Minggu lepas Kekny berkesempatan ke Kuala Perlis dan singgah kat Shadz Mee Udang ni. Ini pertama kali Kekny datang ke sini. Tujuan kesini ialah nak merasa keenakan mee udang orang Perlis pula. Selalu sangat dok rasa yang Penang, Perak dan Kedah, kali ini dapat merasa versi Perlis yang tak kurang hebatnya. Jangan risau bagi penggemar makanan lain, walaupun nama restorenya Shadz Mee Udang, tetapi menu disini bukanlah hanya mee udang tetapi macam-macam menu ada. Dari pembuka selera, snek dan hidangan masakan panas seperti nasi, lauk pauk panas dan sebagainya. Mestilah keistimewaan kat sini ialah mee kuahn udang, dan ada lagi pilihan lain iaitu mee ketam dan mee sotong.
Satu-satunya Mee Udang Terbaik di Kuala Perlis!
Mee Udang di sini memang guna udang segar. Maklumlah dekat je dengan pasar di Kuala Perlis ni. Jadi stok udang segar memang sentiasa ada. Rasa udang manis tu memang masuk kedalam kuah. Kuahnya pula pekat dan padu kata orang Kedah, tak cair macam sesetengah restoren mee udang lain. Bila pekat tu kena pula dengan mee tu sesuai sangat lah.
Kekny juga cuba mee ketam Shadz ni. Isi ketam tu memang manis la! Sedap betul hisap isinya selang selai dengan hirup kuah mee tu. Berpeluh juga la. Nak habiskan semangkuk besar tu puas hati lah makan!
>> Sedapnya Ikan Bakar Kuala Perlis << KLIK SINI
Tengok isi ketam diaaaaaa....
Shadz juga perkenalkan dua menu baru. Salah satunya Daging Bakar Thai ni. Perlis ni memang terkenal dengan pengaruh masakan Thai. Dan daging bakar memang paling popular kat sini. Daging bakar di Shadz ni memang lembut sangat dan daging diperap elok. Cukup rasanya. Bila cecah sos tu bertambah sedap.
Satu lagi menu di Shadz ialah sotong gelek bakar. Penah dengar ke menu ni? Ianya juga berasal dari Thai. Lebih kepada kudapan snek, kalau nak layan bola kat Shadz ni boleh la order sotong gelek bakar ni. Rasa dia rangup rangup kenyal, sedap lah buat kunyah sambil sembang kan.
Sotong sebelum digelek dan dibakar..
Mesin penggelek sotong! wah unik kan!! Ni pertama kali Kekny tengok penggelek sotong yang menurut pemilik restoren, ianya dibawa dasri Thailand.
Dah cakap kan macam-macam ada. Ni Sotong Kangkung Shadz. Kekny rasa Sotong Kangkung kat sini memang lembut dan licin saja. Bila makan secukup rasa berpadu dengan kuah dia yang manis manis pedas.
Pasembor kat Shadz ni memang terbaik. Suka betul kuah pasembor dia dan bahan pun banyak. Untuk sepinggan boleh kongsi 2 ke 3 orang. Teringat kesedapan Pasemboq Kodiang. Rasa seakan akan akan ni lah.
Cucur Udang Shadz. Sedap dan lembut cucurnya. Kuah kacang tu paling sedap lah!
Mee goreng mamak Shadz ni special dan tak sama macam mee goreng mamak lain. Sebab meenya tak terlalu kering dan sesuai dengan selera tekak yang sukakan mee goreng jenis sedikit basah. Sedap sungguh la!
Signboard besar punya trademark Shadz Mee Udang. Dari jauh dah boleh nampak. Sini kawasan kejiranan, jadi suasana agak damai dan tenang je dengan jiran jiran yang lalu lalang. Parking pula sangat mudah jadi tak perlu risau takut tak cukup parking.
Restoren Shadz Mee Udang ni senang je nak cari dan terletak dalam 5-6 KM dari Jetti Kuala Perlis. Kalau dah ke Kuala Perlis tu jangan lupa singgah ye!
Alamat :
Shadz Mee Udang, No. 55 Jalan Bakau 6, Taman Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Facebook Page : https://www.facebook.com/shadzmeeudang/
3 Comments
While they all have interesting tastes, some are more connected with specific plates of mixed greens.pizza hut number phoenix az
ReplyDeleteAdoidoii..kene p terjah nnti ni..berbunyi terus perut menengok gambar2 nye 😅
ReplyDeletelahh dekat sangat ni dengan sha, boleh la pi makan nanti dengan kawan kawan. terliur dah ni tengok gambar
ReplyDelete