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Udang Masak Halia

Udang Masak Halia ni inspirasi dari kedai siam. Mudah sangat nak buatnya. Resepi di SINI 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Sambal Telur

Sambal Telur Mudah dan Cepat siap. Boleh rebus telur tu siap siap tau dan guna je pes sambal yang banyak orang buat jual sekarang ni.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Daging Sweet Sour

Daging Masak Sweet Sour pun sedap. Kena try resepi saya ni. Ada kat SINI

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Ayam Kicap

Ayam Kicap Mudah saya suka buat style kering macam ni. Apa pun ayam kicap lah menu paling senang dan sedap kan?

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Sup Ikan

Sup Ikan Siakap pun sedap. Guna ikan siakap sebab murah sikit berbanding ikan merah.  Boleh juga ganti ikan tenggiri atau salmon.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Daging Air Asam Utara

Daging Rebus Air Asam. Kalau di utara sini menu ni agak biasa. Tapi buat pembuka selera nak bersahur memang sedap. Cuma jangan pedas sangat ya. Resepi di SINI 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Masak Paprik

Paprik Sotong ni menu mudah juga. Tips dari saya guna je pes tomyam untuk paprik cuma tambah daun limau purut sikit. Tumis macam buat stir fry biasa. Tambah sos cili sedikit.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Daging Masak Lada Hitam

Dagingng Lada Hitam Brokoli menu paling disukai. Kalau buat kat rumah licin! Kena try ya. Nak mudah guna ja sos black pepper instant. Cepat je masak.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Ayam Goreng Bawang Putih

Ayam Goreng Bawang Putih ni macam ayam goreng bawang biasa ca gantikan dengan bawang putih. Mesti tambah nasi 2 pinggan!

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Masak Lemak Telur Suhun

Masak Lemak Telur Suhun pun sedap. Saya selalu buat jika ada telur lama dah nak expired. Telur merah dia dah tak bulat. Biar pecah pecah sikit dalam santan. Nikmat!


Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Ayam Goremg Sambal Belacan

Ayam Goreng Sambal Belacan paling express. Guna je lebihan sambal belacan yang ada dan tumis sedikit dalam minyak gorengan ayam. Tambah bawang potong siap!

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Lobak Masin Goreng

Lobak Masin Goreng Telur ini hidangan nostalgia masa kecik kecik. Sedap goreng dengan telur dan bawang. Kena try ok!

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Kari Nenas Ikan Masin

Kari Nenas Ikan Talang Masin ni nampak agak susah nak masak time sahur kan. Tapi mungkin boleh siap masak hari lain dan simpan untuk sahur sebab lauk ni memang pembuka selera.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Gulai Kawah


Gulai Kawah pun sama macam kari nenas diatas. Boleh masak siap dan frozenkan. Bila nak makan panaskan je. Lauk lauk macam ni sedap dan tak terjejas rasa bila kita frozenkan. 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Ayam Masak Pandan

Ayam Masak Pandan ni resepi lain dari yang lain tapi percayalah rasanya sedap. Resepi di SINI

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Paprik Sayur 

Paprik Sayur Campur. Sayur kalau tak tahu nak masak apa boleh try goreng seperti paprik. Sedap sangat! 

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Daging Goreng Kunyit

Daging Goreng Kunyit Kelantan pun sedap untuk hidangan sahur. Cara kelantan ni buat kan daging lebih empuk dan lembut.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Ikan Masak Taucu

Ikan Masak Taucu pun sedap ya nak buat menu sahur kita. Letak bawang dan cili padi banyak memang terangkat habislah makan dengan nasi panas panas time sahur.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Daging Cili Kering


Daging Goreng Cili Kering juga sedap. Macam Kung Pao sikit tapi tak berapa pekat. Boleh cuba style korang punya. saya punya sangat simple, tumis dengan halia dan cili kering, masuk sos tiram dan daging. Siap!


Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Sambal Ikan Bilis

Sambal Bilis Tumbuk. Sambal ikan bilis paling senang nak sediakan sebab boleh masak awal dan frozenkan. Masak banyak sekaligus boleh panaskan hari lain.


Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Pajeri Rebung

Pajeri Rebung Utara pun sedap nak pula digandingkan dengan ikan masin atau telur dadar. Masak kuah dia bagu pekat sikit. Sedap makan dengan nasi panas.


Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Sambal Ikan Talang Masin. 

Fuh sedap ni. Boleh juga masak siap dan frozenkan.

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan


Ikan Masak Asam

Ikan Talang Masin Masak Asam pun sedap ya untul buat lauk sahur. Aduh teringat pulak. Mungkin esok lusa kena masak lauk ni untuk sahur

Menu sahur, cadangan menu sahur, menu berbuka, lauk sahur, resepi sahur, resepi ramadan

Ok itulah cadangan menu sesuai untuk sahur. Mesti dah dapat idea sikit sikit kan apa nak masak. Tak perlu ikut semua sekali. Kita cuma nak bagi dorongam dan idea supaya tercetus. Resepi boleh cari kat blog ni just google je macam contohnya Masak Asam Ikan Talang Eny Abdullah. Mesti jumpa!

Ok selamat berpuasa semua. Semoga bulan ini kita dapat tingkatkan amal ibadat kita dan peroleh segala kebaikan. 

Post a comment

0 Comments