Busy sikit hari ni. Hari-hari tak cukup tidur sebab buat kerja sampai larut malam. Dah bila kerja nak siap kalau sambil buat kerja, sekejap blogwalking, lepas tu sekejap draft entry blog, sekejap buka drama korea :D. Multitasking T__T. 

P1171087ed


Resepi Sotong Goreng Masam Manis Gajus

Bahan-bahan :
800gm sotong
1/2 cawan gajus
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
4 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dihiris nipis
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam dan gula secukup rasa jika perlu
Minyak untuk tumis


Cara-cara :
Keringkan air sotong terlebih dahulu. Letak dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil kacau sehingga sotong keluar airnya. Kaup sotong dan ketepikan. Selalunya sotong dan separuh masak selepas prose buang air ni. Jadi nak masak nanti masak sekejap je k.

Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Masukkan air jika perlu. Masukkan pes asam jawa jika nak masam sedikit. Tambah gula dan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sotong dan gajus, kacau rata dan siap!