Cekodok Pisang Asli Tanpa Bahan Penaik

Cekodok Pisang ni kalau layan masa minum petang memang best! Dapat pula cekodok pisang asli yang macam tok tok kita buat dahulu, letak pisang, tepung sikit, air, garam dan gula. Tak perlu letak bahan penaik atau yis pun dah lembut dan sedap!. Haaa mana nak cari sekarang kan. Yang jual kat gerai tu kita tengok besar besar gedabak bila gigit ada yang rasa baking powder ka baking soda yang terlebih, ada pula yang keras sebab terlebih tepung! 


Tips Dan Resepi Cekodok Pisang Sedap


1. Guna pisang masak ranum lebih sedap dan lemak. Jika pisang dah masak ranum boleh kurangkan jumlah gula sebab pisang akan jadi manis dan keluar gula sendiri semasa digoreng panas

2. Kuantiti pisang mesti lebih dari tepung barulah sedap

3. Letak sedikit garam nak bagi naik rasa lemak lemak cekodok kita

4. Tepung beras dicampurkan sedikit nak bagi cekodok rangup bahagian luar dan lembut berjus dibahagian dalam

5. Jangan goreng terlalu lama. Biar luar sedikit hitam sebab api kuat tapi dalam lembut je

6. Guna pisang emas atau berangan yang masak ranum. Pisang lain tak berapa sedap

7. Saiz jagan terlalu besar, harus kecil kecil comei. Biar ringan timbul atas api bila digoreng dan cekodok akan jadi sangat lembut

8. Peram sekejap adunan cekodok yang telah dibancuh agar cekodok kekal lembut walaupun dah sejuk



cekodok pisang tanpa bahan penaik, resepi jemput jemput pisang lembut, cekodok lembut, cekodok sedap

Oklah jom tengok Resepi Cekodok Pisang Tanpa Bahan Penaik ni kat video Youtube. Resepi pun ada sekali kat dalam video. So Kekny tak tulis dah resepinya kat sini ya! Jangan lupa ikut tips yang Kekny bagi diatas ya!



Post a comment

1 Comments