KEBAB DAGING BURGER

Mesti ramai penggemar kebab kan. Kalau bualan puasa ni sebiji kebab mencecah harga RM6 sebiji. Memang mahal dan bagi yang berkeluarga besar tu memang agak terbeban nak beli kan. Sebenarnya kalau dihitung kos buat sendiri jauh lebih murah dari kos kita beli. Selain tu kebersihan pun terjamin. Macam Kekny selalu buat sendiri je, Kebab Daging Burger. Kekny cuma pakai kepingan daging burger sahaja dalam resepi kebab ni. Kalau korang nak pakai daging lembu yang dihiris nipis atau pun daging cincang pun boleh terpulang citarasa masing-masing. kalau pakai daging burger ni selain cepat dimasak, nak buat pun mudah dan kos lebih murah jugak. 


Kekny dan beberapa kali buat kebab menggunakan daging burger ni. Boleh klik RESEPI KEBAB SIMPLE. Memang rasa dia cukup sedap. Kali ni Kekny tambah sedikit rempah ratus bagi menaikkan lagi rasa kebab sebenar. 

P8143981bred  

RESEPI KEBAB DAGING BURGER

Bahan-bahan
8 keping daging burger, dipotong dadu
4 keping roti pita, dipotong  dua menjadi 2 bahagian
1 ulas bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji capsicum, dipotong dadu
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil chilli flakes
2 sudu besar mayonis
4 helai daun salad segar
1 biji timun dipotong nipis
1 sudu besar minyak

Cara penyediaan

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging burger yang dipotong dan goreng sehingga garing

2. Masukkan bawang besar dan capsicum. Goreng sebentar

3. Masukkan sos cili dan sos tiram berserta serbuk jintan, ketumbar, lada hitam dan chilli flakes. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masak sehingga kuah kering semula dan pekat.

4. Belah roti pita ditengahnya membentuk poket, sapu dengan sedikit mayonis.

5. Masukkan inti kebab kedalam roti pita, dan susun daun salad dan timun. Sedia dihidangkan.

Jom cuba resepi Kebab Daging Burger ni, tak payah beli lagi!

Post a Comment

2 Comments