Resepi Nasi Ulam Kedah dan Sayur Keladi

Nasi Ulam ni memang terkenal di Kedah dan Perlis. Kalau bulan puasa, Nasi Ulam Sayur Keladi inilah hidangan yang Kekny akan cari kat pasar malam. Nak buat memang mudah cuma renyah nak cari ulam ulaman dan banyak apa lagi nak mericik ulam sampai halus betul. Kalau tak halus orang tua marah sungguh hahaha.. Dulu dulu tok Kekny buat lagi halus dari ni dia mayang ulam. Bila gaul dengan nasi memang nampak hijau je nasi tak nampak daun panjang langsung. Fuhhh kalau sekarang boleh mayang guna food processor kan senang tapi hancur sangat lah pulak kan.

Nasi ulam kedah, resepi nasi ulam, sayur keladi, asam pedas keladi, daun ulam nasi kerabu,

Kawan nasi ulam ni mestilah Sayur Keladi. Dia macam asam pedas utara sikit cuma letak keladi sahaja dan isi ikan diperisi dan ditumbuk. Kalau ikutkan makan pejam pejam mata rasa kuah dia agak menyerupai laksa sikit. Sungguh la sedap hirup sayur keladi ni nak naknada letak ubi keladi sikit rebus sampai empuk. Sayur keladi ni ada pelbagai versi. Yang original tak letak cili ya, hanya letak lada hitam semata. Ada yang letak cili dan ada pula letak keduanya. Semua versi pun sedap. Dia masam masam sikit dan ada manis manis sikit. Nak bagi kuah lebih lemak boh isi ikan yang direbus dalam kuah. Fuhhhhh..

Nasi ulam kedah, resepi nasi ulam, sayur keladi, asam pedas keladi, daun ulam nasi kerabu,

Ok kali ni Kekny share resepi Nasi Ulam dan Sayur Keladi. Jangan confuse dengan nasi kerabu pula ya sebab memang tak sama. Kalau di Kedah ni, kaum cina pun suka makan dan diorang ads versi diorang sendiri dimana diorang buat serunding ikan asing untuk gaul sekali nasi dan ulam. Ulamnya pulak lebih kepada sayur kobis dimayang halus, timun, kacang panjang tapi tetap sedap sebab pernah rasa. 

Ok jom tengok resepi.

Nasi ulam kedah, resepi nasi ulam, sayur keladi, asam pedas keladi, daun ulam nasi kerabu,

RESEPI NASI ULAM KEDAH


Bahan bahan Resepi Nasi Ulam Kedah

4 cawan nasi sejuk
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam dikisar halus


Bahan ditumbuk / dikisar halus kering

1 inci halia
2 keping ikan talang masin / kurau masin / tenggiri masin yang dah digoreng garing ( bahagian isi sahaja)
1 cawan kelapa goreng (tak mau guna kerisik beli nanti bau tak sedap)

Bahan dihiris dan dimayang halus sehalusnya seperti bunga rampai

5 ke 6 biji bawang merah
Daun Kaduk
Daun selom
Bunga kantan
Daun kunyit
Daun cekur
Daun pegaga
Daun sekentut
Daun pucuk gajus 
Daun bebuaih
Daun tenggek burung, 
Daun cemumaq
Daun kemangi
Daun pucuk putat
Daun selasih
Daun pudina

Atau apa sahaja ulam ulaman yang dirasakan sesuai. Tak semestinya guna semua ulam diatas. 3 atau 4 jenis pun dah memadai.

P/s. Jangan confuse daun dan pucuk. Ada ulam kita makan pucuk sahaja, daun tak makan. Ada ulam kita makan daun sahaja pucuk tak berasa apa. Ok faham kan


Cara Penyediaan Nasi Ulam Kedah


Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Seeloknya gaul dengan tangan (pakai sarung tangan plastik) supaya nasi dan bahan sebati elok. 


Resepi Asam Pedas Sayur Keladi Nasi Ulam


Bahan Bahan Asam Pedas Sayur Keladi

3 ke 4 batang keladi buang kulit keras luar, potong pendek, rebus, tos air dan cuci lagi.

Isi ubi keladi rebus empuk
4 ulas bawang merah dihiris
6 ke 7 biji Cili kering rebus, tumbuk kasar bersama sedikit belacan
Daun kesum secukupnya
1 sudu besar lada hitam (optional)
3 ke 4 keping asam gelugur
2 ekor ikan kembung rebus, ambil isi sahaja. Nak letak lebih pun boleh. Boleh gantikan dengan ikan bilis
Sedikit ajinimoto
Sedikit gula (ada rasa manis sikit)
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Sayur Keladi

Dalam periuk satukan semua bahan bersam air separas menutup jumlah keladi dan rebus sampai mendidih, masak cilinya, bau harum dan asam gelugur kembang. Masukkan isi ikan, garam, gula secukupnya. Dia ada rasa masam, manis dan wangi seperti kuah laksa.



Nasi ulam kedah, resepi nasi ulam, sayur keladi, asam pedas keladi, daun ulam nasi kerabu,

 

Post a Comment

0 Comments