Sayur Keladi Utara

Sayur Keladi atau asam rebus keladi. Orang utara panggil Sayuq Keladi hehe

Kebetulan pergi pasar hari jumaat lepas jumpa keladi yang fresh, siap dengan batang dan ubi keladi sekali. Keladi ni kalau di Kedah memang masak macam ni je. Apa yang sedap lagi ya kalau nak masak keladi ni?  Kalau ada resepi boleh share ye!

Resepi ni mak yang masak kan. Jadi semua bahan agak-agak je. Pandai-pandai lah adjust hehehe..

Asam rebus keladi Asam rebus keladi


Resepi Sayur Keladi

Bahan-bahan :
3 batang keladi dan ubi nya sekali. - direbus asing batang keladi dan ubinya. Rebus sehingga lembut dan empuk. Buang airnya dan tos dan bilas 2-3 kali.
3 ekor ikan kembung rebus -ambil isi sahaja
2 batang serai
Daun kesom
2-3 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan tumbuk / kisar :
8-10 tangkai Cili kering rebus
2 inci Kunyit hidup
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 inci halia


Cara-cara :

Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, air, isi ikan, serai, daun kesom dan asam keping. Rebus seketika sehingga cili tu masak.

Masukkan keladi dan ubi keladi yang sudah direbus. Masak seketika sehingga mendidih dan siap!

Post a Comment

22 Comments

  1. Lapar. Mencabar betul kalau masuk dalam blog ni ya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pojie.. Menggiurkn..

      Delete
    2. berkunjung kat blog nih memang confirm lapar

      Delete
    3. tau takpe, kena standby makanan siap2 bila singgah blog kak Eny, hehe..

      Delete
  2. wow..terliur SA tgok...tp tu la x leh makan keladi...SA semput...

    ReplyDelete
  3. lama nya takmakan sayoq keladi ni sedapppp

    ReplyDelete
  4. aduhhh.. memang sedap tu sis...
    lama tak jumpa gulai asam keladi ni.. kalau salah2 boleh gatal lidah... hehehehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gatal pun gatallah.. asalkan sedap balun aje

      Delete
  5. ni batang keladi ni klu d tempat akak panggil buntui..hihihi...tp akak tak berapa gemar mkn makanan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka sayur keladi.. kalau masak lemak lagilah saya suka.. tambah lagi siput.. perghhhh

      Delete
  6. selalu sy paggil asam pedas keladi..tapi saya xleh mkn keladi..mak suka la ni..

    ReplyDelete
  7. Uii Eny, hat ni paling lama tak makan dah, kalau dapat ni memang the best lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya paling terakhir pun makan pengat keladi.. sayur keladi lama dah tak makan :)

      Delete
  8. Uisss...suka sangat.
    Lebih2 tang ubi dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mak mertua saya ubinya dibusukkan baru dia masak.. sedap katanya

      Delete
  9. makanan popular kat utara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat selatan pun popular jugak hehehehe

      Delete
  10. Kita tak pernah cuba macam ni, kalau celur keladi + buat kuah santan tu pernah jugak merasa.. mungkin sebab kita bukan orang utara jadi kalau nak merasa masakan2 dari sana agak terhad sikit.. baidewei i lap keladi :D

    ReplyDelete