Minimalist Painting Buttercream

Menjadi trend ikutan masakini, Minimalist Painting Buttercream ini sangatlah popular sekarang. Rata-rata customer saya yang order mesti akan bertanya design kek ni. Kalau dilihat rupanya ianya nampa mudah sahaja tapi sebenarnya susah juga nak hasilkan sesuatu yang nampak bersahaja atau macam diconteng-conteng. Silap tekniknya nampak hodoh dan tidak semula jadi.

Contoh yang customer saya order. Warna pun dia bagi jadi saya ikut seperti yang diminta.





Teknik hias kek guna fondant boleh baca DISINI

Disebabkan ramai yang bertanya resepi buttercream ni jadi saya share sekali disini ya. Resepi buttercream ni sangat tahan cuaca panas Malaysia. Tapi seeloknya dijadikan sebagai coating kek sahaja. Untuk filling atau layer kek tak berapa sedap. Lebih baik guna filling dari cream cheese frosting atau Swiss Meringue Butercream. 

Teknik Pukul Buttercream dan Resepi Buttercream Tahan Lama

Boleh refer video dan resepi di bawah ya




Buttercream Recipe For Minimalist Painting Buttercream

Bahan-bahan : 
400gm Creamwell
150gm pure butter (soften at room temperature)
250gm condensed milk
1 teaspoon vanilla extract
1 teaspoon butter flavour (optional)

Cara 
Pukul creamwell dan butter sehingga kembang dan putih gebu

Masukkan susu pekat manis

Pukul lagi sehingga sebati susu dan cream

Masukkan vanilla dan butter flavour

Pukul lagi sehingga sebati

Bila kita pukul sehingga gebu buttercream akan menghasilkan air bubble didalam cream. Jadi cream akan jadi berbintil atau berlubang bila diratakan atau semasa coating kek

Untuk hilangkan air bubble, buka mixer pada kelajuan paling perlahan dan biar pusing perlahan selama 20 ke 25 minit. Sehingga tidak nampak air bubble (bila rata jadi licin) dan cream nampak smooth dan silky.

Simpan dalam bekas kedap udara di luar peti sejuk. Buttercream ini tahan selama 1 minggu di luar peti sejuk dan tahan sebulan didalam peti sejuk.




Ok kalau nak belajar teknik deco Minimalist Painting boleh ke Youtube saya dibawah ya..






 

Post a Comment

2 Comments