Sotong Goreng Masam Manis bersama Gajus

Busy sikit hari ni. Hari-hari tak cukup tidur sebab buat kerja sampai larut malam. Dah bila kerja nak siap kalau sambil buat kerja, sekejap blogwalking, lepas tu sekejap draft entry blog, sekejap buka drama korea :D. Multitasking T__T. 

P1171087ed


Resepi Sotong Goreng Masam Manis Gajus

Bahan-bahan :
800gm sotong
1/2 cawan gajus
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
4 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dihiris nipis
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam dan gula secukup rasa jika perlu
Minyak untuk tumis


Cara-cara :
Keringkan air sotong terlebih dahulu. Letak dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil kacau sehingga sotong keluar airnya. Kaup sotong dan ketepikan. Selalunya sotong dan separuh masak selepas prose buang air ni. Jadi nak masak nanti masak sekejap je k.

Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Masukkan air jika perlu. Masukkan pes asam jawa jika nak masam sedikit. Tambah gula dan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sotong dan gajus, kacau rata dan siap!

Post a Comment

21 Comments

  1. Akak jangan lupa claim hadiah GA dekat sini

    http://chenta-shima.blogspot.com/2015/01/senarai-pemenang-segmen-ga-jalan-jalan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat eny pergi claim hadiah.. kalau taknak bagi kat saya.. hehehe

      Delete
  2. I wonder how it taste like bila tambah kacang gajus. Anyway, it looks pretty enticing.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sungguh walaupun tengok dalam gambar je. =)
    Tuan blog ambil gambar guna mode apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eny memang jurugambar berbakat besar

      Delete
  4. Kalau yang ni mode Auto je. Guna Olympus Epl3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil gambar yang cantik. Yang pasti gambar dia sharp. =)

      Delete
    2. hehehe.. saya kalau ambik guna henpon aje.. hik hik hik

      Delete
  5. nampak sedap dan pastinya sedap ni Eny peminat sutun ni

    ReplyDelete
  6. Resepi yang simple... sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengejar masa dan berkerja... boleh cuba lepas ini.. thanks ye..

    ReplyDelete
  7. hebat multitasking tu... kena rumah macam studio bagus tu... sementara buat tu boleh buat ni, sementara buat ni boleh buat tu.... tetiba jer semua dah siap... dan dah boleh makan?? kann... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja dimana-mana sekarang memang kena multitasking barulah boleh berjaya

      Delete
  8. busy macam mana pun drama korea dia tetap wajib ye Eny, hehe :)

    ReplyDelete
  9. Menarik nye rupa sotong tuhh..adehh..lapar lak rasanyee..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat blog nih memang ramai orang lapar.. saya salah seorang daripadanya

      Delete
  10. akak baru makan..tp nampak sotong ni rasa lapar balik..

    ReplyDelete
  11. Sebelum datang blog akak, kita dah makan kenyang2 sampai muncit dah perut.. tapi bila tengok sotong kegemaran dan KEGERAMAN, kita rasa macam lapar balik.. huhu..

    ReplyDelete