Resepi Kebab Simple

/
14 Comments
9:42 am
Entri Resepi Sandwich Kebab saya di SINI mendapat rating view yang agak tinggi. Jadi saya buat semula resepi ni dan kali ni guna roti pita atau ada yang panggil roti arab. Cukup senang nak buat kebab ni sebab inti dagingnya cuma pakai daging burger jenama Ramly, sayuran dan sos. Sayuran tu boleh pelbagai, nak pakai sayur campur yang forzen atau apa sahaja :)

P1301786ed P1301771ed P1301784ed 

Resepi Kebab Simple

Bahan-bahan :
5 keping roti pita - dibakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah 2 dan buat poket ditengah untuk masukkan inti
Daun salad dan hirisan lemon.

Bahan-bahan inti kebab: 
5-6 keping daging burger jenama Ramly - dipotong dadu
3 ulas bawang putih  - dicincang
1 biji timun jepun - dipotong dadu
1 capsicum saiz kecil - dipotong dadu
1 batang carrot - dipotong dadu
1 bawang besar  - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
5-6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Sedikit sahaja minyak untuk menumis

Cara-cara :

Tumis bawang putih dan masukkan daging burger yang dipotong dadu

kebab11

Goreng sehingga garing. Kadang-kadang daging burger ada keluarkan minyak lebih. Cedok minyak keluar jika terlalu berminyak. Kemudian  masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan lada hitam.


  kebab2

Masukka semua jenis sayuran

 
kebab3

Masukkan sedikit air dan masak sehingga sayur lembut dan air kering

  kebab4

Dah siap!!

  kebab6


You may also like

14 comments:

Fhatin Amelia said...

sedapnyaaa nampak ! saya suka gila kebab :D kalau bulan puasa slalu beli.. heheh

dilabangiWORLD said...

ENNY TQ FOR SHARING RECIPE
Nak try lah nanti :-)

Echa Hee said...

yarabiiii nyaman ehhhhhhh!!

Nur Inani said...

sedapnyaaaaa. saya suka makan tapi tak rajin buat. hahaha

Dunia Zumal said...

Zumal pun suka kebab nanti nak try la ^-^

Qaseh Abadi said...

boleh include dlm diet menu.. lengkap saya rasa..tq for sharing resepi

POJIEGRAPHY BLOG said...

Nampak sedap. Good and complete detail of recipe. Boleh cuba nanti. Sedap atau tak sedap tu belakang cerita. Asalkan dapat enjoy makan!

azman Arsad said...

terima kasih eny untuk resepinya.. hurmmm sedap nih

Deanna Morni said...

menyelerakan...kalau guna beef mince boleh ker eny?? hihihihi

anajingga said...

Ok Eny, tq so much, selalu beli daging burger goreng macam tu je cicah sos, nnt kak ana try yb ni lak mesti best..:) tq darlingsss..

Umi Nazrah said...

tengok entri ni baru ingat dah lama tak buat kebab. last time buat kebab, anak2 suka makan tak hengat. hehehehehe

Siti Intan Badariah Latif said...

Thanks ya sudi share resepi..

DNIBaby'sCUTE said...

Assalamualaikum sis
Ok terliur sangat... balik nanti mesti buat
http://mummyumardian.blogspot.my/

ntahla ntah said...

Tq...sudah n ringkas...bole cuba utk niaga ni..