Nasi Arab Mudah Guna Rice Cooker Je

Nasi Arab ni ramai orang ingat susah nak masaknya. Sebenarnya tak susah mana dan jika kita guna bahan betul maka jadilah nasi arab yang sedap umpama nasi arab yang dimakan di Tanah Arab. Nasi Arab ni terkenal dengan ringkasnya nasi itu yang hanya dimakan dengan satu jenis lauk yang selalu dihidangkan dengan ayam, kambing atau ikan panggang atau dimasak sekali dengan nasinya disamping sos dan sedikit acar. Adakalanya ada kuah kari ringkas juga disediakan. Macam-acam lah versi nasi arab ni. Tapi jangan risau sebab ada rempah-rempah segera yang dijual sekarang ni untuk kita masak nasi arab. Jom Keny ajar hanpa masak Nasi Arab Versi Simple dan Mudah



Kalau nak tahu, rempah nasi beriyani juga sesuai untuk kita sediakan nasi arab. Macam yang Kekny guna kali ni untuk buat nasi arab versi simple dan mudah ni hanyalah sebungkus rempah nasi Beriyani jenama Iman. Memang sedap betul kejadianya.

Tapi kalau hangpa nak resepi Nasi Arab versi tak guna rempah atau orang panggil Nasi Mandy boleh rujuk ENTRY INI


Masak sekali terus dengan ayam dan guna rice cooker je. Tak perlu susah susah. Nak resepi mudah ni? 






Nasi Arab Mudah

Bahan-bahan
2 pot beras basmathi
1 ekor ayam  direbus ( jangan potong kecil biar seekor atau potong 4 bahagian)
2 biji tomato dibelah
1 bungkus rempah nasi beriyani - saya guna jenama Iman
1 kiub ayam (jika suka)

Bahan Rebusan Sup 
1 sudu besar lada hitam
1 batang kukit kayu manis
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih
5-6 biji pelaga
2 bunga lawang
garam secukupnya

Cara penyediaan

Rebus ayam bersama bahan-bahan rebusan hingga ayam lembut tapi jangan terlalu lama

Sukat 3 cawan air rebusan ( ikut sukatan beras yang korang guna)

Dalam rice cooker, panaskan sedikit butter atau minyak sapi ( saya guna minyak masak sahaja) dan tumis rempah beriyani

Masukkan air rebusan ikut sukatan beras, kacau rata. Masukkan beras dan ayam yang telah direbus. Masukkan juga tomato, kiub ayam, tambah garam lagi supaya nasi lebih ada perisa.

Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah kering karih nasi supaya lebih gebu.

Hidangkan dengan acar, sup dan kuah kari ikut kegemaran.

Nak lebih mudah boleh rujuk video yang Kekny share di You Tube kat bawah.









Post a comment

4 Comments

  1. sekarang mudah sangat ada rice cooker ^_^

    ReplyDelete
  2. Humang aih sonangnya. Ok nanti nak trylah carik jenama iman tu! Jemput singgah: Travelling Tips To Kuching-SriAman

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sis Eny Abdullah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  4. Huu. Ingat susah masaknya. Rupa mudah aje ha. Hehehe. Next time boleh cuba.

    Boleh guna rempah briyani jugak.

    Keny pakai basmathi brand apa tu. Cantik elok kejadian nasinya ☺️

    ReplyDelete