Nak Makan Steamboat? Ini Cara Menikmati Hidangan Steamboat Yang Perlu Korang Tahu

Ramai yang menggemari hidangan steamboat tapi adakalanya hidangan yang sedap dan popular ini jadi tak sedap hanya kerana tersilap memilih restoren atau lebih teruk kesilapan dalam memilih menu steamboat. Jadi bila dah bayar mahal adalah sangat rugi jika tak dapat merasa kepuasan dan kenikmatan steamboat. Oleh itu penting bagi korang dapatkan Tips Menikmati Hidangan Steamboat

Memenuhi keyword carian blog yang bertanya soalan CARA MAKAN STEAMBOAT hahahaha disini Kekny nak share beberapa tips jika korang bercadang nak menikmati steamboat. Steamboat restoren mempunyai pilihan secara buffet atau set. Ini terpulang kepada bajet kita sebenarnya. Buffet mungkin lebih murah tetapi pastikan sebelum duduk di meja tu tengok pilihan buffet adakah banyak bahan segar berbanding bahan sejuk beku dan berbaloi ke bayar. Bahan segar contohnya ialah udang, sotong, kepingan isi ayam, kepingan isi daging yang dihiris nipis, isi ikan segar, sayuran segar seperti cendawan, kangkung, bayam dan daun salad. Kalau harga mahal dan pilihan banyak hanya bahan sejuk beku yang jenis murah dan segera sahaja, lupakan saja. Kalau tak berbaloi lebih baik pilih restoren yang menawarkan harga hidangan set. Selalunya hidangan set walaupun lebih mahal, tetapi bahan segar adalah banyak, dan bahan sejuk beku pula adalah dari kualiti yang premium. 



Tips Dan Cara Menikmati Hidangan Steamboat yang Perlu Korang Tahu

Masa mestilah sesuai. Bukan semua masa sesuai untuk menikmati steamboat. Masa sesuai ialah pada waktu cuaca sejuk, musim hujan, di waktu malam hari atau jika kita ke tempat bercuaca sejuk contohnya di Malaysia ni Cameron Highland, Kundasang, Bukit Fraser dan Genting Highlands. Jika dah ke temat sejuk tu, dan jumpa restoren steamboat, jangan lepaskan peluang untuk menikmati. Bukan bermaksud waktu lain tidak sesuai, tapi lebih sedap jika menikmati steamboat panas ni pada waktu yang sejuk untuk lebih kepuasan.

Pilihan bahan-bahan steamboat juga penting. Lihat pada menu. Sebolehnya pilih bahan yang segar daripada bahan sejuk beku seperti bebola dan kek ikan. Ya memang harga agak mahal tetapi bahan segar menjadikan kuah steamboat lebih sedap dihirup. Atau boleh campur bahan segar dan bahan sejuk beku. Lebih bahan segar dan sayuran. Bahan sejuk beku segera juga ada jenis murah dan premium. Yang jenis murah selaunya keras, mengunakan banyak pewarna dan rasanya hanya bergantung kepada perisa buatan. Ada bahan sejuk beku premium yang dibuat kurang perisa dan pewarna tiruan. Pilihan ini lebih baik. Ini gambar dari Restoren Nyonya Fern di Cameron Highland. Boleh baca DISINI 

PC040007ed

Pilihan kuah sup steamboat. Selalunya ada 2 jenis kuah iaitu sup kosong biasa atau sup tomyam. Kalau nak tahu kuah original steamboat ni ialah kuah sup biasa. Kuah tomyam mula diperkenalkan bila restoren Thai tumbuh melata di Malaysia ni. Jadi jika korang sukakan keduanya boleh ambil kedua jenis kuah atau tetap kepada rasa yang original iatu kuah sup biasa. Tetapi jangan ambil hanya kuah tomyam. Ini kerana steamboat selalunya didatangkan dengan cili sos atau sambal pedas yang sedap. Cukup celup kan bahan dalam kuah sup biasa dan cicah dengan sambal yag disediakan. Tapi Kekny syorkan jika korang pilih bahan seafood seperti udang dan sotong, ambil juga kuah tomyam. Ini kerana 2 bahan ni sangatlah sedap jika dimakan Bersama kuah tomyam! Jadi Pilihan terbaik, ambil 2 jenis kuah ye!

>> Resepi Tomyam Jernih Thai Sedapnya! << KLIK

PC040013ed

Ada sebiji telur tapi tak tahu nak buat apa? Ini salah satu soalan yang selalu Kekny dapat bila bawa family atau kawan ke restoren Steamboat. Hahahaha. Telur tu korang boleh pecahkan dalam sup biasa. Jangan masukkan sebiji telur dengan kulitnya sekali ye hahahaha ni cakap sebab ada yang buat! Bila dan pecah telur ke dalam kuah sup, kemudian gaul sikit supaya telur pecah macam kita masak meggi tu. Lepas tu boleh masukkan mee. Boleh nikmati mee sup bersama bahan-bahan steamboat tadi. Campurkan cili sambal tu sikit ke dalam mangkuk korang. Aduh sedapnya!

PC040017ed

Mee dan meehoon. Macam mana nak masak? Tak tahu nak masuk bila? Perlu ke campur sekali? Saranan Kekny ialah jangan campur mee dan meehoon sekali. Masak asing-asing ye. Jika ambil dua kuah lebih senang. Mee dicampur dalam kuah sup bersama telur. Meehoon pula dicampur ke dalam kuah tomyam. Meehoon lebih sedap dimakan Bersama kuah tomyam kerana teksturenya yang halus sesuai dengan kuah tomyam yang pekat dan lebih kuat rasanya. Mee dan meehoon ni boleh je masuk awal dahulu, bila dan lembut baru masukkan bahan lain dan cedok sekali bersama mee kedalam mangkuk.

PC040019ed

Hidangan sampingan yang sesuai dengan steamboat ialah nasi goreng cina atau nasi goreng biasa. Padanan yang hebat. Tak perlu lah nak order nasi paprik ke atau hidangan berat lain kerana nanti kita tak enjoy rasa steamboat tu. 

PC040005ed

Ok rasanya itulah sedikit sebanyak tips tentang cara menikmati steamboat. Nanti Kekny share tips menikmati makanan lain pula ya!

Post a Comment

4 Comments

  1. KekNy kakya suka makan steamboat time ujan2. Tambah plak ngan iuah tomyam memang terangkat abih laa.. layan selera anak2 mmg terbaik laaa

    ReplyDelete
  2. ohhhhh! selama ni main sebat je hahaha

    ReplyDelete
  3. selalunya kalau nak makan steamboat ni pergi dekat seoul garden je sebab seafood memang fresh. Memang puas hati dengan harga & service. Terbaik

    ReplyDelete
  4. baru smlm bersteamboat di kala hujan lebat

    ReplyDelete