Coklat Kek 5 Minit dalam Mug

11:07 am

Hai Semuaa... dah breakfast ke?

Kek paling simple pernah saya buat. Senang je nak buatnya. Boleh buat sebagai breakfast dan sarapan pagi atau jika ada tetamu datang tapi kita tak sempat nak prepare foods, cukup lah ada kek ini sahaja. Hanya masukkan ke dalam micorawave selama beberapa minit dan siap!!

Dalam masam 5 minit boleh dapat kek coklat buatan sendiri yang awesome!


DSC08538ed


Resepi Coklat Kek 5 Minit dalam Mug

Bahan-bahan:
¼ cawan tepung gandum atau tepung kek
2 sudu besar serbuk koko van houten
¼ sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
⅛ sudu kecil garam (secubit )
1/4 cawan + 1 sudu besar susu segar / UHT
2 sudu besar minyak sayur - minyak biasa  je yang selalu kita pakai
1 sudu besar nutella
sedikit esen vanilla


Cara-cara :
Campurkan semua bahan didalam mangkuk kecuali nutella. Saya bancuh terus didalam mug tu hehehe..

Tuang adunan ke dalam mug. Letak nutella ditengah-tengah atas dan kocak kocak sedikit untuk ratakan nutela

Microwave selama 2 minit  (ikut jenis micorwave jugak - saya punya microwave jenis micorawave oven, seminit pun dah naik tinggi dan masak) sehingga adunan kek masak dan naik sehingga penuh mug.



DSC08509ed

Nyumm nyummmmm
DSC08551ed

You Might Also Like

47 comments

  1. dapnyerrrr. kalau ada masa nak try buat jugak lah!

    ReplyDelete
  2. adooiii..tempting nyee tengokkkk.. T_T

    ReplyDelete
  3. fuuhh..simple giler resipe n cara buat nye!! blh try jgk ni =)

    ReplyDelete
  4. awak, kalau tak letak minyak, takpe ke? :D ada effect sangat tak?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak letak minyak takut tak naik sempurna dn tak gebu.. boleh jugak la... jadi mcm Fudge coklat hehehhe... anything coklat mesti boleh telan punya...

      Delete
    2. tak letak minyak juga akan jadikan kek sangat kering.. hehehehe(macam le expert buat kek) hik hikhik

      Delete
  5. sedapnyaaaa nak cuba la weekend ni =) thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Fuh.. Biar betul sesimple ini Kak Eny???

    ReplyDelete
  7. tudia punya simple. dlm mug pon boley no kak eny hehe

    ReplyDelete
  8. super duper senang..! must trylibih2 aku yang tak bape nak pandai buat kek ni... ahhahah

    ReplyDelete
  9. serious mengamcam ni...
    senang dan sedap...

    ReplyDelete
  10. kalau tak ada microwave, pakai oven nak letak berapa suhu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah saya tak tahu,, eny tolong jawabkan soalan nih.. (komen orang menyibuk) hik hik hik

      Delete
  11. Kenapa nampak sedap sangatttttttttt :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nampak aje.. memang sedap nih.. confirm punya

      Delete
  12. Akak pun suka buat treat 5 minit ni :) senang kan...memang tepek resepi kat pintu peti ais. Siapa craving buat sendiri.

    From FAMF Tower

    ReplyDelete
  13. nampak macam mudah.. buat belum tentu jadi

    ReplyDelete
  14. boleh makan terus dari mug.. memang mudah

    ReplyDelete
  15. nak try tp xde microvawe pulak...

    ReplyDelete
  16. kukus tak bleh ker? sbb akak ni malas bongkar oven atau mikrowave ni...bukan musim..hihi

    ReplyDelete
  17. Selalu tengok kat youtube macam2 orang masak pastu masuk dalam mug dan guna microwave.. keterujaan dan keinginan semakin membara bila melihatnya.. maklumlah kat rumah tak ada microwave, kalau ada mesti malas nak guna pulak, manusia.. manusia.. :P

    ReplyDelete
  18. nutella dah abis baru duk godek godek jumpa resepi ni. hari hari makan kek kalo dah senang macam ni

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com