Kuih Sagu

Saya ni kadang-kadang selalu cakap, masak sendiri lebih berbaloi, lebih jimat. Beli diluar mahal!

Tadi beli kuih ni di gerai jualan kuih. 3 ketol gedabak ni RM 1.00. Kuih di gerai tersebut semuanya dijual sama rata pada harga 3 biji RM1.00. Kalau dulu 4 biji RM1.00. Kesan kenaikan harga barang selepas GST dah mengurangkan jumlah kuih tu T__T

Tapi bukan semua kuih harganya tak berpatutan. Macam kuih ni agak logik lah juga harganya RM1.00 sebab saiznya yang besar-besar. Kalau nak buat mau berpeluh juga nak mengacaunya. Bila makan tadi sedap pula, sedang manis dan cukup rasa lemaknya.

Jadi lain kali kalau nak cakap benda mahal, kena tengok dulu kualiti sesuatu benda tu. :D

20150604_094348

Post a Comment

6 Comments

  1. sedapnya kak...naaaaaaaaaaaaak

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    Nieyl akan tergoda ngan makan biler kualiti gambar yg di ambil tu super..yumyum..:)

    ReplyDelete
  3. Dulu setap kali nak pegi sekolah , mesti singgah kedai beli kuih ni. Ya Allah sedap betul .

    ReplyDelete
  4. ini salah satu kegemaran arwah ayah Ain..... :)
    kalau kena gaya, memang tak cukup 3 ketul tu... hehehehehee...

    ReplyDelete
  5. Dulu kecik2 SA suka kuih ni...skrg dh tua baru nampak balik..tp selalunya dpt yg keras..susah dpt yg betul2 lembut

    ReplyDelete