Lempung Goreng Rangup Sambal Hijau

Pagi ni masak lagi sebelum ke office. Menu hari ni, Lempung Goreng Rangup Sambal Hijau, dan ada masuk kentang sikit dalam tu. Kalau tak suka sambal hijau, boleh je pakai cili merah biasa atau cili kering yang direbus dan dikisar. Pun sedap juga heheh. Lempung ni ialah paru lembu. Kalau di sebelah utara ni dipanggil lempung (sebab bila masak dia akan terapung macam pelampung hehehe).

P4292512ed


Untuk resepi ni agak renyah sikit penyediaan paru tu sebab kena rebus lama sehingga lembut (lembut sampai tak rasa liat) dan toskan, kemudian dipotong nipis dan digoreng sehingga rangup jadinya. Begitu juga kentang, bawang dan halia, perlu digoreng terlebih dahulu sehingga garing. Baru lah kita boleh tumis sambal tu sehingga kering dan naik minyak, kemudian barulah masukkan bahan-bahan gorengan tadi. Haaa renyah tak renyah, makannya sekejap dah habis hehehe..

Ok disebabkan sekarang Mak pun tak berapa sihat, jadi sebelum ke office, kenalah masak. Ramai yang tanya, sempat ke masak sebelum ke office. Eh apa pula tak sempat kan. Malam sebelumnya tu boleh kupas siap-siap bawang, halia, potong cili, atau kisar je apa yang patut. Esoknya kita cuma perlu tumis dan masak sahaja. Dalam 15 ke 20 minit dah siap! Kalau semuanya nak dibuat waktu pagi tu memanglah tak sempat kan hehehe..
P4292504ed


Resepi Lempung (Paru) Goreng Rangup Sambal Hijau

Resepi : Eny Abdullah

Bahan-bahan :
400gm lempung/paru
4 biji kentang – dibuang kulit, dipotong sederhana nipis
1 ulas bawang besar – dipotong sederhana tebal
2 inci halia - dipotong nipis
Minyak secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan kisar dengan sedikit air:
8 biji cili hijau
5 biji cili padi – jika nak pedas boleh tambah
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara – cara :
Lempung direbus sehingga lembut dan tak liat. Toaskan airnya. Potong nipis.

Panaskan minyak dalam kuali goreng kentang sehingga garing. Angkat dan ketepikan

Goreng bawang besar dan halia yang dipotong nipis  sehingga garing. Angkat dan ketepikan

Goreng lempung rebus yang dipotong nipis sehingga garing. Angkat dan ketepikan

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar. Masak sehingga cili garing dan naik minyaknya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sambal ni ada rasa manis sikit.
Bila dah kering elok sambal, masukkan kentang goreng, bawang goreng, halia goreng, dan lempung goreng. Kacau sebati dan siap!

Tips : Kalau nak sambal sedap memang kena guna minyak banyak. Jadi bila nak angkat dan hidang, minyak yang lebih tu tinggal kan je kat kuali. Cuma kaut isi dan sambal je. 

Post a Comment

17 Comments

  1. kak eny..sedapnyeee...hari2 terliur tgk makanan kt sini... :(

    ReplyDelete
  2. oooo.. kalau nak sambal sedap memang kena minyak banyak....!! ok.. ok..
    memang suka sambal hijau ni... lawan dgn nasi lembik2 skit pun dah cukup.... :p

    ReplyDelete
  3. ooooo ini lempungnya..sedapnya.. sambal hijau

    ReplyDelete
  4. Lempung ek... Biasa panggil paru... hu hu hu..

    ReplyDelete
  5. ooo lempung tu paru eh..biasa panggi paru...suka masak sambal

    ReplyDelete
  6. ini Fav SA ni Eny...sedapnyaaaaaaa..kat NS panggil Gabu

    ReplyDelete
  7. oh paru.. first time pula dengar nama lempung. hehehe

    ReplyDelete
  8. sedapnye!!!! terliur nih tengok..walaupun baru je lepas makan malam...adehhh

    ReplyDelete
  9. Ooo..paggil lempung ehh..sy xreti mkn lempung..

    ReplyDelete
  10. owh sedapnya kak eny....

    ReplyDelete
  11. tetibe teringat lempung ayam kat planet pluto..hahahaha!

    ReplyDelete
  12. x nmpk sambal hijaunyer, sedapp ;p

    ReplyDelete