Resepi yang simple ni dapat dari kedai makanan Thai. Simple dan mudah. Rasa dia pun sedap.

  DSC09857

DSC_2520

Daging Merah Ros
Bahan Perap
500gm daging lembu dipotong sederhana besar tetapi nipis
Pewarna merah sirap rose  - kuantiti cukup memerahkan daging sahaja
1 sudu kecil Serbuk lada sulah
2 Sudu besar sos Ikan - boleh digantikan dengan garam atau kicap cair
2 Sudu besar sos tiram
1 Sudu besar sos cili
Halia muda yang diparut kasar
Bawang putih dicincang

Bahan lain :
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dicincang
Cili padi diketuk
2 bawang besar - dipotong tebal dan besar.
3 batang daun bawang dipotong 
Tomalo dibelah 
Boleh juga masuk sayuran lain seperti kacang panjang, brocoli, kubis bunga dan carrot

Perap daging bersama  bahan perapan semalaman atau at least 3-4 jam.
DSC_2484

DSC_2493

Panaskan minyak. tumis bawang putih dan cili padi yang diketuk. Kemudian masukkan daging, dan biar daging masak dengan menutup kuali. Boleh tambah air jika kering sangat. Sekala sekala dikacau.. Boleh tambah pewarna rose lagi kalau daging nampak pucat.

Masukkan garam secukup rasa. Apabila daging masak, masukkan bawang besar dipotong dadu dan biarkan layu sedikit. Akhir sekali masukkan daun bawang, tomato atau sayur sayuran yang dipotong. Kacau seketika dan angkat.