Bihun sup ayam sambal cili merah utara style. Kalau di belah utara tanahair sini bihun supnya mesti ada sambal cili berwarna merah. Ianya sedikit berbeza dengan bihun sup di sebelah selatan kan. Tapi ramai tertanya tanya apa resepi dan bagaimana nak buat sambal merah ni. Sebenarnya tak lah susah mana. Sambal ni nak kata sambal tumis bukanlah sambal tumis. Kebanyakkannya kalau di kedai pakai serbuk cili yang dimasak bersama bawang, gula, garam, dan cuka. Tapi versi saya saya suka sediakan cilinya dari cili kering. Kalau pakai serbuk cili rasanya sedikit maung dan kasar. Ok nak tengok resepi sambal merah bihun sup utara?
Resepi Sup Ayam Sedap
Cara Buat Sup Ayam Tersedap!
Tapi sebelum tu , Saya nak share resepi sup ayam sedap. Sup ni rasanya sangat sedap dan tak jemu kalau nak buat selalu. Tipsnya mudah sahaja. Guna rempah ratus biji dan ayamnya tak perlu dipotong kecil kecil. Kena rebus sekor ayam tu!
Ayam kena rebus sekor, jangan potong. Isinya tak akan jadi keras bila direbus. Baru isi ayam lembut macam jelly, isinya manis, berjus dan tak hilang rasa ayam ke dalam kuah. Haa tu lah rahsianya!
Rebus dengan bawang besar dikisar, bawang putih, halia, lada hitam biji, buah pelaga lebihkan dan bunjut sup. Tambah batang celery dan akar daun sup lebih sedap.
Rebus lama lama sampai lembut dan ayam empuk. Goreng bawang merah yang dipotong halus dan kaup terus tuang kan dalam kuah (minyak jangan lah boh sekali) dan tabur daun sup. Tutup periuk.
Lepas tu baru keluarkan ayam dan potong atau carik kan isi dia. Hidngkan dengan bihun atau mee bersama sambal merah
Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara
Bahan-bahan Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara
1 cawan cili kering gunting pendek dan buang biji, kemudian rebus sampai lembut. Toskan.2 biji bawang besar
8 ke 10 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau air limau nipis
Sedikit air untuk blend
Gula dalam 2 ke 3 sudu besar (ikut nak lebih manis boleh tambah, jika nak kurang manis boleh kurangkan)
1 sudu kecil udang kering (optional)
Cara penyediaan Resepi Sambal Merah Bihun Sup Utara
Blend semua bahan sampai halus. Tumis dalam sedikit minyak sampai garing dan naik minyaknya. Tumis kena lama ya. Kalau x cukup lama dan sambal dah kering, tambah sikit air. Masak lagi sampai betul pekat, kering dan sambal merah gelap.
0 Comments