Sedapnya Ikan Bakar Kuala Perlis

February 08, 2018

Kuala Perlis ni selain terkenal dengan terminal ferry untuk ke Langkawi, ianya juga ialah tempat best untuk makan dan membeli hasil laut. Menu ikan bakar Kuala Perlis memang menjadi tumpuan orang tempatan atau pelancong luar kalau ke sini. Kalau ke Kuala Perlis memang sepanjang jalan di persisiran pantai ada yang menjual hasil laut seperti ikan dan siput seperti mentarang, kerang, kupang, belangkas dan sebagainya. Ini kerana faktor geografi pantai sini yang berselut yang sememangnya habitat semua kerang-kerangan.



Pernah beli siput mentarang ni dulu. kekny buat kukus dan cicah bersama air asam. Aduh memang sedap betul. Rasa manis siput yang masih segar masih terasa di lidah.

>>> Resepi Mentarang Kukus <<< Klik Sini

P4102160ed Kuala-Perlis Kuala-Perlis

Dan yang paling best kat Kuala Perlis ialah deretan restoren makanan laut atau di sini kami panggil kedai ikan bakar. Kedai ikan bakar ni maksudnya kedai tu ada menyediakan pelbagai jenis ikan dan hasil laut yang segar dan kita pilih dan boleh minta tukang masak restoren untuk masak menu pilihan kita. Selalunya ikan segar seperti kerapu, siakap, jenahak, gerut dan ikan merah adalah menjadi kebiasaan dan dibakar kosong sahaja untuk dihidangkan Bersama sambal belacan.

Ikan Bakar Kuala Perlis, Deretan Gerai atau Koma Laut?

Ada yang confuse nak makan di deretan gerai atau di dalam bangunan bertulis Koma Laut tu. Koma Laut ialah Kompleks Makanan Laut yang didirikan untuk menempatkan restoren makanan laut yang baru. Tetapi tempat lama iaitu deretan gerai masih dikekalkan. Deretan gerai sebelah jeti memberikan lebih banyak pilihan restoren ikan bakar. Ianya betul terletak di sebelah laut jadi ada pemandangan cantik semasa menikmati makanan. Tapi tempat parking dan ruang dalamnya agak sesak. Jadi kalau nak selesa boleh ke Koma Laut. Di Koma Laut buat masa sekarang hanya ada 2 restoren ikan bakar yang terkenal iaitu Mona Ikan Bakar dan Liza Mat Ikan Bakar. Mona dan Liza Mat ini juga ada di deretan gerai lama. Juga ada di Koma Laut ni. Keduanya ialah rating tertinggi sekali. Selalu ke sana kami pilih Mona, Tapi malam kami pergi baru-baru ini kami memilih menikmati di Liza Mat Ikan Bakar di Koma Laut. Ternyata pilihan kami tepat. Sedap dan murah!! Tempat makan tak sesak dan sangat selesa.

Ikan bakar Style Kuala Perlis – Restoren Liza Mat Ikan Bakar, Koma Laut.

Untuk pengetahuan semua, Ikan Bakar di utara tanah air sini agak berlainan dengan ikan bakar di tempat lain seperti di Penang dan Melaka. Ianya dibakar kosong sahaja dan restoren selalu sediakan kuah kari kosong, sambal belacan dan set ulam untuk dimakan bersama. Jadi jangan terkejut jika korang dari luar datang expect nak makan ikan bakar bersiram kuah cili tu. Sini memang tak ada ikan bakar macam tu yaaa..

Less is more, macam ni pun dah sedap sebab ikan tu sangat segar, manis, dan masih berjus.

DSC00734ed

Sotong celup tepung Restoren Liza Mat, Koma Laut.

Menu paling popular selain ikan bakar disini  ialah sotong celup tepung yang rangup diluar dan sotongnya pula masih lagi lembut dan berjus. Kalau datang ke Kuala Perlis menu sotong goreng celup tepung ini ialah menu wajib order!! Sepinggan ni 500gm dapat banyak juga sebab sotongnya besar dan cukup untuk 5 orang makan.

DSC00740ED
Mentarang Bakar Restoren Liza Mat, Koma Laut

Dan menu istimewa yang jarang ada di temat lain ialah mentarang bakar ni. Rasa dia lemak lemak dan cair dalam mulut. Korang hanya perlu pilih mentarang segar dan beritahu je nak masak apa. Sedap juga direbus, dibuat goreng atau bercili.

DSC00742ED

Pilihan makanan lain macam biasa dan sama je dengan kedai lain iaitu ikan kukus, tomyam, ketam bercili dan sebagainya. Makanan sini sesedap rasa orang kata. Tak pedas sangat, tak masin sangat, tak tawar sangat. Cukup rencah dan puas hati.

DSC00744ED DSC00749  
Kalau korang datang ke Perlis atau ke Kedah janga lupa ke Kuala Perlis menikmati keenakan semua hasil laut disini yang segar segar.

You Might Also Like

8 comments

  1. Nikmat lain macam kalau dapat makan seafood dan ikan fresh....manisnya tu lain macam..

    ReplyDelete
  2. kat perlis mmg bayak pilihan kedai jual ikan bakar...tetapi kena pandai pilih kedai la..tgk gambar yg kak eny post pun dah menyelerakan dah

    ReplyDelete
  3. fulamak, nampak super sedap lah semua ni .. lapo plak akak

    ReplyDelete
  4. adeh teringin pula kite ha..haiyaaa sedap nya

    ReplyDelete
  5. Memqng ikan bakaq style utgha gak jadi pilihan.. oi melaka pun makan tak best mana. Terbaik utagha ikan bakaq! Meleleh..

    ReplyDelete
  6. First time nampak siput mentarang cicah air asam.. Aum!

    ReplyDelete