Aglio Olio Beef ni resepi paling simple. Rasa boleh tahan sebab menggunakan daging cincang. Boleh juga gantikan dengan daging ayam cincang kalau tak suka daging. Aglio Olio ni resepi pasta berasaskan minyak zaitun dan bawang putih sebagai bahan utama. Selalu diletak seafood dalamnya. Letak daging cincang pun sedap! Ok jom try!
Resepi Agli Olio Beef
Bahan-bahan200 gm spaghetti direbus
500 gm daging cincang - saya pakai jenama Ramly
5 ulas bawang putih dicincang
Chilli flakes atau cili kering dipotong nipis
Minyak zaitun secukupnya - selalunya minyak agak banyak, pastikan guna minyak zaitun sahaja
Cara penyediaan
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga layu
Masukkan dhili flakes dan goreng sekejap tapi jangan sampai hangus
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan keperangan
Boleh tambah sedikit air rebusan spaghetti supaya daging cepat masak dan tak hangus
Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
12 Comments
Sedapnya....
ReplyDeleteSddapnyaa...SA biasa makan yg seafood...
ReplyDeletespaghetti tu kak patahkan dua ea? nampak pendek2 spaghetti nye :D hehe
ReplyDeletehanisamanina.com
spaghetti tu overcooked! hahahahaha
Deletemudah sangat kan mask aglio olio..tapi x ramai yg suka makan sbb plain..hihi
ReplyDeleteMudah dan sedap. My favourite jugak ni.
ReplyDeletearggghhh sedap nya!~
ReplyDeletesedapnya...lagi sedap kalau dimasak sekali bila rasa spagetti tu kurang...
ReplyDeleteSEDAP NYA. NANTI NAK TRY :)
ReplyDeleteSimple n menarik. Wajib cuba ni ;)
ReplyDeleteWaa dapnyer..mudah dan senang jer nak buat ..tq kek ny
ReplyDeletewow nampak macam senang je resepi ni! #poyo #berlagak hahahaaha.
ReplyDelete