Bubur Asyura Utara

Ada yang buat Bubur Asyura ke sempena Awal Muharam? Jom la buat bubur asyura versi utara ni. Kalau nak tahu bubur asyura utara rasanya manis. Teksturenya pekat dan macam kuih talam bila sejuk. Bahan utama mestilah kacang hijau dan bahan lain boleh dipelbagaikan ikut suka. Kalau dulu-dulu bubur asyura ni dimasak secara rewang, jadi ramai ramai akan berkongsi bahan bahan masak untuk dimasukkan kedalam bubur. Ada yang bawak kacang, jagung, keledek u, ubi kayu, nangka atau nak lagi sedap boleh juga masuk isi durian. 

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,

Tapi bubur asyura saya buat kali ni agak berlainan dari bubur asyura utara biasa. Saya buat agak cair dan lembik. Sebab dah selalu makan yang versi beku. Saya lebih suka bubur asyura yang lembut dan hamoir hampir nak cair. Boleh makan dengan sudu. Layan pula kalau bubur tu dah masuk peti ais. Aduh sedapnya lah. 

Ini tekture ketika bubur masih panas. Macam bubur kacang cuma ada bahan bahan lain selain kacang. 

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,

Nak senang isi je dalam mangkuk kecik macam ni. Sorang semangkuk lag kiranya

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,

Bila dah sejuk bubur akan beku mengeras tapi masih lagi lembut sebab saya guna sedikit sahaja sukatan tepung beras. 
Oklah resepi bubur ni... Ada kat bawah ya sekali video di Youtube 

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,





Resepi Bubur Asyura

Bahan-bahan 
1 liter air
1 cup gula (boleh tambah ikut suka)
2 sudu teh garam
3 kotak santan
1/2 cup tepung beras bancuh dengan sedikit air
3 helai pandan 
Keledek
Kacang hijau rebus
Kacang kuda rebus
Kacam merah tin
Jagung cream tin
Pisang
Atau apa saja bahan seperti ubi, buah, kekacang yang sesuai

Cara penyediaan 

Rebus dahulu keledek sehingga empuk. Boleh masukkan daun pandan

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,

Masukkan bahan bahan lain dan masak sehingga mendidih dan pekat 

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,

resepi bubur asyura utara, bubur asyura, buboq sora, bubur asyura kedah, ashura,

Nak senang jom tengok video ni kat YouTube 

  

Bubur ni bila panas agak cair tapi akan  beku sendikit tapi pekat lembut selepas sejuk. 

Jika nak lebih keras dan beku tambah sukatan tepung beras menjadi 1 cup. Saya suka bubur asyura yang lembuk lembik begini berbanding yang keras. Ikut citarasa masing masing ya. 

Post a comment

0 Comments