PKPB Contoh Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah Dan Negeri

Salam PKPB Day 1. Ramai yang mesti tertanya tanya dan menacari format Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah dan Negeri kan. Simple sahaja formatnya. Korang boleh ikut draft surat di bawah atau boleh guna ayat sendiri ya!


Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah, Surat rentas negeri, kebenaran rentas negeri, PKPB, CMCO Malaysia,


Format Surat Kebenaran Majikan Untuk Rentas Daerah dan Negeri 



(Letterhead Syarikat )

Tarikh: 9 November 2020
 
Kepada sesiapa yang berkenaan, 
 
Tuan/Puan, 
 
SURAT KEBENARAN UNTUK BEKERJA DAN RENTAS DAERAH SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) 
Nama Pekerja : 
No KP: 
Alamat Rumah: 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 


Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan (Jawatan) bagi XXXX Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran (1234-Z) dan dikehendaki berkerja di Pejabat yang beroperasi di (Alamat Penuh Pejabat)


Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk merentas daerah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 
 

Sekian, Terima Kasih
 
Yang Benar
 
________________________ 
Nama Majikan
Pengarah / Pengurus
No HP : 



Harap gunakan draft surat diatas untuk tujuan bekerja ya dan jangan gunakan untuk penipuan nak rentas daerah atau negeri. Stay at home, Kita Jaga Kita!


Post a Comment

0 Comments