Spaghetti Sos Putih Cendawan Menu Simple Picnic!

Bila nak pergi bercuti minggu lepas, memang saya plan nak masak untuk bawa bekal. Bukan senang nak masak untuk DH saya tu jadi bila sesekali bercuti sebolehnya saya cuba masak. Walaupun hidangan simple.

DH suka juga western ni walaupun dia lebih kepada nasi dan lauk pauk. Dan dia cuma makan western time dengan isteri je pun sebab isteri dia ni suka western food hahaha!

Spaghetti Sos Putih bersama Cendawan ni saya belum pernah masak kat DH. Selalu masak yang jenis Bolognese je (sos tomato). Jadi saya masak ni masa bercuti minggu lepas dengan DH.

Selalu kita kalau picnic atau bercuti mesti bawa bekal mee goreng, bihun goreng, atau nasi lemak kan. Sesekali bawa bekal macam ni pun ok juga. Kuah sos putih cendawan tu pekat jadi takde masalah kuah tumpah ke apa.

Untuk buat resepi ni kita perlu sediakan Roux White Sauce dulu sebagai asas kuah. Boleh tengok resepinya DISINI. Kalau malas nak buat, beli je sos putih segera yang dalam tin atau botol tu. hehehhe...

Selain tu boleh tambah nugget goreng, ayam goreng tepung, wedges dan sosej goreng. Haaa cicah je dalam kuah spaghetti putih tu.. pun sedap!
20150528_091513
Memang sedap!!
P5283342ed


Resepi Spaghetti Sos Putih Cendawan

Bahan-bahan :
1/2 paket spaghetti - direbus al dente' atau boleh juga sehingga lembut. Ikut suka. Gaul dengan minyak zaitun atau butter selepas ditus.
2 cawan adunan Roux White Sauce (Resepinya DISINI)
5 batang sosej ayam - hiris nipis
6 biji cendawan butang segar - dihiris nipis
2 biji cendawang butang segar - dicincang halus
1 ulas bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar herba kering campuran Itali - saya pakai Mc Cormicks Italian Herbs ada dijual di pasaraya
3 sudu besar minyak zaitun
4 sudu besar parutan parmesan cheese

Bahan-bahan :

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan cincang dan goreng sehingga cendawan layu. Kemudian masukkan pula sosej ayam yang dihiris nipis. Goreng lagi sehingga masak.

Masukkan pula cendawan yang dihiris nipis.

Masukkan  Roux White Sauce. Tambah sedikit air sambil adjust kepekatan. Jangan terlalu cair. Kacau rata.

Masukkan herba kering Italian. Masukkan juga garam dan sedikit lada sulah

Masak sehingga kuah mendidih dan tabur parmesan cheese yang diparut. Dah siap!  Boleh dihidangkan diatas spaghetti.


Post a Comment

6 Comments

  1. Maveles..leh try nie..nice sharing..

    ReplyDelete
  2. wow... sedaonyer sis... anak sy mesti suka ni...

    ReplyDelete
  3. laaama baru tekak melayu nak terberkenan nak makan spaghetti sebab tak reti , mamaD tak pernah buatkan..tapi dah moden sikit ni boleh la , spaghetti still lg bukan jenis makanan pilihan pcl.

    ReplyDelete
  4. x kira la, lepas ni kalau jumpa kak eny, kak eny kena masak untuk dayah >_<

    ReplyDelete
  5. besnyer.. mmg feveret anak2 juga

    ReplyDelete
  6. sedap ni ! anak cn si irfan mmg suka spageti

    ReplyDelete