Kuey Teow Goreng Basah

Hai semua, agak busy sikit 2-3 hari ni. Mak pula tak berapa sihat dan kena warded. :( Just nak share resepi simple diner malam ni. Kuey teow goreng basah ni macam kueyteow goreng jugak cuma masak bagi sedikit berair tapi bukan berkuah ya, dan bukan macam char kuey teow yang jenis berkuah tu.

Masak macam kuey teow goreng biasa, cuma kena lebihkan kicap sedikit, goreng kuey teow tu sekejap je dan last sekali masukkan sedikit air, pecahkan telur, kacau dan siap!

P2040050ed P2040055ed

Resepi Kuey Teow Goreng Basah

Bahan-bahan :
1/2 bungkus kuey teow
4-5 sudu sambal tumis - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih dicincang - direndam dalam minyak masak yang nak tumis tu
4-5 sudu minyak masak untuk menumis - kalau sambal tumis dah berminyak, kurangkan lah sikit.
Udang/ kerang atau isi ayam secukupnya
Taugeh, kucai atau sawi 2 biji telur
Sedikit air jika perlu
Kicap pekat

Cara-cara :

Sediakan bahan-bahan ditepi kuali.

Pakai kuali yang besar sikit dan api kena kuat.

Panaskan kuali dan masukkan minyak dan bawang putih direndam sekali tu. Tumis sehingga wangi.

Masukkan isi kerang, udang atau isi ayam, dan kemudian masukkan kicap. Kalau kering sangat boleh masuk air sedikit sahaja. Masak sekejap.

Masukkan kueyteow gaul rata

Masukkan sambal tumis dan gaul rata. Kalau rasa tak cukup pedas tambah la lagi. Boleh tambah garam secukup rasa.

Masukkan sedikit air, Kacau sedikit, kemudian pecahkan telur dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan tugeh, kucai atau sawi. Tutup api dan siap!

Post a Comment

9 Comments

  1. SA pun bz giler ari ni...rasa macm nak tercabut pinggang...apapun kuew teow tu nampak tempting sgt2..

    ReplyDelete
  2. esok nak cari kuey teow...nak cari kuey teow

    ReplyDelete
  3. sama lak menu kita malam ni Eny :)

    ReplyDelete
  4. huihh...menggoda..tp syg sy xreti mkn kuey teow..huhuuh

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tapi saya tak minat sangat makan kuey teow goreng basah atau mee goreng basah. suka yang kering kering je. Tapi kalau dah lapar sangat, telan je la. hahaha

    ReplyDelete