Resepi Mudah Kek Pound Sukatan Cawan

Ramai yang suka fresh butter pound cake baru keluar oven, makan pula dengan secawan kopi atau teh panas. Kegebuaan kek ni memang tiada tandingan. Kalau guna bahan yang premium, kaedah betul kek yang simple macam ni pun akan jadi sangat sedap. Sebab ramai tanya resepi ni so Kekny share lah Resepi Mudah Kek Pound Sukatan Cawan yamg sedap ni malah sangat praktikal jika nak buat berniaga.

Kek butter sukatan cawan, Resepi Kek Pound, Kek Paun, Butter Pound cake, kek butter sedap

Tengok lah gebu tak kek ni. Lembut dan moist je. Resepi yang sama Kekny guna untuk berniaga. Kalau ada yang nak berniaga tu boleh try dengan resepi kek simple macam ni.

Kek butter sukatan cawan, Resepi Kek Pound, Kek Paun, Butter Pound cake, kek butter sedap

Tips Berniaga Kek Butter Pound


Salah satu tips mudah berniaga Kek Pound atau Buttercake ni ialah guna terus bekas aluminium ni. Terus bakar dan terus dipakej. Jimat masa, lebih praktikal dan boleh kurangkan kos membeli acuan dan kotak. Kek juga lebih fresh.

Selain tu guna bahan seperti butter yang premium. Kalau nak guna butter jenis Anchor, Lurpak, SCS dah memadai. Atau kalau guna marjerin, gunakan marjerin berjenama seperti Latifolia, Planta dan sebagainya. Pilihan butter dan marjerin yang bagus memberi kesan rasa yang lemak gebus halus pada kek kita.



Kek butter sukatan cawan, Resepi Kek Pound, Kek Paun, Butter Pound cake, kek butter sedap


Jika nak marble pound cake, boleh tambah cocoa powder ke dalam 1/3 adunan. Nak lebihkan pun boleh ikut citarasa kita.

Kek butter sukatan cawan, Resepi Kek Pound, Kek Paun, Butter Pound cake, kek butter sedap


Resepi Kek Pound Sukatan Cawan


Acuan Kek Pound atau Loaf size 4 x 8 inci

Bahan-bahan Kek Pound

3 biji telur Size A
3 tablespoons (40 grams) susu
1 1/2 teaspoons essence vanilla
1 1/4 cups (150 grams) tepung kek
1 teaspoon (4 grams) baking powder
1/4 teaspoon (1 gram) garam
3/4 cup (150 grams) caster sugar
3/4 cup (170 grams) butter lembut


Cara penyediaan Kek Pound 


Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan

Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji


Masukkan tepung dan garam serta susu. Pukul sekejap agak adunan rata tak bertepung

Masukkan dalam acuan dan bakar padansuhu 170C sehingga masak dan garing bahagian atas.



Post a comment

0 Comments