PKPB Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri PJJ

Mesti tahu saya dan suami dah lama PJJ ( perkahwinan jarak jauh). Suami saya di Ipoh manakala saya di Jitra Kedah. Atas tuntutan kerja kami sama sama redha duduk jauh selama berkahwin ni. Semasa tempoh PKP selama dekat 3 bulan tempohnya hari tu agak terseksa juga lah sebab tak dapat jumpa suami. Sampailah akhirnya kerajaan atau Majlis Keselamatan Negara MKN bagi kelonggaran kepada pasangan suami ister yang PJJ dibolehkan rentas negeri dengan syarat kena dapatkan permit rentas negeri dari balai polis dahulu.  Ok jom tengok bagaimana nak dapatkan Permit Rentas Negeri Bagi Pasangan Suami Isteri PJJ

Permit Rentas Negeri Suami Isteri PJJ, permit rentas negeri, cara mohon kebenaran rentas negeri, borang rentas negeri, PKPB Malaysia

Jom baca dahulu apa SOP PKPB di SINI

Contoh Draf Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah Dan Negeri

PKPB Semenanjung Malaysia 

Ok masuk November 2020 sekali lagi MKN laksanakan PKPB dimana tak boleh lagi rentas negeri dan daerah. Tapi sektor ekonomi dibenarkan beroperasi macam biasa. Dan kembali sekali lagi masalah kami suami isteri ni hehehe. Kami dah refer pada balai polis PDRM dan ya pasangan suami isteri PJJ boleh je rentas daerah dan negeri dengan syarat sama kena ambil permit dari PDRM. Jadi sekarang saya share prosedur ya bagaimana nak dapatkan permit tu

Contoh borang Permit Rentas Negeri 

Permit Rentas Negeri Suami Isteri PJJ, permit rentas negeri, cara mohon kebenaran rentas negeri, borang rentas negeri, PKPB Malaysia



Cara Mohon Permit Rentas Negeri Dari Balai Polis

Pemohon 

Permohonan dibuat oleh salah seorang yang nak merentas. Contoh jika suami nak ke tempat isteri, maka suami lah kena buat permohonan  di balai polis terdekat dimana dia berada sekarang

Borang Rentas Negeri

Mula mula download borang Rentas Negeri di SINI dan isi dengan lengkap.

Salinan Kad Pengenalan Suami dan Isteri

Pastikan sediakan kedua salinan IC suami dan isteri

Sijil Nikah

Pastikan juga sediakan salinan sijil nikah dengan membawa sekai yang asli (jika ada)

Surat pengesahan tempat bekerja

Pastikan suami dan isteri sediakan surat disahkan majikan anda bekerja dimana. Bukan apa senang tak payah cerita panjang panjang kat polis nanti. 

Bila lengkap semua dokumen diatas boleh lah hadir ke balai polis dan buat permohonan ya. Permohonan yang diluluskan akan dapat cop polis di borang yang diisi dan tulis situ dibenarkan rentas negeri.


Semoga dipermudahkan urusan korang. Doakan urusan kami suami isteri juga dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments