Sagu Santan Lemak Manis

5:00 pm

Kalau Sagu Gula Melaka tu mesti ramai yang pernah makan kan? Kalau yang tu sagu nya direbus sehingga hilang putih di tengah kemudian di bilas air untuk buang kanji. Kemudian barulah masuk dalam acuan dan dihidangkan bersama gula melaka dan santan.

Sagu Santan

Tapi saya lebih suka sagu santan yang jenis macam ni, dan cuma dihidangkan dengan santan sahaja. Sagu dikacau dan dimasak bersama gula sehingga pekat dan likat. Tak perlu dibilas air. Sagunya melekit dan agak chewy sikit tapi lembut je bila dimakan bersama kuah santan. Dalam sagu tu dah dimasukkan gula jadi rasa manis datang dari dalam sagu tu lah. Macam kuih sagu yang bersalut kelapa tu, cuma kena masak agak cair sikit sebab nak makan dengan santan. Kuah santan tu kalau tak nak muak sangat, boleh tambahkan susu sejat. Memang sedap!

Sagu Santan

Resepi Sagu Santan Lemak Manis

Bahan-bahan :
1 mangkuk sagu - rendam selama 1 jam, kemudian toskan.
2 cawan gula pasir - atau lebih jika nak lagi manis
3-4 cawan air. Kalau pekat boleh tambah air
Pewarna hijau atau merah
Daun pandan disimpul

Cara-cara :
Didihkan pewarna, gula, air dan daun pandan sehingga gula larut, masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan likat. Tambah air jika sagu sangat pekat dan susah nak kacau. Kena kacau supaya tak melekat di periuk.
Masak sehingga hilang putih di tengah sagu. Tekstur sagu yang dah masa semasa masih panas agak cair sedikit.
Masukkan kedalam acuan atau bekas kecil-kecil. Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam


Kuah Santan
Bahan-bahan
1 kotak santan KARA
1 tin susu sejat
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
Daun Pandan disimpul

Cara-cara : 
Campur semua sekali dalam periuk dan didihkan sekejap sahaja sambil dikacau. kalau pekat boleh tambah air lagi. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara hidang : sendukkan atau keluar kan sagu yang sejuk dari acuan ke dalam mangkuk atau gelas, dan curah kuah santan diatasnya.

Sagu Santan

Sagu Santan

You Might Also Like

24 comments

  1. sedap ooo.xpena plak makan mcm ne.nti nak try.

    ReplyDelete
  2. kalau eny yg masak semua sedap sedap belaka.. hoho..
    sedap je tgk semua resepi eny.. nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. bukan nampak aje.. confirm sedap nih

      Delete
  4. Eny, sedap lemak berkrim rupanya hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meleleh air liur nih melihatnya.. memang lemak berkrim sungguh

      Delete
  5. sy tak penah berjaya masak sagu dengan chantek cenggini...sy pon pon suka makan sagu mcm ni...my peberet...sedap nyerr..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba hingga berjaya.. usaha tangga kejayaan

      Delete
  6. Saya teruja tengok gambar-gambar dalam blog ni. Serius. Cantik!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. cepat kesat yang meleleh tu.. hik hik hik

      Delete
  8. sayasuka..saya suka..lemak berkrim..sejuk manis..

    ReplyDelete
  9. ini mkn time tgh panas heaven nih kak eny hehe

    ReplyDelete
  10. cantik -- molek -- memikat........!

    ReplyDelete
  11. Haa yang ni sama macam mak kita masak.. sagu tu melekat kan.. pastu makan dengan kuah santan yang lemak manis tu memang terangkat! makan sejuk2 pun sedap..

    ReplyDelete
  12. esok confirm buat sagu ni . baru ja makan mase pi knduri kt kedah ritu , lha ni nak teruih buat lhaa .

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com