Double Cheese Buttercake Gebu Dan Cair Di Mulut!

Salam semua. Semoga berada dalam keadaan sihat ya walaupun sekarang situasi Malaysia dilanda gelombang ke 3 Covid 19. Nampaknya makin teruk dengan kes positive harian yang mencanak naik. Risau bagaimanapun hidup kena diteruskan. Cuma jaga diri, jarak dan stay at home. Nanti Kekny nak share tips duduk rumah kalau boring sangat tak tahu nak buat. But today nak share resepi Double Cheese Buttercake yang Kekny buat 2 hari lepas. After the first bite I think it was the best Cheese Buttercake cake I'd ever eaten.

buttercheese cake, kek buttercheese, cheese buttercake, buttercake gebu, buttercake mudah, resepi kek mudah
buttercheese cake, kek buttercheese, cheese buttercake, buttercake gebu, buttercake mudah, resepi kek mudah


buttercheese cake, kek buttercheese, cheese buttercake, buttercake gebu, buttercake mudah, resepi kek mudah

Tips Baking -  Cheese Buttercake Sedap Dan Gebu

Cream cheese dan butter mestilah soft pada suhu bilik. Jadi biarkan dalam 1 jam luar peti ais ya (selepas disukat berat)

Pakai gula castor - ini berkali kali bagitahu. Jangan guna gula pasir kasar biasa yang orang buat air atau gula pasir halus. Tapi gula castor. Gula castor ni bila kita pukul cepat berkrim adunan mentega kita

Parutan cheese diatas kek jangan parut awal, tapi parut bila nak tabur untuk elakkan cheese bergumpal. Lepas parut tabur sedikit sahaja tepung dan gaulkan supaya cheese tak tenggelam dalam kek

Disebabkan cheese parut jenis keras ni sedikit masin, guna unsalted butter. Jika guna butter biasa jangan letak garam dah dalam adunan kek

Jika tak letak cheese kat atas pun ok je, jadilah Cheese Buttercake biasa. Cuma untuk resepi tambah garam sedikit supaya lebih berlemak.

buttercheese cake, kek buttercheese, cheese buttercake, buttercake gebu, buttercake mudah, resepi kek mudah



Ovallete dalam resepi ni nak bagi texture kek halus mulus. Tak berserat sangat macam kek buter biasa rujuk SINI untuk tengok Kek Buttercheese Tanpa Ovallete . Cuba tengok kek saya yang kali ni dia halus je kan texture nya. Kalau tak nak letak pun ok. Tapi jangan expect bila letak ovallett dia akan jadi macam kek span ( lembut dan berspring).. nehi nehi ya, sebab method dia tak sama. Kalau nak kek  ni lebih gebu korang boleh pukul putih telur yang diasingkan dari kuning telur dalam bekas asing dengan mixer yang dah bersih dari minyak dan butter. Kuning telur pukul dengan butter dan gula, masukkan tepung dan kemudian baru kaup balik dengan putih telur yang dipukul sehingga soft peak ( google image apa maksud sof peak meringue ya)

Tips ni terpakai juga untuk semua jenis buttercake ya.

Yang penting sekali, kita kena kenai oven kita dan adjust suhu accordingly.

buttercheese cake, kek buttercheese, cheese buttercake, buttercake gebu, buttercake mudah, resepi kek mudah

Resepi Double Cheese Buttercake

Bahan-bahan Double Cheese Buttercake 

Untuk acuan 4 segi size 9 x  9 inci
Saya pakai acuan loaf 4 x 8 inci dan dapat 2 biji loaf. Satu tabur cheese dan satu lagi plain hohoho

170 gm mentega - saya pakai SCS
135 gm krim keju - saya pakai jenama Tartura
80gm cheese cheddar block diparut - ikut lah bajet kalau hangpa kluster kayangan bubuh 1 block terus pun takpa
220 gm gula kastor - guna 200g je pun boleh
5 biji telur B - Dah bagitau jangan tanya lagi A ke B ke C ke 
200 gm tepung gandum
11/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanila
1/2 sudu teh garam - baca note diatas tentang garam
20gm ovallete - optional baca note diatas ya

Cara penyediaan Double Cheese Buttercake 

Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek

Panaskan oven pada suhu 160C atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170C api atas dan bawah

Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

Masukkan ovalettet, gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan

Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati dan tuang kedalam acuan.

Tabur parutan cheese yang dah digaul dengan sedikit tepung

Masukkan kedalam oven dan bakar selama 45 minit atau sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih.

Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula.

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Thanks KekNy syer resepi..
    Nampak gebu sungguh..

    ReplyDelete